Thursday, February 21, 2013

KOSA KATA MENARIK


 
Contoh penggunaan kosa kata menarik Isu Program Latihan Khidmat NegaraProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa.Pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat dan strategi program ini.Program ini merupakan kayu ukur atau cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan terperinci.Isu Gejala sosial Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi. Walaupun hanya segelintir remaja yangmempunyai komputer peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka terjajah minda dan budaya.Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan menongkahcabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secarakolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini. Gagasan ´Pemuda harapan bangsa, pemudi tiangnegara´ akan dapat diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat akar umbi. Seharusnya asasutama yang perlu ditekankan sejak kecil ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, ´kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya´.Isu Alam sekitar Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harusmendapat komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika masyarakat hanyamemekakkan telinga, menutupkan mata dan membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang.Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan mewarnai kehidupan ini .Isu PembangunanPembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini.Keghairahan sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit dan menggondolkan kawasan akanmencetuskan pelbagai musibah. Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung tanggungjawabdan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yangdirencanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang mampu memayungi kesejahteraan sejagat.Isu SukanSejajar dengan slogan ´Malaysia Boleh´ setiap ahli sukan perlu memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi menyahut cabaran tersebut. Jikaslogan ini berjaya dimanipulasikan oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat global. Negara
 
kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yangboleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan yang diceburi. Setiap ahli sukanseharusnya mampu menghidu peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan negara ini gah di  persada antarabangsa.Isu pendidikanSaban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang jumud. Konsepyang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalanbuntu.Isu PerpaduanMenyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kitauntuk memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini.Karya kreatif Sakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam. Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang terungkai mengocak ketenangan kali  perasaannya. Tindakan Imran, tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran danmenyeleweng daripada batas-batas keinsanan. Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah mengharungi badai dan onak kehidupan.Semuanya kini bagaikan seindah panorama Arafah.Isu media massaSebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta tempat tersimpan khazanah ilmu yangmampu diterokai oleh semua peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.Isu PertanianMutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaranhasil pertanian haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang bermutu tinggi dan menepati Skim

IMBUHAN BER...


 Perkataan yang berawalan ber-




Aspek makna yang dibawa oleh awalan beR-
Pada dasarnya, perkataan-perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian-pengertian khusus, bergantung pada golongan-golongan perkataan tertentu.

(1)   Awalan beR- yang bergabung dengan kata kerja

(a) Awalan beR- yang memberikan makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
Contoh
Contoh dalam ayat
bertukar
berlari
berkayuh
berunding
berundur

1. Beliau akan bertukar ke Seremban.
2. Mereka sedang berlari di padang.
3. Kami akan berkayuh ke Bukit Fraser.
4. Kami bersedia untuk berunding.
5. Pasukan tentera Amerika akan berundur dalam pertempuran itu.

(b)Awalan  beR- yang memberikan pengertian tentang sesuatu  perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri.
Contoh:
Contoh dalam ayat
bercukur
berhias
berjemur
bersembunyi
bersandar
1. Misainya belum bercukur.
2. Khemah pasukan kita masih belum berhias.
3. Janganlah kamu berjemur pada waktu tengah hari.
4. Mereka sedang bersembunyi di balik bukit itu.
5. Siew Hong sedang bersandar di kerusi.

(c) Awalan  beR- yang memberikan pengertian perbuatan bersalingan atau berbalas-balas  yang melibatkan dua pihak,  atau saling melakukan perbuatan yang terkandung  dalam kata kerja. Contohnya:

Contoh
Contoh dalam ayat
bertumbuk
bertemu
berjanji
berkelahi
berlaga
1. Mereka ditangkap kerana bertumbuk.
2, Kami akan bertemu pada petang ini.
3. Saya berjanji bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan itu.
4. Dia berkelahi dengan Fadzli petang semalam.
5. Ayam mereka berlaga di belakang rumah.

(d) Awalan beR- yang memberikan pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku  yang mirip dengan pengertian pasif.

Contoh
Contoh dalam ayat
bertulis
berhidang
berjawab
bersusun
berjahit
berlipat
1. Buku itu masih belum bertulis.
2. Makanan sudah berhidang di atas meja.
3. Surat itu masih belum berjawab.
4. Buku-buku itu masih belum bersusun.
5. Pakaian itu berjahit dengan benang sutera.
6. Baju itu sudah berlipat.

