Sunday, July 31, 2011

NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Erti Sebuah Pengorbanan

(Zaihanim Abidin)



Text Box: Sinopsis


Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.

Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.

Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

Text Box: Tema


Kasih sayang

Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.



Text Box: Persoalan


1. Persoalan pengorbanan

Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin

kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur

dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif

Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahan

Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan

oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya

tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa

merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatan

Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama

menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan

Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke

peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agama

Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang

dihajatinya tercapai.

Text Box: Plot


Permulaan

Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan

Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan

Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.

Puncak

Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Peleraian

Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot

1. Dialog

Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.

2. Kejutan

Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.

3. Imbas kembali

Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.

4. Suspens

Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

Text Box: Watak Perwatakan


Watak Utama

Iman Zulaikha

Ø Pelajar tingkatan satu

Ø Penyayang

Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

Ø Gigih

Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Ø Pemaaf

Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

Ø Berani

Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan

Cikgu Julia

Ø Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.

Ø Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.

Ø Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen

Ø Merupakan sahabat baik Iman.

Ø Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial.

Ø Merupakan sahabat baik Zulkarnain.

Ø Rakan sekelas Iman Zulaikha.

Ø Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda

Ø Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.

Ø Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

Text Box: Latar


Latar Masa

Ø Pada waktu pagi.

Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.

Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Ø Pada waktu petang.

Selepas sesi persekolahan.

Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Ø Pada waktu malam.

Hubungan Iman dengan ibunya.

Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

Ø Sekolah

Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Ø Rumah datuk dan nenek Iman

Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Ø Port Dickson

Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

Ø Kampung

Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Ø Masyarakat pelajar

Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Ø Masyarakat kampung

Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Ø Masyarakat yang patuh kepada agama

Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

Text Box: Nilai


1. Nilai kasih sayang

Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2. Nilai ketabahan

Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3. Nilai kerajinan

Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.



Text Box: Pengajaran


1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Text Box: Latihan


1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.

2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.

Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.



Text Box: Jawapan


1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang

iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan

kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.

2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari

awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah

a) Penyayang.

Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang.

Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk

menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah

berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu

bapanya dapat bersatu kembali.

b) Gigih.

Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu

tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih

bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan

daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi

Johan.

c) Pemaaf.

Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan

kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia

turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga hatuh tangga

dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

LATIHAN NOVA

SILA CETAK DAN SIAPKAN LATIHAN NOVA

LATIHAN NOVA

LATIHAN KARANGAN 1

Rangka Karangan:

Gejala buli yang sering berlaku di sekolah-sekolah sejak kebelakangan
ini.

Pendahuluan:

Belakangan ini, masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggal di asrama semakin menjadi-jadi. Ada pelajar yang dibuli dengan teruk sehingga menimbulkan trauma dalam diri mereka. Malah, ada pelajar yang dibelasah hingga mati. Kejadian ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah pihak kerajaan juga. Oleh itu, usaha-usaha mengatasinya perlu dilakukan segera agar nasi tidak menjadi bubur.

Isi Karangan:
1. Peranan ibu bapa
- hendaklah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
- mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
- ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang sejak kecil kepada anak-anak supaya tidak berpotensi untuk membuli orang lain.
2. Peranan pihak sekolah
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
- pelajar yang bersalah dan terlibat dengan kegiatan buli perlu diambil tindakan dan
dikenakan denda/hukuman.
- tindakan buang sekolah dan melaporkan kepada pihak berkuasa
- merangka aktiviti kokurikulum yang menarik di sekolah- menerapkan nilai murni.
3. memberi pendedahan didikan agama dan moral yang tinggi kepada pelajar.
- mengadakan kelas agama di sekolah
- mengaji al-quran
- ceramah motivasi
- menghidupkan usrah dan rakan masjid

4.Peranan Kerajaan
- Kementerian Pelajaran memperkenalkan kempen antibuli
- menjayakan kempen bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lain,
“bersatu teguh, bercerai roboh”.
- Sentiasa membuat pemantauan oleh pihak berkuasa. Jangan “sudah terantuk baru
nak terngadah”.

Penutup:
- Masalah buli dapat ditangani dengan segera
- Setiap masalah pasti ada cara mengatasinya
- sediakan payung sebelum hujan
- Semua pihak perlu bersatu hati menangani gejala buli.

LATIHAN NOVA 2

Latihan Tatabahasa PMR

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
A memasak
B merebus
C menjerang
D mengukur

2 Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG _______ sehingga suatu tarikh yang akan
ditetapkan kelak.
A dimansuhkan
B Dihentikan
C Dibubarkan
D Ditangguhkan

3 Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu ________ dengan senyuman.
A Banyak
B murah
C Mewah
D Subur

4 “Sila lekatkan setem ________ sebelah kanan sampul surat awak,” kata posmen kepada budak itu.
A Di
B Atas
C Pada
D Ke

5 Budaya ________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
A kunjung-mengunjung
B masak-memasak
C datang-mendatang
D kata-mengata

6 Nelayan tua itu tidur ________tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
A Bertilamkan
B bersandarkan
C Berbantalkan
D Beralaskan



7 Kejayaan cemerlang segelintir pelajar di luar negara membuktikan bahawa keupayaan dan _______ yang tinggi dalam kalangan mereka.
A daya cipta
B daya maju
C daya saing
D daya tarikan

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A,B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Kendatipun pelajar itu bukan bijak sangat namun dia begitu baik dan disukai
A B C
Rakan-rakannya. Tiada kesalahan.
D

9 Pemandu kereta itu membelok dari kiri ke kanan untuk mengelakkan sekatan
A B C
jalan raya. Tiada kesalahan.
D

10 Dokumen lama di Arkib Negara itu terpelihara dengan rapi di bawah jagaan
A B
pegawai khas. Tiada kesalahan.
C D

11 Sultan Melaka telah bertitah agar laksamana datang menemui baginda
A B
di balai penghadapan. Tiada kesalahan.
C D

12 Himpitan hidup yang dilalui oleh petani itu memaksanya berhijrah ke
A B
Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Tiada kesalahan.
C D

13 Dalam pengembaraan itu, Tengku Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya telah
A
menempuh berbagai-bagai rintangan. Tiada kesalahan.
B C D

14 Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan
A B C
kampung kami. Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 – 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

15 I Abang tidak berani menongkah arahan gurunya.
II Ibu menongkah dagunya semasa mendengar adik bercerita.
III Kanak-kanak tidak sopan sekiranya menongkah perbualan orang tua.
IV Orang yang bercita-cita untuk menjadi penyelam haruslah berani menongkah
arus.

A I dan II
B I dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16 I Pada waktu sembahyang sunat hari raya, adik duduk merayau-rayau di dalam masjid.
II Fikirannya merayau-rayau apabila memikirkan masalah perniagaannya.
III Mata pencuri itu merayau-rayau pada beg tangan yang dipegang oleh wanita
itu.
IV Remaja lelaki yang sering merayau-rayau itu akhirnya meninggal dunia
apabila dilanggar sebuah van.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

17 I Ibu mengirimkan bingkisan kepada kakak untuk bertanyakan khabar berita.
II Bingkisan yang berisi pakaian telah dihantar ke Sumatera untuk diagihkan
kepada mangsa bencana alam.
III Setiap kali menjelang musim perayaan, para perajurit akan menerima
bingkisan daripada keluarga masing-masing.
IV Pakar sistem itu tidak dapat menerima bingkisan daripada ibu pejabatnya
kerana gangguan ibu sawat.

A I dan III
B II dan IV
C I,II dan III
D II, III, dan IV

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.
A pos-pos pejabat
B pejabat pos
C pejabat pos-pos
D pejabat pos-pejabat pos

19 Ahli keluarga Pak Dollah turut ada di sisinya pada masa beliau menghembuskan nafas terakhir.
A yang turut berada di sisinya di masa
B yang turut ada di sisinya di masa
C turut berada di sisinya pada masa
D turut ada di sisinya pada masa

20 Sambutan Hari Guru yang teramat meriah sekali telah diadakan oleh para pelajar Sekolah Menengah Seri Iskandar sempena Hari Guru pada tahun ini.
A teramat meriah
B amat meriah sungguh
C teramat sekali meriah
D teramat meriah sekali

21 Anggota tentera telah berjaya jejaki musuh dengan berpandukan pada peta yang dibekalkan oleh Kementerian Pertahanan.
A menjejak musuh berpandukan pada peta
B menjejaki musuh dengan berpandu pada peta
C jejak musuh dengan berpandukan kepada peta
D jejaki musuh dengan berpandukan pada peta










Soalan 22 – 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Penyiraman pokok bunga perlu dilakukan dua kali sehari bagi memastikan percambahan yang baik serta pertumbuhan pokok yang sempurna.
A Untuk dapat tumbuh dengan baik dan sempurna, pokok bunga mesti disiram tiap-tiap dua hari sekali.
B Pokok-pokok bunga perlu disiram dua kali sehari supaya mudah tumbuh.
C Pokok bunga dapat tumbuh dengan baik dan sempurna jika penyiraman dua kali sehari dilakukan.
D Kita harus memastikan bahawa pokok bunga yang ditanam mendapat air dua kali sehari supaya dapat tumbuh.

23 Para pelajar mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menyertai pertandingan perbahasan.
A Pertandingan perbahasan melengkapkan diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.
B Pelajar yang berilmu pengetahuan mesti melengkapkan diri sebelum menyertai pertandingan perbahasan.
C Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dilakukan oleh pelajar sebelum menyertai pertandingan.
D Sebelum menyertai pertandingan perbahasan, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mesti dilakukan oleh para pelajar.

24 ”Sungguhpun keluargaku miskin, bukanlah penghalang untukku mencapai cita-cita ke menara gading,” bisik hati kecil adik.
A Adik berbisik kepada dirinya sendiri untuk pergi ke menara gading.
B Adik menyatakan bahawa sungguhpun keluarganya dilanda kemiskinan, namun itu bukanlah cita-citanya.
C Adik mengakui kemiskinan keluarganya bukanlah penghalang cita-citanya ke menara gading.
D Hati kecil adik berbisik menyatakan bahawa kemiskinan keluarga bukanlah penghalang cita-citanya ke menara gading.












Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Pemuda itu memberitahu bahawa kamera Canon itu kepunyaannya.
II Sejak kematian ayah, ibu asyik bermenung sahaja di jendela.
III Sikap suka membaca harus dipupuk sejak anak-anak kecil lagi.
IV Walaupun berjawatan tinggi, Ani tetap menjaga kedua orang tuanya yang uzur.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV


26 I Dua buah teksi telah ditahan oleh pihak penguat kuasa kerana tidak mengguna meter.
II Kita harus berwaspada terhadap pendatang asing yang terlibat dengan jenayah.
III Pelajar itu bukan bodoh sangat tetapi malas mengulang kaji pelajaran.
IV Bolehkah rumah baharu di pinggir kota itu telah diduduki?
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV


27 I ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.
II Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak.
III Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal.
IV Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV


Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.

28 Ramai belia desa berhijrah ke bandar-bandar besar kerana terdapat peluang
pekerjaan yang banyak di sana. Hal ini tidak menghairankan kerana
A di mana ada kemahuan di situ, ada jalan
B kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
C di mana ada gula, di situ ada semut
D baik berjagung-jagung sementara padi masak


29 Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap masyarakat yang saling bekerjasama dan jika terdapat apa-apa masalah, mereka akan berbincang untuk mengatasinya ialah

A bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
B ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki.
C enggang sama enggang, pipit sama pipit
D ke tengah boleh, ke tepi boleh


30 Majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit akan menyebabkan mereka menghadapi masalah jika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Keadaan tersebut seperti

A melepaskan batok di tangga.
B melepaskan anjing tersepit.
C menghitung bulu kambing.
D mendukung biawak hidup.

LATIHAN NOVA 3

KESALAHAN IMBUHAN DAN PENGGUNAAN KATA

ULANG KAJI KEFAHAMAN ANDA

LATIH TUBI TATABAHASA 1

A. KENAL PASTI KESALAHAN-KESALAHAN IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH

1. Perangai yang baik itu akan saya contoh.

2. Pak Hamid mendekati badannya ke tembok.

3. Salleh menduduki anaknya itu di atas meja makan.

4. Swee Lim sedang membaca buku cerita itu untuk adiknya.

5. Maklumat tentang rahsia negara tidak boleh dibocor oleh sesiapapun.

6. Hujan membasahkan jemurannya

7. Pelukis memperlihat lukisannya yang terbaharu.

8. Bapanya mensokong tindakan anaknya yang tidak mahu ke sekolah.

9. Pejabat Pelajaran Johor Baharu bersetuju untuk memperbesarkan dewan sekolah ini.

10. Semua pelajar tingkatan lima akan meninggal alam persekolahan tidak lama lagi.

11. Mak Salmah mengalas tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh amanah.

12. Kita dilarang oleh tuhan untuk mempersenda amalan agama orang lain.

13. Terdapat sesetengah pihak memandangkan rendah terhadap program-program bimbingan dan kelas tambahan yang dianjuri oleh pihak sekolah.

