Sunday, September 28, 2014

Bahagian A
[  60 markah ]

1a)      Setiap ayat dalam petikan berikut mempunyai satu kesalahan bahasa
           penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan berikut pada ruang jawapan yang
           disediakan.  Anda tidak perlu menyalin ayat semula.

Selain itu, pengusaha rumah tumpang harus juga diingatkan bahawa kadar sewa tempat tinggal hendaklah berpatutan. Taraf kehidupan penduduk di kawasan tumpuan pelancong hendaklah ditingkatkan. Kerajaan harus menawarkan pinjaman dan khidmat nasihat untuk menggalakan mereka terlibat dalam proses pembangunan pelancongan. Kajian ini mendapati bahawa kemusnahan alam sekitar kebanyakannya punca daripada aktiviti penduduk setempat yang mengamalkannya.

i.              _________________________________

            ii.         _________________________________

            iii.        _________________________________

            iv.        _________________________________

[ 4 markah ]

1b)      Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
           tersebut pada ruang jawapan yang disediakan.  Anda tidak perlu menyalin ayat
           itu semula.

            i.          Sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama, baik secara
                        bersendirian atau secara kolaktif.

                        __________________________

            ii.         Sessi temu duga antara majikan dengan pemohon kerja akan
                        dilaksanakan sebentar lagi.

                        __________________________

            iii.        Pengusaha makanan dilarang menggunakan bahan pengawit dalam
                        produk makanan mereka.

                        __________________________
                                                                                                                        [ 3 markah ]
1c)      Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti.Tandakan ( / ) untuk ayat yang betul dan tanda ( x ) untuk ayat yang salah.

            i.          Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.                   (    )

            ii.         Ramli menunggu kawannya selama satu jam suku.                              (     )

            iii.        Dia menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah itu.                  (     )

            iv.        Kuih-muih itu dibuat oleh saya dengan berpandukan buku resepi.                (     )

            v.         Pelajar yang berwajah pucat itu sakit mungkin.                                       (     )

            vi.        Baju-baju kotor itu dicuci oleh ibu dengan menggunakan sabun basuh.                                                                                                                                                       (     )

[ 6 markah ]


1d)   Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

            i.          Budak kecil itu menangis kerana dia lapar.

                        _________________________________________________

                        _________________________________________________

            ii.         Pak Abu minum kopi sambil membaca surat khabar.

                        _________________________________________________

                        _________________________________________________

            iii.        Azila memberitahu bahawa dia tidak akan menyertai pertandingan debat
                        pada minggu depan.

                        _________________________________________________

                        _________________________________________________

[ 6 markah ]



1e)      Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,
           tulis tiga peribahasa yang sesuai.








 


            i.          __________________________________________________________

            ii.         __________________________________________________________

            iii.        __________________________________________________________

[ 6 markah ]











Soalan 2 – Pemahaman


a)         Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya  dengan  menggunakan  ayat  anda  sendiri.
               
                Setelah sehari menghabiskan masa di kampung itu, waktu untuk kami berangkat pulang ke kota pun tiba. Ibulah yang bertanggungjawab memendekkan siri lawatan itu. Ibu mendesak-desak juga mahu pulang, walaupun ditahan oleh mak cik dan Pak Cik Kinto. Pagi-pagi lagi kami sudah bangun mengemaskan barang-barang. Mak cik dan Pak Cik Kinto membungkuskan kami rendang pedas belibis, hasil perburuan aku dan Pak Cik Kinto petang semalam. Mereka juga membekalkan kami sedikit nasi dan telur rebus. Aku lihat Pak Cik Kinto agak berat hendak melepaskan aku pulang. Aku juga berasa terharu untuk meninggalkan mereka;  meninggalkan kampung yang terpencil itu, tetapi apakan daya, aku mesti pulang juga. Bapa menunggu di  kota. Sekolahku juga menantiku.
            Tepat pada masa yang ditetapkan, teksi yang kami sewa itupun datang  menjemput kami. Teksi itu bergerak perlahan-lahan pada mulanya, tetapi semakin lama semakin meluncur laju. Sedar-sedar kampung itu sudah tertinggal jauh di belakang. Aku cuba memandang ke belakang, tetapi debu daripada jalan tanah itu menutup pandangan. Aku tiba-tiba berasa suatu macam kehilangan dan kesayuan yang asing dan aneh. Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
            Kesayuan apa ini?
            Mengapa jadi sayu?
            Aku bagai kehilangan sesuatu. Aku bagai tertinggalkan sesuatu, tetapi aku tidak mengerti  apakah yang hilang dan apakah yang tertinggal itu.


