Sunday, May 19, 2013

CONTOH 1



CONTOH 1
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan  tema bagi
novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat
menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel
ini membawa tema  perjuangan golongan muda dalam menentang anasiranasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.
Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih
untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan
universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang
menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’
yang telah dilakukan oleh Jerry.
Selain itu, Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk menyiasat
aktiviti yang dilakukan di Kelab WX2 itu, walaupun mungkin ada bahaya yang
menanti.
Seterusnya, kegigihan Sukma dan rakan-rakannya itu berhasil apabila
usaha mereka itu berjaya dengan kerjasama anggota keselamatan.

CONTOH 2                  
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga persoalan
yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi
menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa persoalan yang menunjangi novel ini.
Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih
sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Ibu Sukma berasa sangat bimbang
apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan
rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.
               Selain itu, persoalan yang lain ialah konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara Puan Delia
dengan anaknya Sukma. Puan Delia  beranggapan Sukma mengalami tekanan
perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan
masalahnya.
                Di samping itu, tanggungjawab seorang sahabat juga merupakan
satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel 6:20 ini. Sebagai contoh,
Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab
WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya akan terancam.CONTOH 19

Soalan 3
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan watak utama
dalam novel ini. Nyatakan juga tiga  perwatakannya dan berikan contoh
peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir.
Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai
contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa
dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20
pagi.
Selain itu, Sukma juga seorang yang  berani. Hal ini terbukti ketika
Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak
menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut.
Di samping itu, Sukma juga seorang yang  bijak. Hal ini jelas dilihat
apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas
kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.

CONTOH 4
Soalan:
Berdasarkan novel  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang
berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa latar tempat.
Latar tempat yang pertama ialah  di hadapan pagar rumah Sukma.
Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan
rumahnya pada jam 6:20 pagi.
Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah  di dalam bilik Sukma.
Sukma membawa Aim balik ke rumahnya lalu menyembunyikan Aim di dalam
biliknya kerana bimbang dimarahi oleh ibunya.
Di samping itu, latar yang lain ialah di dalam dewan kuliah di universiti
tempat Sukma belajar. Sukma sering mendapat pujian daripada Profesor Darul
yang kagum dengan kebijaksanaannya memberikan pendapat dan menjawab
soalan yang dikemukakan dalam kuliah.

CONTOH 5
Soalan:
Berdasarkan novel  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam novel ini.
Satu daripadanya ialah pada jam 6:20  setiap pagi. Sukma berasa pelik
apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam
6:20 pagi.
Selain itu, latar masa yang lain ialah pada waktu pagi. Sukma biasanya
akan menghadiri kuliah di universiti pada waktu pagi.
Seterusnya, latar masa yang juga terdapat dalam novel ini ialah pada
waktu petang. Pada suatu petang, Aim telah mengejutkan Sukma daripada
tertidur. Sukma tertidur dalam biliknya kerana keletihan dan kesedihan
mengenangkan keadaan dirinya sekarang berbanding ketika dia masih kecil.

CONTOH 6
Soalan:
Berdasarkan novel  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa
yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan.
Pertama, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah
masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Peristiwa yang
berkaitan latar masyarakat ini ialah  Puan Delia iaitu ibu kepada Sukma
menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi
pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
               Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah  masyarakat yang
tabah menghadapi dugaan dan cabaran.  Sebagai contoh, Nenek dan Aim
tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia,
ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
               Latar masyarakat yang seterusnya ialah  masyarakat yang mudah
terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Hal ini dapat dilihat apabila
Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang
memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

CONTOH 7
Soalan:
Berdasarkan novel  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga nilai.
Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai yang pertama ialah  kasih sayang. Ibu Sukma menghadiahkan
Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan. Hal ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya.
           Selain itu, nilai yang lain ialah  bantu-membantu.  Tuan Haji Syaqir
berjaya  membantu Ehsan dengan  mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Di samping itu, nilai seterusnya ialah setia kawan.  Sukma dan Rafiq
sanggup  menasihati dan  menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan
baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran
barat melalui penglibatan mereka dalam “ruang sepi” di Kelab WX2.

CONTOH 8
Soalan:
Berdasarkan novel  “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga
pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan
setiap pengajaran tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil iktibar.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah menghormati golongan
yang lebih tua daripada kita. Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi
menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia
ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
Kedua,  seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setia kawan.
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan
rakan  baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi
dengan  pemikiran barat.
Ketiga,  kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis
untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim)
meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

No comments:

Post a Comment