LATIHAN APOLO 3
Latihan Tatabahasa
1.Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.
A.batu loncatan B.batu alas C.hati batu D.batu giling
2.Kita mesti____________ semasa guru mengajar.
A.rabun ayam B.kaki ayam C.buta huruf D pasang telingga
3.Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.
A.ambil hati B.isi hati C.buah hati D.mata hati
4.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.
A.biru Bputih C.pucat D.hitam
5.Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.
A.degil B.lurus C.bijak D.baik
6.Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun.
A.zalim B.degil C.liar D.buas
7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.
A.jejari B.tetupai C.kekuda D.lelabu
8____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.
A.bercermat-cermat, bebalai B.beragak-agak,dedahan C.berhati-hati,berbuli D.perlahan-lahan,deduri
9.Kita mestilah menghormati jiran____________.
A.tetamu B.tetangga C.sesama D. kekisi
10.__________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.
A.dedaun B.kekabu C.lelangit D.pepohon
11.Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.
A.buku B.ketul C.ruas D.ulas
12.Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din
A.jalur B.buah C.gugus D.untai
13.Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.
A.buah,jalur B.ketul,gugus C.biji,untai D.bentuk,utas
14.Kelincahan gadis iyu menjadi ____________penduduk kampung kami.besar hati .
ABuah mulut B.rambang mata C.mata keranjang D.kutu rambu
15.''Janganlah berasa ____________ apabila mnlihat dia membeli basikal baru,'' kata loke kepada sim Min Chin.
A.besar hati B.kepala angin C.iri hati D.patah hati
16.Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.
A.bulat hati B.isi hati C.busuk hati D.makan hati
17.Dia memang ___________. Setiap hari asyik tidur saja .
A.anak angkat B.anak emas C.rabun ayam D.berat tulang
18.Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.
A.diberkas B.dicelup C.dijaga D.ditanya
19.Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.
A.menjinjing Bmenatang C.menjunjung D.memikul
20.Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.
A.terkedek-kedek B.tergerak-gerak C.terangguk-angguk D.terhincut-hincut
No comments:
Post a Comment