(Dipetik daripada cerpen, Capa Rengat,
antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia)

 
 












i.              petikan
[3 markah]
ii.            petikan
[3 markah]





i.              Mengapakah aku terpaksa pulang ke kota dan meninggalkan kampung dalam  keadaan tergesa-gesa?

            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________
[3 markah]

ii.            Nyatakan  perwatakan Pak Cik Kinto yang terdapat dalam petikan. Berikan
           contoh yang sesuai yang dapat menunjukkan perwatakan  tersebut.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[3 markah]

iii.           Pada pendapat anda, apakah cara yang perlu kita lakukan untuk menggalakkan generasi muda mencintai kehidupan di kampung?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]




b)       Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Empat Kerat
(Muafakat)

Indah sungguh warna pelangi,
            Tidak luput hingga senja ;
      Ke lurah sama diharungi,
            Usaha bersama membawa bahagia.

      Buah salak di dalam kantung,
            Kulitnya keras isinya kelat;
      Bulat air kerana pembetung,
            Bulat manusia kerana muafakat.

      Turun ke paya memetik kangkung,
             Hati-hati terkena getahnya;
      Bergotong-royong penduduk sekampung,
             Hidup muafakat hidup bahagia.

Beras segantang sudah disukat,
             Lalu disimpan di atas para;
      Andai seluruh masyarakat muafakat,
             Negara damai rakyat sejahtera.

      Sawah padi luas terbentang,
             Kuning keemasan indahnya maya;
      Percaya-mempercayai asas berpegang,
             Barulah muafakat kekal selamanya.

      Harum sungguh bunga melati,
             Hiasan sanggul amat memikat;
      Bertolak ansur, hormat-menghormati,
             Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

                             (Antologi Harga Sebuah Lukisan,
                                           Tingkatan 3, halaman 5)

 
 
























i.              Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan muafakat.?

            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________
[3 markah]

ii.            Berdasarkan puisi di atas, berikan gaya bahasa yang menarik berserta      dengan contoh yang sesuai.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[3 markah]

iii.           Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang bermuafakat?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]




Soalan 3

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PENGAMBILAN AHLI BAHARU
PASUKAN PENGAKAP SMK  ALOR AKAR

Tawaran dibuka kepada semua murid SMK Alor Akar
yang berminat untuk menyertai
Pasukan Pengakap SMK Alor Akar.

Sila dapatkan borang keahlian daripada
Cikgu Fadilah binti Mustaffa

·        Bayaran pendaftaran RM5.00 sahaja.
·        Ahli baharu  diwajibkan membeli pakaian seragam
yang lengkap.
·        Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan
sepanjang tahun ini.
·        Setiap ahli akan diberikan sijil keahlian pada
akhir tahun.

Tarikh tutup permohonan: 25 JANUARI 2014.


                 Tarikh iklan: 10 Januari 2014





Bahagian B
 [40 markah]

Gambar di bawah menunjukkan permainan tradisional di Malaysia. Anda boleh memilih sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
           


Soalan 1
Anda ingin bercerita tentang permainan tradisional yang terdapat di Malaysia kepada rakan di luar negara.

Tulis surat anda itu selengkapnya.

atau

Soalan 2
Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada permainan tradisional.

Tulis karangan anda selengkapnya.
                                                     


KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment