Tuesday, June 21, 2011

LATIHAN APOLO 7

1Rombongan itu singgah di Kuala Lumpur_______ sahaja .

A.telah B.lama C.kemudian D.sekejap

2.Kuih_muih yang dijual oleh penjaja itu sangat ________ .

A.lazat B.merdu C.gembira D.mewah

3.Keluarga Amin ________ bertolak ke Singapura sekarang .

A.telah B.belum C.masih D.sedang

4.Rumah Siti terletak ________ dari sini .

A.jauh B.panjang C.lama D.jarang

5.Pelajar yang _________ itu sangat disayangi oleh kedua_dua ibu bapanya .

A.bodoh B.malas C.pandai D.degil

6.Pekerja yang rajin itu _________ datang awal ke sekolah .

A.lewat B.selalu C.malas D.jarang

7.Mereka ________ sahaja sampai di perhentian bas yang terletak tidak __________ dari

rumah mereka .

A.lama, baru B.masih, dekat C.sedang , berapa D.baru., jauh

8.Baju itu sangat cantik tetapi tiada seorang pun membelinya kerana harganya sangat ________ .

A.murah B.sederhana C.mahal D.cantik

9.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat beg yang ________ itu

A.berat B.ringan C.kecil D.lembut

10.Lauk itu sangat _________ kerana mengandungi banyak garam .

A.manis B.masam C.pahit D.masin

11.Air sungai itu mengalir dengan _________ selepas hujan lebat .

A.laju B.deras C.cepat D.lambat

12.Budak nakal yang suka bermain di tepi jalan itu ___________ dilanggar oleh sebuah kereta

pagi tadi .

A.lebih B.sampai C.nyaris D.belum

13.Sejak kebelakangan ini , Johan _______ menulis surat kepada saya .

A.cepat B.jarang C.dekat D.perlahan

14.Pemuda itu suka membawa kereta dengan __________ .

A.kuat B.fasih C.cergas D.laju

15.Angin bertiup dengan _________ di kawasan itu malam tadi .

A.laju B.kuat C.kencang D.deras

16.Bayi itu dengan __________ nya di dalam buaiyan .

A.sedap B.merdu C.nyenyak D.seronok

17.Budak nakal itu __________ berbual_-bual semasa perhimpunan sekolah diadakan .

A.suka B.kurang C.juga D.asyik

18.Projek perumahan itu sangat _________ untuk dilaksanakan .

A.rumit B.sukar C.jelas D.kabur

19.Encik Hassan menasihat anaknya makan dengan ________ , jangan terlalu gelojoh .

A.baik-baik B.perlahan-perlahan C.sedikit-sedikit D.lambat-lambat

20.Fatimah menari dengan _______ di majlis hari jadi adiknya .

A.cepat B.hebat C.perlahan-perlahan D.rancik

No comments:

Post a Comment