Tuesday, July 22, 2014

LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN 4


Latihan: Hasilkan perenggan pengenalan berdasarkan soalan rumusan yang diberi
Soalan 1
Baca Petikan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar danimplikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.
Jawapan:

Soalan 2
Baca petikan di bawah ini, rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
Jawapan:

Soalan 3
Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang masalah-masalah sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jawapan:


(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

1.              Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
2.               Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3.             Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
4.              Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
5.              Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6.               Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

(b) Pisahkan petikan di bawah ini menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya. 

Institusi pengajian tinggi tidak harus menggalakkan penubuhan persatuan mahasiswa yang berasaskan kenegerian. Pergerakan begini walaupun merapatkan hubungan ahli sesama anak negeri yang sama tetapi kewujudannya juga akan membina jarak hubungan dengan pelajar dari negeri lain. 


(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

(i) Rancangan Malaysia Ke Sepuluh memberikan tekanan terhadap usaha untuk membasmi kemiskinan di bandar dan di luar bandar.

(ii) Wang petaruhan dalam sesuatu pembidaan hendaklah disediakan dalam bentuk deraf bank atas nama pihak yang mengeluarkan tender tersebut.


(iii) Pihak sekolah mengada pemantauan yang berterusan di kawasan-kawasan yang beresiko tinggi berlakunya kejadian ragut.


(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

(i) Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk mengelakkan kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas fakta yang kukuh sehingga menghasilkan kajian yang salah.

(ii) Saban hari berita tentang peperangan memenuhi dada akhbar dan kaca televisyen malah lagi perkhabaran itu berlaku di negara yang tiada daya untuk menentang kuasa penceroboh.

(iii) Lambakan industri produk kecil dan sederhana bukan sahaja memenuhi pasar raya di dalam negara tetapi juga dapat menguasai ruang niaga di gedung terkemuka luar negara.

(e) Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti dan kemudian tulis peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.

(i) Orang yang cepat marah walaupun atas sebab yang kecil.

(ii) Orang yang kerap berpindah tidak dapat mengumpul kekayaan.

(iii) Membuat kebaikan itu biarlah berpatutan dan kejahatan itu janganlah dilakukan walaupun sekali.


KARANGAN RANGSANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENCEMARAN

Contoh Jawapan


Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air. 

Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat.

Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia membina rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi.

Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia. Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien. Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak selamat diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien kerana hidupan air seperti ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur.

KARANGAN PERIBAHASA


Contoh Karangan Jenis Peribahasa

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara.
Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.
Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.
Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.
Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya membaca, dan lain-lain akan gagal.
Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.
Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.

WAWANCARA


Contoh Karangan Jenis Wawancara

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.
Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.
Pegawai Polis : Sama-sama.

Sunday, July 20, 2014

BAIK BURUK KAD KREDIT

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?

Pendahuluan

• duit plastik
• sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini
• pengganti wang tunai
• penggunaannya semakin popular
• mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad
• memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.

Kesan baik
1. Menyenangkan urusan seharian
• pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu
• cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.

2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad - tandatangan

3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.

4. kemudahan pinjaman tunai• boleh mengatasi kes-kes kecemasan
• boleh buat overdraf
• menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu

5. tawaran istimewa• perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
• hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
• kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu

Kesan buruk
1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal• Pemegang kad kredit- bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah kemudian menyulitkan kehidupan mereka nanti
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
• boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita

2. Mudah melakukan penipuan• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
• pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan

3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
• Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran

Kesimpulan• harus berdisplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja

KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

(a) Kepentingan Pembelian Barangan Tempatan
Pendahuluan:- Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan
- perlu menyokong kempen tersebut
- perlu mengubah sikap dan menerima barangan tempatan
- perlu menjadi pengguna yang bijak
- terdapat pelbagai kepentingan

1. Menjimatkan perbelanjaan- harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import
- harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import
- dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain
- dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
2. Industri tempatan semakin berkembang- Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan- industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar
- dapat membantu rakyat hidup selesa

3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang- rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan
- masalah sosial dapat dikurangkan
- dapat menjana pendapatan keluarga
- rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa

4. Imej negara dapat ditingkatkan- negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu
- mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import
- barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet
- menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita
- Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti

5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan- wang dapat digunakan untuk membantu rakyat
- kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan
- rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera
- ekonomi negara menjadi lebih stabil

Penutup:- banyak memberi kebaikan kepada pelbagai pihak
- perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan
- bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
- Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

KEBAIKAN GOTONG-ROYONG

1. dapat memperindah tempat tinggal- merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa
- tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa- dapat memahami jiran dengan lebih mendalam (tak kenal maka tak cinta)
- akan sentiasa diziarahi oleh rakan-rakan dan sanak-saudara kita
- dapat menghijaukan bumi (sambil menyelam minum air)
- akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama (bersatu kita teguh bercerai kita roboh)

2. dapat membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit- dapat mencegah dan menjauhi penyakit (mencegah lebih baik daripada mengubati)
- mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal

3. sebagai agen perpaduan- Kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun (rambut sama hitam, hati lain-lain)
- dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing- seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum
- dapat mengenali kebudayaan kaum lain
- akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati antara satu sama lain
- hidup saling membantu (bagai aur dengan tebing)

4. dapat memupuk nilai murni dalam sanubari- Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri (serampang dua mata)
- akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat - mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat)

5. dapat menghidupkan semangat kejiranan- dapat mengenali jiran secara mendalam
- terbuka hati untuk menegur jiran kita
- dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran melalui pengagihan tugasan (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
- menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti (jiran sepakat membawa berkat)