KARANGAN 1
Sedasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak,lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia . Namun di sebalik itu,kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalah sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini, memang kita dapat menyaksikan di kaca televisyan sendiri tentang pelbagai gejala sosial dalam kalangan masyarakat .
Apakah itu gejala sosial ? Gejala sosial bermaksud sesuatu perbuatan yang salah dari segi undang undang yang menyusahkan diri sendiri,keluarga, masyarakat dan juga negara.Antara gejala sosial yang hangat diperbualkan di kalangan masyarakat ialah vandalisme, mencuri,peras ugut,dan lumba haram .Yang paling menyedihkan dalam hal ini ialah orang yang melakukan kesalahan kesalahan ini terdiri daripada golongan remaja yang seharusnya menjadi tulang belakang negara.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?Semuanya bermula dari rumah dan keluargalah menjadi peranan utama.Sejak dari kecil lagi, ibu bapa perlulah menyemai sifat sifat yang murni dan mulia di sanubari anak anak.Anak anak umpama kain putih dan yang mencorakkan mereka adalah ibu bapa.Ibu bapa perlulah mengawasi setiap gerak geri anak anak di samping member didikan agama dan moral serta mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap anak anak agar mereka tidak terjerumus dalam gejala negatif. Selain itu, pihak sekolahjuga perlu memberi kerjasama yang utuh dalam mengawal masalah masalah sosial. Mereka perlulah menghukum dan memberi amaran keras kepada pelajar yang melakukan kesalahan .Rentetan daripada itu,pihak sekolah juga perlu mengadakan ceramah ceramah motivasi untuk memberi kesesedaran yang mendalam keopada pelajar tentang bahayanya melakukan gejala sosial.
Di samping itu, sebagai orang awam ,kita perlulah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeliling kita.Misalnya, jika kita terlihat seseorang individu cuba melakukan kesalahan, kita patut menegur individu itu.Jika individu itu cuba menentang , kita haruslah melaporkannya kepada polis.
Akhirnya ,pihak polis atau pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.Mereka tidak harus menerima rasuah daripada pesalah dan tidak mengendahkan kesalahan yang dilakukan.Dengan ini,bilangan pesalah dapat dikurangkan sekaligus dengan masalah masalahnya sekali.
Tuntasnya, jika semua pihak berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,ke lurah bsama dituruni,sudah tentunya perkara ini menemui penamatnya.Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 , marilah kita bersama sama mengambil pelbagai langkah yang efektif dan drastik agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.