Perkataan seperti ini lazimnya didahului oleh kata bantu aspek belum, sudah atau telah. Awalan ber- pada perkataan ini dikatakan mirip pengertian pasif kerana awalan  ber- tersebut dapat digantikan dengan awalan kata kerja pasid di-. Sila teliti yang berikut ini:

Contoh
Contoh dalam ayat
bertulis
berhidang
berjawab
bersusun
berjahit
berlipat
1. Buku itu masih belum ditulis.
2. Makanan sudah dihidang di atas meja.
3. Surat itu masih belum dijawab.
4. Buku-buku itu masih belum disusun.
5. Pakaian itu dijahit dengan benang sutera.
6. Baju itu sudah dilipat.

Marilah kita meneliti makna awalan beR- yang digabungkan  dengan kata nama
(a)Awalan  beR- yang membawa pengertian mempunyai.

Contoh
Contoh dalam ayat
Berbaju
Berumah
Berpelajaran
Beristeri
berhak
1. Mereka berbaju kurung.
2. Beliau berumah banglo.
3. Anak-anak mereka berpelajaran tinggi.
4. Lelaki itu sudah beristeri.
5. Kami berhak terhadap harta pusaka itu.

(b) Awalan beR- yang membawa pengertian memakai atau menggunakan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berkasut
Berkereta
Berbedak
Berbasikal
berbahasa
1. Dia tidak berkasut ke sekolah.
2. Saya akan berkereta ke sana.
3. Mukanya tidak berbedak.
4. Kami akan berbasikal ke pantai itu.
5. Kita hendaklah berbahasa yang sopan.

(c) Awalan beR- yang membawa pengertian mengerjakan atau mengusahakan sesuatu
contoh
Contoh dalam ayat
Bersawah
Berkebun
Berladang
Berkedai
berotan
1. Pada bulan Jun, kami akan bersawah
2. Ayah berkebun pada waktu petang.
3. Kami berladang nanas di hujung kampung ini.
4. Ibu berkeai runcit untuk mencari nafkah.
5. Vellu berotan di sana.

(d) Awalan beR- yang membawa pengertian menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu. Contoh:

Contoh
Contoh dalam ayat
Berbuah
Bertelur
Beranak
Bertunas
berakar
1. Pokok rambutan itu sudah mula berbuah.
2. Ayam bertelur di sarang itu.
3. Lembu sudah beranak.
4. Dahan yang telah dipangkas itu telah mula bertunas.
5. Pokok itu berakar tunjang.

(e) Awalan beR- yang membawa pengertian meminta bantuan daripada seseorang.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berdukun
Berbomoh
berguru
1. Dia selalu berdukun untuk menyembuhkan penyakit ibunya.
2. Mereka berguru dengan beliau untuk mempelajari Matematik.
3. Ayah lebih suka berbomoh daripada membawa ibu ke hospital.

Marilah kita meneliti makna awalan beR-yang digabungkan dengan kata adjektif pula.
Apabila bergabug dengan kata adjektif, awalan ber- membawa beberapa makna.

(a)Awalan beR- yang membawa pengertian berada dalam sesuatu keadaan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Bergembira
Bersukacita
Berduka
Bersedih
bermuram
1. Mereka bergembira pada malam itu.
2. Keluarganya bersukacita apabila menerima kedatangan kami.
3. Dia sentiasa berduka sejak kehilangan anaknya itu.
4. Kami amat bersedih sejak perpindahannya ke Kuala Lumpur.
5. Sudah dua hari, Zalina bermuram sahaja.

(b) Awalan  beR- yang membawa pengertian memperoleh.

Contoh
Contoh dalam ayat
beruntung
Dia beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang kaya.

Marilah kita meneliti makna awalan beR- yang digabungkan dengan kata  tugas.
Apabila awalan ber- digabungkan dengan kata tugas, awalan ber- akan membawa beberapa makna seperti yang berikut:

(a) Awalan beR- yang membawa pengertian menjadi.
Contoh
Contoh dalam ayat
bersatu
1. Kita hendaklah bersatu untuk menentang musuh.