14. Pelajar yang tidak berbuat persediaan yang cukup untuk peperiksaan sering mendapat keputusan yang tidak cemerlang.

15. Jangan terlalu bergantungan pada soalan-soalan ramal untuk menjawab soalan peperiksaan.

LATIHAN TATABAHASA 2

1. Siapa yang mahu menyertai perkhemahan itu mesti berjumpa dengan Cikgu Amin.

2. Terdapat berapa orang pelajar sedang berjalan menuju ke kantin sekolah.

3. Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan di bulan Oktober.

4. Pemandu yang berkhemah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

5. Kakinya semut kerana duduk bersila terlalu lama.

6. Tindakan sesetengah individu menyerang sistem komputer di bahagian keselamatan negara telah dapat diatasi oleh Suruhanjaya Multimedia negara ini.

7. Semua karang mesti dihantar kepada guru selewat-lewatnya pada hari Jumaat.

8. Pipinya merah-merah apabila dipuji oleh ayahnya.

9. Ali menjadi ketidakhadirannya ke sekolah sebagai alasan tidak menyiapkan kerja sekolah.

10. Para pelajar mesti mendaftar diri terlebih dahulu bila sampai ke dewan nanti.

LATIHAN NOVA 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding dengan buku ilmiah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Minat membaca di kalangan masyarakat memang tinggi jika dilihat daripada sambutan yang luar biasa terhadap buku dan majalah popular yang berbentuk picisan. Bahan picisan itu boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-unsur keilmuan dan pendidikan serta mengandungi humor, hiburan, pornografi dan keganasan yang banyak. Contoh bahan picisan ialah komik- komik dan majalah-majalah remaja.

Keghairahan para penerbit yang berlumba-lumba untuk menerbitkan buku atau majalah picisan ini hingga menjadi lambakan di kedai-kedai buku adalah antara faktor yang menggalakkan masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan ini. Kita tidak boleh berbangga dengan peningkatan minat membaca kalau tumpuan hanya diberikan kepada bahan-bahan bacaan yang berbentuk picisan semata-mata kerana membaca bahan-bahan ini boleh membawa kesan negatif dan tentu sekali tidak mampu mengasah minda supaya masyarakat lebih kreatif dan berfikir dengan lebih bijak dan rasional. Bagi remaja pula, mereka mungkin akan meniru aksi-aksi yang terkandung dalam bahan picisan itu. Contohnya adegan pergaduhan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sentiasa berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah mereka lakukan, mereka sentiasa ingin mencuba. Di samping itu, hal ini juga akan meningkatkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam konteks inilah masyarakat, terutamanya remaja lebih gemar membaca bahan-bahan picisan ini kerana kandungannya yang menyeronokan dan memberi kepuasan kepada mereka. Hal ini terjadi demikian, kerana budaya membaca rakyat Malaysia yang belum mantap lagi. Selain itu, segelintir masyarakat Malaysia lebih gemar membaca bahan-bahan tentang hiburan, gosip dan rekaan. Hal ini amat meresahkan kita terutamanya apabila kita terbaca kenyataan yang mendakwa buku-buku ilmiah tidak dibaca tersadai di gedung percetakan Dewan Bahasa dan Pusataka, tambahan pula ahli-ahli akedemik kurang menulis buku yang bersifat ilmiah. Bagi kebanyakan pelajar pula, mereka tidak berminat untuk membaca buku ilmiah kerana bahan ilmiah dikatakan membosankan dan remeh-temeh bagi mereka, kalau bembaca pun mereka hanya membaca buku ilmiah untuk tujuan peperiksaan sahaja.

