Thursday, February 21, 2013

IMBUHAN BER...


 Perkataan yang berawalan ber-




Aspek makna yang dibawa oleh awalan beR-
Pada dasarnya, perkataan-perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian-pengertian khusus, bergantung pada golongan-golongan perkataan tertentu.

(1)   Awalan beR- yang bergabung dengan kata kerja

(a) Awalan beR- yang memberikan makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
Contoh
Contoh dalam ayat
bertukar
berlari
berkayuh
berunding
berundur

1. Beliau akan bertukar ke Seremban.
2. Mereka sedang berlari di padang.
3. Kami akan berkayuh ke Bukit Fraser.
4. Kami bersedia untuk berunding.
5. Pasukan tentera Amerika akan berundur dalam pertempuran itu.

(b)Awalan  beR- yang memberikan pengertian tentang sesuatu  perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri.
Contoh:
Contoh dalam ayat
bercukur
berhias
berjemur
bersembunyi
bersandar
1. Misainya belum bercukur.
2. Khemah pasukan kita masih belum berhias.
3. Janganlah kamu berjemur pada waktu tengah hari.
4. Mereka sedang bersembunyi di balik bukit itu.
5. Siew Hong sedang bersandar di kerusi.

(c) Awalan  beR- yang memberikan pengertian perbuatan bersalingan atau berbalas-balas  yang melibatkan dua pihak,  atau saling melakukan perbuatan yang terkandung  dalam kata kerja. Contohnya:

Contoh
Contoh dalam ayat
bertumbuk
bertemu
berjanji
berkelahi
berlaga
1. Mereka ditangkap kerana bertumbuk.
2, Kami akan bertemu pada petang ini.
3. Saya berjanji bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan itu.
4. Dia berkelahi dengan Fadzli petang semalam.
5. Ayam mereka berlaga di belakang rumah.

(d) Awalan beR- yang memberikan pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku  yang mirip dengan pengertian pasif.

Contoh
Contoh dalam ayat
bertulis
berhidang
berjawab
bersusun
berjahit
berlipat
1. Buku itu masih belum bertulis.
2. Makanan sudah berhidang di atas meja.
3. Surat itu masih belum berjawab.
4. Buku-buku itu masih belum bersusun.
5. Pakaian itu berjahit dengan benang sutera.
6. Baju itu sudah berlipat.

Perkataan seperti ini lazimnya didahului oleh kata bantu aspek belum, sudah atau telah. Awalan ber- pada perkataan ini dikatakan mirip pengertian pasif kerana awalan  ber- tersebut dapat digantikan dengan awalan kata kerja pasid di-. Sila teliti yang berikut ini:

Contoh
Contoh dalam ayat
bertulis
berhidang
berjawab
bersusun
berjahit
berlipat
1. Buku itu masih belum ditulis.
2. Makanan sudah dihidang di atas meja.
3. Surat itu masih belum dijawab.
4. Buku-buku itu masih belum disusun.
5. Pakaian itu dijahit dengan benang sutera.
6. Baju itu sudah dilipat.

Marilah kita meneliti makna awalan beR- yang digabungkan  dengan kata nama
(a)Awalan  beR- yang membawa pengertian mempunyai.

Contoh
Contoh dalam ayat
Berbaju
Berumah
Berpelajaran
Beristeri
berhak
1. Mereka berbaju kurung.
2. Beliau berumah banglo.
3. Anak-anak mereka berpelajaran tinggi.
4. Lelaki itu sudah beristeri.
5. Kami berhak terhadap harta pusaka itu.

(b) Awalan beR- yang membawa pengertian memakai atau menggunakan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berkasut
Berkereta
Berbedak
Berbasikal
berbahasa
1. Dia tidak berkasut ke sekolah.
2. Saya akan berkereta ke sana.
3. Mukanya tidak berbedak.
4. Kami akan berbasikal ke pantai itu.
5. Kita hendaklah berbahasa yang sopan.

(c) Awalan beR- yang membawa pengertian mengerjakan atau mengusahakan sesuatu
contoh
Contoh dalam ayat
Bersawah
Berkebun
Berladang
Berkedai
berotan
1. Pada bulan Jun, kami akan bersawah
2. Ayah berkebun pada waktu petang.
3. Kami berladang nanas di hujung kampung ini.
4. Ibu berkeai runcit untuk mencari nafkah.
5. Vellu berotan di sana.

(d) Awalan beR- yang membawa pengertian menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu. Contoh:

Contoh
Contoh dalam ayat
Berbuah
Bertelur
Beranak
Bertunas
berakar
1. Pokok rambutan itu sudah mula berbuah.
2. Ayam bertelur di sarang itu.
3. Lembu sudah beranak.
4. Dahan yang telah dipangkas itu telah mula bertunas.
5. Pokok itu berakar tunjang.

(e) Awalan beR- yang membawa pengertian meminta bantuan daripada seseorang.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berdukun
Berbomoh
berguru
1. Dia selalu berdukun untuk menyembuhkan penyakit ibunya.
2. Mereka berguru dengan beliau untuk mempelajari Matematik.
3. Ayah lebih suka berbomoh daripada membawa ibu ke hospital.

Marilah kita meneliti makna awalan beR-yang digabungkan dengan kata adjektif pula.
Apabila bergabug dengan kata adjektif, awalan ber- membawa beberapa makna.

(a)Awalan beR- yang membawa pengertian berada dalam sesuatu keadaan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Bergembira
Bersukacita
Berduka
Bersedih
bermuram
1. Mereka bergembira pada malam itu.
2. Keluarganya bersukacita apabila menerima kedatangan kami.
3. Dia sentiasa berduka sejak kehilangan anaknya itu.
4. Kami amat bersedih sejak perpindahannya ke Kuala Lumpur.
5. Sudah dua hari, Zalina bermuram sahaja.

(b) Awalan  beR- yang membawa pengertian memperoleh.

Contoh
Contoh dalam ayat
beruntung
Dia beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang kaya.

Marilah kita meneliti makna awalan beR- yang digabungkan dengan kata  tugas.
Apabila awalan ber- digabungkan dengan kata tugas, awalan ber- akan membawa beberapa makna seperti yang berikut:

(a) Awalan beR- yang membawa pengertian menjadi.
Contoh
Contoh dalam ayat
bersatu
1. Kita hendaklah bersatu untuk menentang musuh.

(b) Awalan beR- yang membawa pengertian bilangan dalam kumpulan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berdua
berlima
1. Kami berlima akan turut serta dalam acara itu.
2. Syarikat itu memilih kami berdua untuk berlakon dalam filem itu.

(c) Awalan beR- yang membawa pengertian bersama-sama.
contoh
Contoh dalam ayat
berserta
Abang berserta kakak akan melanjutkan pelajaran di luar negara.

(d) Awalan beR- yang membawa pengertian mendapat.
Contoh
Contoh dalam ayat
beroleh
1. Pasukan bola sepak itu beroleh kemenangan buat kali kedua.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan awalan ber- seperti jenis perkataan yang bergabung dengan awalan ber- dan juga makna yang dibawa oleh awalan ber-.

No comments:

Post a Comment