Wednesday, June 15, 2011

Sila cetak dan baca serta fahamkan isi kandungan karangan ini

Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
.
..........“
Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........
Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
.
..........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........
Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.
.
..........
Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........
Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

KEPADA PELAJAR IPOH DAN BATU GAJAH :
CETAK LATIHAN INI DAN SIAPKAN SEBELUM DIBAWA KE KELAS.
1Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ................... bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

jalan keluar

jalan belakang

jalan pintas

jalan tengah

2Oleh sebab Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

mengambil peluang

mengambil langkah

mengambil berkat

mengambil masa

3Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.

gelap mata

putih mata

rambang mata

Rabun mata

4Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

terang hati

sampai hati

cekal hati

ada hati

5Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

tulang belakang

keras tulang

ringan tulang

tulang empat kerat

6Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

membuka tembelang

membuka langkah

membuka mulut

membuka mata

7Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.

darah gemuruh

darah caging

darah muda

darah dingin

8Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".

kata sepakat

kata hikmat

kata dua

kata putus

9Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

ada hati

cekal hati

kecil hati

rendah hati

10Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

jauh hati

kecil hati

berat hati

patah hati

11En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.

rendah diri

mata duitan

pilih kasih

hidung tinggi

12Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.

berhati batu

berhati perut

bertegur sapa

bertikam lidah

13Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................

cepat tangan

bekas tangan

tangan sejuk

tangan terbuka

14Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................

anak tiri

anak emas

anak angkat

cahaya mata

15Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.

ambil hati

iri hati

cekal hati

besar hati

16Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............

bekas tangan

tanda mata

buah hati

mengadu nasib

17Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.

campur tangan

guna tenaga

temu janji

jual beli

18Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.

harga mati

jual mahal

naik harga

harga tetap

19Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.

panjang akal

panjang lebar

panjang lidah

panjang bicara

20Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.

cakap besar

khabar angin

omong kosong

mengado domba

21Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .

telinga lintah

telinga pekak

pekak tuli

pekak badak

22Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.

gelap mata

rambang mata

pening kepala

rambang hati

23Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.

berkaki bangku

berkaki ayam

berkaki botol

berkaki bola

24Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.

ibu angkat

anak emas

buah hati

ibu tiri

25Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.

makan angin

memilih bulu

makan tidur

bermain mata

26Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

rusa masuk kampung

beruang dalam belukar

kuda belang

lipas kudung

27Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............

rusa masuk kampung

burung dalam sangkar

ayam kehilangan anak

anjing menyalak bukit

28Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

berat perut

berat badan

berat mata

berat sebelah

29Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .

curi hati

curi tulang

curi ayam

curi kerja

30 " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.

Dengar telinga

Dengan lihat

Pasang telinga

Pasang mata

31Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

rusa masuk kampung

beruang dalam belukar

kuda belang

lipas kudung

32Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............

rusa masuk kampung

burung dalam sangkar

ayam kehilangan anak

anjing menyalak bukit

33Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

berat perut

berat badan

berat mata

berat sebelah

34Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ .

curi hati

curi tulang

curi ayam

curi kerja

35Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.

buah mulut

murah mulut

mulut besar

bawa mulut

36Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.

hati batu

kepala batu

batu keras

batu api

37Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.

sepenuh hati

sepenuh suara

sebulat suara

sepenuh isi

38Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.

panjang tangan

ringan tulang

buah mulut

buah tangan

39Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.

buah-buahan

buah hati

buah tangan

ringan tulang

40Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.

panas baran

gila babi

gila pangkat

naik angin

41Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .

gatal tangan

lepas tangan

panjang tangan

buah tangan

42Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .

minyak wangi

minyak hampir jatuh

minyak yang penuh

minyak masak

43Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.

panjang tangan

buah tangan

berat tangan

depa tangan

44Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.

budi bahasa

bahasa bunga

budi-budian

mulut berbahasa

45............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.

Makan angin

Naik angin

Khabar angin

Mulut tempayan

46Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.

senang hati

terang hati

buta hati

susah hati

47Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.

cari jalan

sua muka

besar hati

gelap mata

48.................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.

Serkap jarang

Serang hendap

Panjang tangan

Pukul curi

49"Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.

kurang manis

kurang umur

kurang jadi

kurang tua

50Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. .

makan hati berulam jantung

sudah jatuh ditimpa tangga

beringat-ingat sebelum kena

besar periuk, besarlah keraknya

51Hasanol memang .................. sehingga sekarang pun dia masih tidak tahu membaca dan menulis.

otak udang

otak cair

otak beku

otak-otak

52Beberapa orang ................ yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas polis.

kaki bangku

kaki minum

kaki ayam

kaki judi

53Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi ................. jiran tetangganya.

buah mulut

buah hati

buah tangan

anak buah
PERIBAHASA

: Tentukan peribahasa yang sesuai.
jauh bau bunga, dekat bau tahi
laksana pahat dengan penukul
ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
seperti belangkas
umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
bagai manik putus tali
1. Sejak Mawi dipelihara ibu tirinya, dia rasakan hidupnya begitu terkongkong.
_______________________________________________________________________________
2. Matthew hanya melakukan tugasannya dengan sempurna apabila disuruh oleh
penyelianya.
_______________________________________________________________________________
3. Air mata Yew Sing bercucuran apabila mendapat berita kematian tunangnya dalam
kemalangan jalan raya.
_______________________________________________________________________________
4. Perhubungan yang terjalin antara MUn Fu dengan Hwa Jiunn erat kerana mereka sering
kelihatan bersama.
_______________________________________________________________ ________________
5. Semasa muda, Puan Siti sangat dikasihi oleh suaminya, tetapi setelah tua, dia diceraikan
oleh suaminya.
_______________________________________________________________________________
6. Ahli keluarga yang tinggal berjauhan akan selalu dike nang, tetapi apabila berdekatan
mereka akan bertengkar dan berbalah.
_______________________________________________________________________________
Teliti grafik di bawah dan buat suatu huraian tentang usaha-usaha meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan di negara kita . panjang huraian antara 120 patah kata


PRODUK BERASASKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
KEMPEN DAN PAMERAN
KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
KEMPEN DAN PAMERAN
- dilaksanakan olek Kementerian Pertanian
Malaysia contoh: MAHA 2010
- media massa: iklan dan promosi melalui televisyen,radio dan internet
- Promosi di hotel-hotel : dihidang
di meja utama
- Pusat pelancongan berkonsepkan agropelancongan
Misi promosi ke luar Negara



MENGHASILKAN PRODUK BERASASKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
- Jem
- Minuman
- Makanan ringan
- Makanan/kuih tradisonal segera
- Menggunakan pek/pembungkusan yang menarik dan berkualiti

KAJIAN DAN PEMBANGUNAN OLEH SAINTIS
- Kajian rentang klon buah-buahan yang terkini
- Hasilkan benih pokok kacukan yang bermutu tinggi untuk pasaran antarabangsa
- Penggunaan teknologi pertanian terkini


LANGKAH-LANGKAH LAIN
Tanaman secara ladang
Pengkhususan pada satu atau dua jenis tanaman bernilai komersial sahaja
Skim galakan pertanian
Program Bumi Hijau semasa era perdana menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi

FAKTA
Agensi kerajaan yang terlibat
- MARDI
- Kementerian Pertanian Malaysia/Jabatan Pertanian Malaysia
- FAMA

FRASA MENARIK DAN KOSA KATA
· Agropelancongan
· Spesies buah-buahan
· Usahawan tani
· Menjana hasil pendapatan yang lumayan
· Bersaing di pasaran global
· Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
· Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya