Tuesday, September 11, 2012

PANDUAN TATABAHASA

1.      pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah
  1. dua setengah kilogram ( X  )
  2. dua kilogram setengah (√  )
  3. tiga setengah minit  ( X  )
  4. lima liter suku     (√  )
  5. tiga suku jam  ( X  )
  6. tiga jam suku (√)
2.    ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh……………
  1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  2. Roti itu saya makan.                  (√  )
  3. Roti itu kamu makan.           (√  )
  4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
  5. Roti itu mereka makan.            ( X  )
3.     membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda
  1. Jangan membuat bising.  ( X   )
  2. Jangan berbuat bising.   (  √ )
  3. berbuat begitu    (  √  )
  4.  membuat begitu  (  X  )
  5.  berbuat demikian   ( √   )
4.   antara (bukan tempat)  / di  antara(tempat)
  1. Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  )
  2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    )
  3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )
  4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ )
  5.  Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )
5.    di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)
1.     di dalam ingatannya (  X   )
2.     dalam ingatannya     ( √  )
3.     di dalam bilik        (  √ )
4.     dalam mesyuarat      (  √  )
5.      di dalam hatinya       (  X   )
6.   ialah (kata nama ,kata kerja)    /   adalah (kata sendi,kata adjektif)
1.     Ramli ialah abang saya.    (  √  )
2.     Ramli adalah abang saya.  ( X   )
3.     Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (  √   )
4.     Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang.   (√   )
5.     Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )
  1. _____ jangan = Harap sahaja
1.     Harap jangan merokok. (  √  )
2.     Sila jangan merokok. (  X  )
3.     Tolong jangan merokok. ( X   )
4.     Usah jangan merokok. ( X   )
5.     Jangan merokok. (  √  )
8.    meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)
1.     menasihati Ali       ( √   )
2.     menasihatkan Ali    ( X   )
3.     menghidangkan tetamu (  X  )
4.     menghidangkan nasi lemak untuk tetamu (  √  )
5.     menaikkan bendera   ( X  )
6.     menganugerahi Encik Azim ( √)
7.     menganugerahkan pingat kebesaran (√)
8.     menaiki taktha (√)
9.     menaiki kereta api (√)
10.  menaikkan lori sawit (X)
9.     (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)
1.     Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )
2.     Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )
3.     Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )
4.     Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )
5.     Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√   )
10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)
1.     memperdalamkan lubang itu ( x   )
2.     memperdalam lubang itu (√   )
3.     mendalamkan lubang itu (  √ )
4.     memperkatakan  hal itu (  √  )
5.     memperkata hal itu  ( x   )
11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)
1.     Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )
2.     Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )
3.     Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√   )
4.     Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )
5.     Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√   )
12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain
1.     Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )
2.     Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )
3.     Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (  √  )
4.     Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )
5.     Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√   )
  1. kata bilangan ‘ber’ = 2X
1.     berpuluh tahun (  X   )
2.     berpuluh-puluh tahun ( √    )
3.     beribu-ribu penonton (  √   )
4.     beribu penonton ( X   )
5.     ribuan penonton ( √   )
  1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan
1.     kedua-dua anaknya (√   )
2.     kedua anaknya ( X   )
3.     anaknya yang kedua (√   )
4.     ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )
5.     ketiga-tiga kucing itu  (√    )
  1. kata bilangan =  B  1
1.     semua murid-murid (  X  )
2.     semua murid  (√   )
3.     para pelajar    (√   )
4.     semua kanak-kanak (√    )
5.     ramai budak (  √   )
16. ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)
1.     Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )
2.     Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )
3.     Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )
4.     Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )
5.     Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat ( √    )
17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)
1.     Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)
2.     Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )
3.     Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )
4.     Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )
18.  kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG
1.     Wau itu akan saya buat. (  √   )
2.     Wau itu saya akan buat. ( X    )
3.     Surat itu telah saya tulis. (  √  )
4.     Surat itu saya telah tulis. ( X   )
5.     Orang gila itu  pernah kamu lihat? (  √   )
19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)
Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)
1.     Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )
2.     Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (  √   )
3.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )
4.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )
5.     0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (  √   )
20.  ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA
1.     Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. (  X  )
2.     Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )
3.     Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X  )
4.     Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )
5.     Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X  )
21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)
1.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )
2.     Kuih itu dimakan bapa. (  √   )
3.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )
4.     Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )
5.     Kuih itu termakan  bapa. ( x    )
6.     Kuih itu kena makan oleh bapa. (  √   )
7.     Kuih itu kena makan  bapa. (  √   )
8.     Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )
9.     Pencuri itu kena tangkap polis. ( √   )
10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )
11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )
22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)
1.     1950an ( X   )
2.     1950-an ( √   )
3.     1950 – an ( X    )
4.     lima puluhan (  √  )
5.     lima puluh an ( X   )
23. lain = di akhir ayat,1x
1.     masalah-masalah lain ( √   )
2.     lain-lain masalah ( x    )
3.     perkara-perkara lain ( √   )
4.     lain-lain perkara (  x  )
5.     hal-hal lain ( x   )
24. akan = tiada imbuhan
1.     menyayangi akan anaknya ( x   )
2.     sayang akan anaknya (  √  )
3.     sayang  anaknya ( x   )
4.     merindui ibunya (  √  )
5.     rindu akan anaknya (  √   )
25. saling = 1x,tidak perlu ganda
1.     Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )
2.     Daud dan Arif saling mengejar (  √   )
3.     Daud dan Arif kejar-mengejar (  √   )
4.     Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (  √   )
5.     Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (  √   )
26.  kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x
1.     juru-juruterbang (  x   )
2.     juruterbang-juruterbang ( √   )
3.     olahragawan-olahragawan ( √    )
4.     olah-olahragawan ( x    )
5.     seniman-seniman (  √   )
27.  kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama
1.     guru-guru besar (  √  )=banyak guru besar
2.     guru besar-guru besar ( x   )
3.     guru besar-besar (  √   )=banyak guru yang besar
4.     alat-alat tulis ( x    )
5.     alat tulis-alat tulis (  √  )
28. kata penguat bebas=sas
1.     sangat cantik (  √   )
2.     cantik sangat (  √   )
3.     amat kejam     (  √   )
4.     kejam amat     (  √   )
5.     bijak sungguh (   √  )
29.  sekali = tidak perlu ter dan paling
1. KLCC tertinggi sekali. (  √   )
2. KLCC tertinggi. ( √    )
3. KLCC tinggi sekali. (  √    )
4. KLCC paling tinggi sekali . ( x   )
5. KLCC tinggi sekali. (  √  )
30. ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan
1.     Buku itu telah kuambil. (  √  )
2.     Buku itu telah kumengambil. ( x   )
3.     Ke mana  kaupergi tadi? (√   )
4.     Itu adikkau? ( X    )
5.     Kausakitkah?(X)
31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh
1.     Siapakah nama saudari? (√   )
2.     Siapa nama saudari? ( x   )
3.     Nama saudari siapa? (√   )
4.     Nama saudari siapakah? ( x   )
5.     Yang manakah basikal kamu ? (  √  )
6.     Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )
7.     Cikgu Ali sudah datang ? (   √  )
8.     Sudah datangkah Cikgu Ali? (  √   )
32. baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama
1.     Abu Bakar memakai baju baharu. (  √  )
2.     Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )
3.     Dia baru sampai pagi tadi. (  √  )
4.     Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )
5.     Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (  √  )
33. apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
1.     Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )
2.     Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (  √  )
3.     Kami tidak ke mana-mana semalam. (  √   )
4.     Kami tidak ke mana semalam. ( x    )
5.     Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )
34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber
1.     Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (  √  )
2.     Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )
3.     Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )
4.     Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (  √   )
5.     Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )
35. belaka = B 1
1.     Baju itu murah-murah belaka.
2.     Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )
3.     Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )
4.     Mereka bijak belaka. (  √  )
5.     Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. ( x   )
36. daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa,jarak,tempat
1.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)
2.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.
3.     Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)
4.     Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )
5.     Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (  √   )
37. boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga
1.     Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )
2.     Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )
3.     Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )
4.     Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (  √   )
5.     Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x   )
38. kata bantu= boleh bersama
1.     Saya belum pernah makan durian. (  √  )
2.     Adik Lilyana masih belum bersekolah. (  √  )
3.     Karim Pin masih sedang menulis surat.(  √  )
4.     Yatimah sudah pernah melawat Jepun. (  √  )
5.     Puan Wong sedang hendak ke pasar. (  √  )
39. sekalian = B 1
1.     Para hadirin sekalian, ( x    )
2.     Hadirin sekalian, (  √   )
3.     Hadirin yang dihormati, (  √  )
4.     Hadirin yang dihormati sekalian,  ( √   )
5.     Tuan-tuan dan puan-puan, (  √  )
40. hanya   / sahaja= tidak boleh bersama
1.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )
2.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (  √  )
3.     Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (  √  )
4.     Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. (  √  )
5.     Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. (  √  )
41.   Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)
1.     alat penghawa dingin ( x   )
2.     alat hawa dingin ( x    )
3.     pendingin hawa (   √   ) = hawa yang panas perlu didinginkan
4.     penghawa dingin (  x  )
5.     penyaman udara (  √  )
42.  isme bukan isma
1.     nasionalisma ( x    )
2.     nasionalisme (  √   )
3.     plasma (  √  )
4.     plasme (  x  )
5.     patriotisme (  √  )
6.     vandalisma (  x )
43.          kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B
1.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )
Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )
2.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (  √   )
Kami  akan pergi esok. (  √   )
3.     Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )
4.     Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. ( √   )
5.     Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )
44. di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba
1.     Mereka sudah sampai di Tapah. (  √   )
2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )
3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )
4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )
5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (  √    )
45. 1.     menengok televisyen (  √ )
2.     menonton televisyen  (  √ )
3.     memotong getah         (  x   ) = lisan
4.     menoreh getah            ( √  )
5.     menggantung baju di ampaian ( x   )= menyidai
46.  manakala = 2,3.. orang    /   sementara=1 orang
1.     Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)
2.     Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.
3.     Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (  √  )
4.     Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )
5.     Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √  )
47. atas=bukan tempat    /   di atas= tempat
1.     Terima kasih atas pertolongan saudara. (    )
2.     Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )
3.     Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )
4.     Buku kamu ada di atas meja itu. (    )
5.     Burung berterbangan di atas awan. ( x   )
48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh
1.     Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )
2.     Saya tidak tahu namanya. (  √  )
3.     Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )
4.     Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )
5.     Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (  √  )
49. tidak=kata kerja,kata adjektif   /  bukan=kata nama,
1.     Dia bukan abang saya. (  √  )
2.     Komputer ini bukan berat.(  x   )
3.     Soalan ini bukan susah. (  x   )
4.     Soalan ini tidak susah. (  √   )
5.     Gillian tidak suka bermain bola sepak. (  √  )
50. mempunyai= untuk orang, haiwan   /   terdapat   /  ada
1.     Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )
2.     Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (  √   )
3.     Sekolah saya ada  sebuah padang. (  √   )
4.     Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (  √  )
5.     Saya mempunyai empat orang anak. (  √  )
51. untuk  = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)
1.     Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )
2.     Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (  √    )
3.     Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (  √  )
4.     Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )
5.     Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(  √   )
52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)
1.     tak mau                  =_____tidak mahu_______
2.     tak tau                   =_____tidak tahu___
4.     mak saya               =____emak saya____
5.     tuk saya  =____datuk saya________
6.     dah tau                   =____sudah tahu________
7.     kak saya =____kakak saya________
8.     tak nak                   =____tidak hendak______
53. adakah= ya,tidak    /  apakah=benda, perkara, haiwan
1. Adakah kamu sakit? (  √ )
2. Apakah kamu sakit? (  X   )
3. Apakah nama haiwan itu? (  √   )
4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )
5. Apakah yang terjadi?  (  √  )
54. dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-lain lagi= berlainan jenis
1.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. (  √   )
2.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. (   x  )
3.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x   )
4.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. (  √   )
5.     Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.(  x )
55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas
1.     pasar raya (√   )
2.     pasaraya    ( x  )
3.     bandar raya (  √  )
4.     Bandaraya Kuala Lumpur ( √   )
5.     Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )
6.     Bandaraya Ipoh (  √  )
7.     pilihan raya (  √ )
8.     jalan raya (  √  )
9.     hari raya (  √  )
10. lebuhraya ( x   )
  1. goreng = nak makan/goreng apa?
1.     Saya suka goreng pisang. (  x    )
2.     Saya suka  pisang goreng. (  √   )
3.     Tolong goreng pisang itu. (  √   )
4.     Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )
5.     Saya suka menggoreng pisang. (  √   )
  1. kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)
1.     memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )
2.     memberitahu Cikgu Siti (  √  )
3.     melawat ke Kuala Lumpur (  x   )
4.     melawat ke datuknya (  x   )
5.     melaporkan kepada pihak polis (  √   )
6.     kami melawat nenek di kampung (  √   )
7.     ke hospital untuk melawat kawan (  √   )
  1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.
1.     Dia tersangat nakal. (  √   )
2.     Dia sangat ternakal. (  x   )
3.     Baju itu amat termahal. (  x   )
4.     Baju itu amat mahal. (  √  )
5.     Baju itu termahal. (  √   )
59. ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali
1.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (  √   )
2.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )
3.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )
4.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (  √    )
5.     Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x   )
60. se……  /  se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0
1.     dari masa ke semasa (  x    )
2.     dari semasa ke semasa ( √  )
3.     dari masa ke masa (  √    )
4.     dari hari ke hari  (  √   )
5.     dari hari ke sehari (  x  )
61. setengah  = ½    / sesetengah = jumlah, sebilangan
1.     Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )
2.     Sesetengah orang tidak suka akan durian. (  √    )
3.     Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (  √  )
4.     Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )
5.     Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (  √  )
62.          beberapa  = jumlah  /  berapa = soalan
1.     Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (  √   )
2.     Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )
3.     Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )
4.     Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (  √   )
5.     eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (  √   )
63.    = hendak makan apa? naik apa? ke mana?
1.     bas mini (  √  )
2.     mini bas (  x  )
3.     sos cili   (  √  )
4.     cili sos   (  x  )
5.     Aminah Kedai Jahit (  x   )
64.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?
1.     ayam telur (  √   )
2.     telur ayam (  √   )
3.     ayam daging (  √  )
4.     daging ayam (  √   )
5.     kuning telur (√ )
65.   1.    Bahasa Melayu (  √  ) = nama khas bagi mata pelajaran
2.     bahasa Melayu (   √  ) = nama am bagi  bahasa
3.     berbahasa Melayu (  √    )
4.     berBahasa Melayu (   x  )
5      fasih Bahasa Inggeris  ( x )
66.   benda  + orang
1.     bapa kereta (  x  )
2.     kereta bapa  (  √   )
3.     saya punya wang (  x    )
4.     wang saya (  √    )
67. kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B
1.     dedaun berguguran (  x   )
2.     daun berguguran (  √  )
3.     lelayang bergantungan (  √   )
4.     layang-layang bergantungan (  √   )
5.     kekacang bertaburan (  x   )
68.  selain = tidak perlu daripada,dari
1.     Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
2.     Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
3.     Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  √   )
4.     Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (  √   )
5.     Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )
69.   (0rang) menghiaskan  /(Benda) menghiasi  /(benda) mengotori (orang)mengotorkan
1.     Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (  √   )
2.     Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )
3.     Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )
4.    Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (  √   )
5.    Adik mengotori lantai itu. (  x    )
70. penjodoh bilangan
1.    seketul pemadam (   √  )
2.    seutas tali leher( x  )
3.    sebuah jam dinding             (  √  )
4.    sepuluh butir telur ayam (   √  )
5.    lima buah rumah-rumah  ( x  )
71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir
1.     Rumah saya rumah batu juga.(  √  )
2.     Rumah saya juga rumah batu.(  x   )
3.     Gadis itu tersenyum saja. (  √   )
4.     Gadis itu saja tersenyum. (   x  )
5.     Haji Ali ke Makkah lagi.(  √   )
72. kata penguat(tidak perlu)  +  kata ganda berirama
1.     Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )
2.     Rambut Afiqah kusut-masai. (   √  )
3.     Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )
4.     Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (  √   )
5.     Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )
73. berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B
1.     Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )
2.     Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (  √   )
3.     Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (  √   )
4.     Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )
5.     Ramli mengangguk berulang kali. (  √   )
74.  dia (betul)    /    dai (salah)
1.     diari (√    )
2.     dairi (  x   )
3.     dailek (  x   )
4.     dialek(  √   )
5.     dialog(  √   )
75.  di  = tempat   /  pada = benda
1.     Ada setompok darah di bajunya. (   x    )
2.      Ada setompok darah pada bajunya. (  √    )
3.     Doktor membalut luka pada kakinya. (  √  )
4.     Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )
5.     Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )
75.          ayat songsang
1.     pendepanan frasa kerja transitif,
2.     pendepanan frasa kerja tak transitif
3.     pendepanan frasa adjektif
4.     pendepanan frasa sendi/kata hubung
1.     Sedang membaca buku murid itu. (  √  )
2.     Tertidur Mawi di situ. (   √  )
3.     Sungguh besar sekolah itu.(   √    )
4.     Ke Makkah lagi Haji Ali. (  √   )
5.      Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (   √  )
76.  (pesakit)menjalani  /  (doktor)menjalankan
1.     Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √  )
2.     Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )
77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /   beliau = ada pangkat,jawatan
(tidak semestinya terkenal sahaja)
1.      Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (  √   )
2.     Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )
3.     Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )
4.     Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (  √  )
5.     Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (  √   )
78.  Guru Besar  = nama khas jawatan
guru besar = kata majmuk/umum/am
1.     Bapa saya  guru besar.( √    )
2.     Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (  √   )
3.     Semua guru besar sedang bermesyuarat. (  √   )
4.     Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (  √    )
5.     Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (  √   )
79.  kata bilangan   + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)
1.     sebahagian orang murid(  x   )
2.     sebahagian murid (  √   )
3.     segala ekor binatang (  x    )
4.     segala binatang  (  √   )
5.     setiap orang rakyat (   x    )
80. agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x
1.     Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )
2.     Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (  √   )
3.     Saya berdoa agar Fatin berjaya. (  √   )
4.      Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )
5.     Jika  saya terlupa, tolong hubungi saya (  √   )

No comments:

Post a Comment