Isu masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding dengan buku ilmiah, harus dilihat secara keseluruhan dan bukannya menyalahkan satu-satu pihak sahaja. Misalnya, kos pembelian turut mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan-bahan picisan tersebut. Harga bahan-bahan picisan adalah lebih murah berbanding dengan bahan ilmiah. Harga untuk bahan-bahan picisan hanyalah sekitar RM3.00 hingga RM5.00 tetapi untuk bahan-bahan ilmiah, ada yang mencecah ratusan ringgit. Satu lagi faktor sebab hal ini berlaku dapat dilihat pada keadaan bahan-bahan picisan itu sendiri yang mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni sedangkan pada bahan-bahan ilmiah hanya terdapat warna hitam dan putih sahaja.

Kesimpulannya, masyarakat negara mi lebih gemar membaca buku-buku atau majalah yang menghidangkan bahan bacaan berbentuk hiburan atau rekaan semata daripada membaca bahan bacaan bermakiumat dan berisi ilmu pengetahuan.

Pemahaman Bahagian A (ii). Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mengasah minda dalam petikan. [2 markah]

2. Nyatakan dua kesan negatif akibat membaca bahan-bahan picisan ? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan masyarakat membaca bahan bacaan yang berbentuk ilmiah ? [4 markah]

LATIHAN NOVA 5

Latihan tatabahasa

Latihan 1

l Masakan yang_________ ini dimasak oleh tukang masak yang terkenal.

A elok B baik C cantik D enak

2 Budaya asing sering menjadi_________setengah-setengah remaja hari ini.

A pengikut B ikutan C diikuti D mengikut

3 Pembinaan jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar itu_________ belanja sebanyak RM 2 juta.

A tertelan B menelan C ditelan D menelankan

4 Makananyang manis seperti gula-gula dan aiskrim sangat________ oleh kanak-kanak.

A digemari B disenangi C dikehendaki D dicintai

5 Penduduk-penduduk dipinggir hutan itu sering __________oleh binatang liar seperti gajah dan harimau.

A digertai B disenangi C ditemui D diancam

6 Wee Ling mengarang sajak itu untuk ditunjukkan khas__________ ibunya yang tersayang.

A bagi B ke C kepada D pada

7 "Saya akan pulang semula ke sini________ saya rasa tidak sesuai tinggal di sana,"kata Melissa.

A jika B kerana C walaupun D atau

8 Seramai 40 orang murid dari sekolah bandar Mahkota akan mengadakan lawatan_______belajar ke ibu negara.

A kerana B sambil C sementara D lalu

9 " Persahabatan saya dengan Mee Yee sangat rapat ,__________saya sudah menganggapnya seperti adik beradik,"kata Kent.

A lalu B atau C malah D jika

10 Semua tanamam di kebun Ah Hock telah musnah kerana dirosak oleh __________ monyet yang datang dari hutang.

A seekor B sekawan C sekolompak D seangkatan

11 Encik Goh menghadiahkan___________- rantai emas yang diberinya dari sabah kepada isterinya.

A sejalur B sebuah C seutas D selembar

12 Orang kaya itu telah telah menderma beberapa____________ beras kepada keluarga Tan yang malang itu.

A kampit B bungkus C ikat D kotak

13 Swee Lian dan kawan-kawannya tidak percaya kepada Gopal kerana dia memang pandai.

A besar hati B hidung tinggi C mandi peluh D membuat helah

14 Mangsa kemalangan jalan raya itu mendapat kecederaan__________di bahagian kakinya.

a teruk B berat C kuat D tenat

15 ______________bungkusan itu telah dibuat oleh Yap Kee dan Kok Lian, dua minggu yang lalu.

A Kiriman B Pengiriman C Pengirim D Kirimkan

16 Cheah Soo selalu ingat akan pesan ayahnya supaya tidak_________- dalam urusan orang lain.

A panjang tangan B lepas taqngan C kena tangan D campur tangan

17 Mary semakin angkuh apabila dia merasakan dirinya sebagai___________ dalam pasukan hobi sekolahnya.

A anak angkat B anak emas C anak kandung D anak buah

18 "Pada suatu ketika dahulu kawasan ini penuh dengan___________,"kata Pak Wee kepada cucu-cucunya.

A semak samun B rumput-rampai c lalu-lalang D simpang-siur

19 Anne selalu terkenang akan kisah__________ semasa kecil dahulu.

A riang-ria B suka-duka C keluh-kesah D gurau-senda

20 Ikan yang dibawa pulang oleh kumpulan nelayan itu_________ belaka.

A comel-comel B baru-baru C segar-segar D cantik-cantik