Latihan: Hasilkan perenggan pengenalan berdasarkan soalan
rumusan yang diberi
Soalan 1
Baca Petikan di bawah ini,
kemudian buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya
banjir kilat di kawasan Bandar danimplikasinya kepada pembangunan
di kawasan Bandar tersebut.
|
Jawapan:
|
Soalan 2
Baca petikan di bawah ini,
rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar
cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang.
Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
|
Jawapan:
|
Soalan 3
Baca petikan di bawah dan buat
satu rumusan tentang masalah-masalah sektor pertanian kepada Negara
kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara.
Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
|
Jawapan:
|
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi
kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali
pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan
terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang.
Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut
akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan
pengajaran.
Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi
dua ayat tunggal.
1.
Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan
dan menjimatkan masa.
2.
Golongan remaja mahupun golongan tua
hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3.
Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah
dapat bersaing dengan barang luar negara.
4.
Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan
banyak harta benda akan musnah.
5.
Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6.
Pendatang asing di negara ini banyak
memberikan kebaikan dan keburukan.
(b) Pisahkan
petikan di bawah ini menjadi enam
ayat tunggal dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.
Institusi pengajian tinggi tidak harus menggalakkan
penubuhan persatuan mahasiswa yang berasaskan kenegerian. Pergerakan begini
walaupun merapatkan hubungan ahli sesama anak negeri yang sama tetapi
kewujudannya juga akan membina jarak hubungan dengan pelajar dari negeri
lain.
(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Rancangan Malaysia Ke Sepuluh memberikan tekanan terhadap usaha untuk membasmi kemiskinan di bandar dan di luar bandar.
(ii) Wang petaruhan dalam sesuatu pembidaan hendaklah disediakan dalam bentuk deraf bank atas nama pihak yang mengeluarkan tender tersebut.
(iii) Pihak sekolah mengada pemantauan yang berterusan di kawasan-kawasan yang beresiko tinggi berlakunya kejadian ragut.
(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
(i) Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai
ketelitian untuk mengelakkan kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas
fakta yang kukuh sehingga menghasilkan kajian yang salah.
(ii) Saban hari berita tentang peperangan memenuhi dada akhbar dan kaca televisyen malah lagi perkhabaran itu berlaku di negara yang tiada daya untuk menentang kuasa penceroboh.
(iii) Lambakan industri produk kecil
dan sederhana bukan sahaja memenuhi pasar raya di dalam negara tetapi juga
dapat menguasai ruang niaga di gedung terkemuka luar negara.
(e) Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti dan kemudian tulis peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
(i) Orang yang cepat marah walaupun atas sebab yang kecil.
(ii) Orang yang kerap berpindah tidak dapat mengumpul kekayaan.
(iii) Membuat kebaikan itu biarlah berpatutan dan kejahatan itu janganlah dilakukan walaupun sekali.
(e) Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti dan kemudian tulis peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
(i) Orang yang cepat marah walaupun atas sebab yang kecil.
(ii) Orang yang kerap berpindah tidak dapat mengumpul kekayaan.
(iii) Membuat kebaikan itu biarlah berpatutan dan kejahatan itu janganlah dilakukan walaupun sekali.
No comments:
Post a Comment