Monday, September 15, 2014

PENANDA WACANA DALAM KARANGAN


A] PENANDA PERMULAAN KARANGAN 
1. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….—
2. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
3. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.—
4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …—

B) PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

C) PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN 
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

D) PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN
1.Sebagai contohnya—
2. Biar kita lihat—
3. Biar kita ambil contoh—
4. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah—
5. Sebagai analoginya,—
6. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

E) PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH 
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Justifikasinya,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa

F) PENANDA MENUTUP ISI
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

G] PENANDA MEMULAKAN ATAU MEMASUKKAN PERIBAHASA 
A) Persis kata peribahasa Melayu, .............
B) Persis kata orang tua-tua, ............
C) Persis kata mutiara, ............
D) Persis kata cendekiawan, .............
E) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
F) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

H] PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP
a) Sebelum mengakhiri wacana ini,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,

KEPERSISAN BAHASA 1 - Dato` vs Datuk dan datuk

Apabila seseorang itu memperoleh cucu, kita pasti akan memanggil beliau dengan gelaran datuk. Gelaran ini merupakan satu gelaran yang akan pasti diperoleh oleh kita tidak kira lambat atau cepat. Namun, bukan gelaran datuk dalam kekeluargaan yang ingin diceritakan, tetapi Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Dato’.

Kita dapat lihat pada hari ini, ramai individu yang memperoleh anugerah ini tidak kira yang bergiat aktif dalam sukan, akademik, politik, hiburan dan sebagainya. Anugerah ini diberikan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara yang tercinta ini.

Walau bagaimanapun, kita sering kali mengalami kekeliruan untuk menulis gelaran ini sama ada untuk menulis Datuk atau Dato’ dalam penulisan kita. Kekeliruan ini merupakan perkara biasa dan saya sendiri mengalaminya. Hal ini terjadi kerana kita tidak mengetahui siapa yang telah menganugerahkan anugerah ini kepada mereka.

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan, yakni oleh Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai sultan dan diketuai oleh Yang Dipertua seperti Melaka, Sarawak dan Sabah.

Contoh penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaranDatuk ialah;

Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan dan lain-lain.

Sementara itu, Dato’ pula ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Contoh penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaranDato’ ialah;

Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Mizal Zaini, Dato' Idris Md Yusof dan lain-lain

Oleh hal demikian, kita seharusnya dapat membezakan penggunaanDatuk dan Dato’ apabila membaca sedikit penerangan di atas.

PANGGILAN HORMAT DALAM PROTOKOL RASMI



Bil
Rujukan hormat
Orang yang Disapa
1
Yang Mulia
Bergelar warisan seperti Tengku, Raja
2
Yang Amat Mulia
Anak kepada raja yang sedang memerintah
3
Yang Teramat Mulia
Kerabat raja yang bergelar
4
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda
5
Yang Maha Mulia
Balu Almarhum Sultan
6
Duli Yang Maha Mulia
Sultan, Sultanah, Raja Perempuan
7
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
8
Yang Berbahagia
Bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor
9
Yang Amat Berbahagia
Tun & Toh Puan
10
Yang Arif
Hakim
11
Yang Amat Arif
Ketua Hakim Negara
12
Yang Berhormat
Orang yang dipilih melalui proses tertentu seperti Wakil rakyat, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Dewan Rakyat
13
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri
14
Yang Setia
Pegawai tentera dan polis
15
Yang Amat Setia
Ketua turus tentera & polis
16
Yang Berusaha
Pegawai yang tidak bergelar
17
Sahibus-Samahah
Mufti
18
Sahihul-Fadilah
Ulama, kadi
19
Sahibus-saadah
Pengarah Jabatan Agama
20
Tuan Yang Terutama
Yang Dipertua Negeri, Gabenor, Duta

RAKYAT vs RAJA

Kalau Rakyat..., Raja....



Kalau rakyat makan, raja santap
Kalau rakyat tidur, raja beradu
Kalau rakyat mandi, raja bersiram
Kalau rakyat sakit, raja gering
Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli
Kalau rakyat bersuara, raja bertitah
Kalau rakyat duduk di kerusi, raja duduk di singgahsana
Kalau rakyat dikuburkan, raja dimakamkan
Kalau rakyat mati, raja mangkat
Kalau rakyat mati dipanggil allahyarham, raja mangkat menjadi almarhun
Kalau rakyat bagi hadiah, raja bagi anugerah
Kalau hujan rakyat pakai payung, raja pakai iram-iram
Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus
Kalau rakyat sambut hari lahir, raja sambut hari keputeraan
Kalau rakyat bertolak, raja berangkat
Kalau rakyat suka, raja berkenan
Kalau rakyat sakit kepala, raja gering hulu
Kalau rakyat buang air kecil, raja buang air seni
Kalau rakyat hanya duduk, raja pula bersemayam
Kalau rakyat dipanggil dia, raja dipanggil baginda
Kalau rakyat marah, raja murka
Kalau rakyat bertopi, raja bermahkota