Tatabahasa-Perkongsian Laman Guru Selamanya
MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA
Bil.
|
Salah
|
Betul
|
Catatan
|
1
| Ke 4 | Ke-4 | Perlu ada tanda sempang sebelum angka 4.Contoh:
Contoh:
|
2
| mengambilkira | Mengambil kira | Kata majmuk dieja terpisah.Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran. Contoh:
|
3
| 7hb Jun 2010 | 7 Jun 2010 | Perlu seragam, tidak perlu hb. |
4
| Anggaran peruntukkan | Anggaran peruntukan |
|
5
| Tempoh penyambunganmulai dari Jun 2010 hingga Mei 2011. | Tempoh penyambunganmulai Jun 2010 hingga Mei 2011. | Tidak perlu kata sendi dariselepas mulai. |
6
| …inovasi diantara Jabatan/Agensi | …inovasi antara Jabatan/Agensi. | Kata sendi nama di antara untuk menunjukkan tempat atau ruang. |
7
| maklumbalas | maklum balas | Kata majmuk, dieja terpisah. |
8
| Juru Perunding | juruperunding | Juru
– orang yang mempunyai keahlian dlm sesuatu perkara (biasanya dipakai
dlm kata majmuk dan dieja bersambung sebagai satu perkataan).Contoh:
|
9
| diperingkat | di peringkat | Kata sendi di, dieja terpisah. |
10
| …antara Bahagian Acara KPKK dan Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat… | …antara Bahagian Acara KPKK dengan Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat… | Padanan antara ialah dengan. Dan hanya terpakai apabila melibatkan lebih daripada dua pihak.Contoh:
|
11
| perlaksanaan | pelaksanaan | Pelaksanaan kerana daripada proses melaksanakan. |
12
| …di kaitkan dengan… | …dikaitkan dengan… | Kait, KK. Dgn demikian awalan di dieja sebagai satu perkataan. |
13
| Lawatan Kerja Yab Perdana Menteri… | Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri… | Y A dan B, dieja menggunakan huruf besar. |
14
| Pasca Perkhidmatan | Pasca-Perkhidmatan | Sekiranya Perkhidmatan dianggap kata nama khas, perkataan tersebut dieja dengan tanda sempang. Andainya perkhidmatan itu kata umum, maka perkataan tersebut dieja sebagai satu perkata, pascaperkhidmatan. |
15
| intisari | Inti sari | Kata majmuk, dieja terpisah. |
16
| …terdiri dari pelbagai…… | terdiri daripada pelbagai… | Kata sendi yang lebih tepat ialah daripada. |
17
| …sambutan menggalakan dari orang ramai | …sambutan menggalakkan daripada orang ramai… |
|
18
| SEKAPUR SIREH | SEKAPUR SIRIH | Hukum Keselarasan VokalVokal i padanannya vokal i |
19
| Golongan Cendikiawan | Golongan Cendekiawan | Kesalahan mengeja |
20
| menggembeling | Menggembleng | Kesilapan mengeja |
21
| Lain-lain dasar | Dasar-dasar lain | Hukum D – MYang diterangkan mendahului yang menerangkan. Dalam konteks ini, yang diterangkan ialah dasar.
|
22
| tanahair | tanah air | Kata majmuk yang dieja terpisah. |
23
| Penerbitan buku ini adalah seiring… | Penerbitan buku ini seiring… | Tidak perlu ada kata pemeri adalah. |
24
| Hari Kemerdekaaan Malaysia Ke 52 | Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 | Perlu ada tanda sempang sebelum angka 52. |
25
| …kerjasama erat antara sektor awam dan swasta… | …kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta… | Padanan antara dan di antara ialah dengan. Sekiranya melibatkan lebih daripada dua pihak, padanannya ialah dan. |
26
| …menyatu padukan rakyat… | …menyatupadukan rakyat… | Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran. |
27
| …tahu membezakan antara yang baik dan buruk,… | …tahu membezakan antara baik dengan buruk… | …tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk…Padanan yang tepat adalah seperti yang berikut: antara … dengan. |
28
| …asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak… | …asas bagi kesemua rakyat Malaysia terus bergerak… | Di mana ialah kata tanya, dengan demikian tidak bolehberfungsi sebagai kata hubung. |
29
| kemampanan | kemapanan | Yang ada dalam Kamus Dewan ialah mapan. Kata mampan tidak ada dalam kamus. |
30
| …menyuburkan kembali sektor swasta… | …menyuburkan sektor swasta kembali… | Kata kerja transitif (KKT) mesti terus menerima kata nama atau frasa nama yang bertindak sebagai objek. Dalam konteks ini, KKT ialah menyuburkan, dan objeknya ialah sektor swasta. |
31
| …kerjasama erat antara sektor awam dan swasta | …kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta… | Rujuk penjelasan di atas. |
No comments:
Post a Comment