(b) Awalan beR- yang membawa pengertian bilangan dalam kumpulan.
Contoh
Contoh dalam ayat
Berdua
berlima
1. Kami berlima akan turut serta dalam acara itu.
2. Syarikat itu memilih kami berdua untuk berlakon dalam filem itu.

(c) Awalan beR- yang membawa pengertian bersama-sama.
contoh
Contoh dalam ayat
berserta
Abang berserta kakak akan melanjutkan pelajaran di luar negara.

(d) Awalan beR- yang membawa pengertian mendapat.
Contoh
Contoh dalam ayat
beroleh
1. Pasukan bola sepak itu beroleh kemenangan buat kali kedua.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan awalan ber- seperti jenis perkataan yang bergabung dengan awalan ber- dan juga makna yang dibawa oleh awalan ber-.

Monday, February 11, 2013

FORMULA BAHASA MELAYU

FORMULA TATABAHASA PMR DAN SPM (MANTAPKAN TATABAHASA ANDA)



NAMA:__________________________                  TARIKH:_______________________

  1. pecahan  –  ditulis di akhir ayat bukan di tengah
    1. dua setengah kilogram (      )
    2. dua kilogram setengah (      )
    3. tiga setengah minit       (      )
    4. lima liter suku                (      )
    5. tiga suku jam                  (      )

  1. ayat pasif ( kata ganti nama diri (KGND) 1, 2  tiada oleh , KGND 3 ada di..oleh )
1. Roti itu dimakan oleh saya. (       )
2. Roti itu saya makan.             (       )
3. Roti itu kamu makan.           (       )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.(      )
5. Roti itu mereka makan.            (      )

  1. membuat   =   sesuatu yang boleh dibuat / benda
     berbuat     =   abstrak / bukan benda
1. Jangan membuat bising.          (       )
2. Jangan berbuat bising.             (       )
3. berbuat begitu                           (       )
4. membuat begitu                         (       )
5. berbuat demikian                      (       )

  1. antara      = ( bukan tempat)  
di  antara =  ( tempat )
1. Antara hobi saya ialah membaca buku.    (       )
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.         (       )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (      )
4. Fatihah duduk di antara  Julia dengan Mariam.   (      )
5. ( Antara alat-alat ) tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan
    pemadam.  (       ) (Terdapat kesalahan dari segi jamak)

5.   di dalam  ( lubang / ruang )   
dalam ( abstrak / tidak nampak)
          1. di dalam ingatannya (       )
          2. dalam ingatannya     (       )
          3. di dalam bilik             (       )
          4. dalam mesyuarat      (       )
         5. di dalam hatinya       (        )

6.   ialah     =  ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa nama) 
adalah  =  ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa sendi dan adjektif)
          ** Kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja cara untuk mengatasi
          1. Ramli ialah abang saya.     (      )
          2. Ramli adalah abang saya.  (      )
          3. Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (      )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak
    kilang.   (      )
5. Hobi saya adalah bermain badminton.  (       )
6. Hobi saya bermain badminton (       )
7. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak ialah menonton
    televisyen terlampau kerap.  (       )
8. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak adalah menonton
    televisyen terlampau kerap. (       )
9. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak adalah kerana
    menonton  televisyen terlampau kerap (      )

7.       _____ jangan  =  ( Harap sahaja yang boleh berfungsi sebelum jangan)
                         **  Harap berfungsi untuk melembutkan ayat larangan.
  1. Harap jangan merokok. (     )
  2. Sila jangan merokok. (      )  ( Kata silaan tidak sesuai- tidak membawa
                                                      maksud larangan )
  3. Tolong jangan merokok. (       )
  4. Usah jangan merokok. (       )
  5. Jangan merokok. (        )

  8.    meN-…-i (orang)       / meN-…-kan (benda)
1. menasihati Ali         (       )
          2. menasihatkan Ali    (       )
          3. menghidangkan tetamu (       )
          4. menghidangkan nasi lemak (       )
          5. menaiki bendera   (        )

9.      (orang)  di-…........-i      (benda)   
   (benda)  di-.......…-kan  (orang)
          1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (       )
          2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  (       )
          3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (       )
          4. Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. (       )
          5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (      )


 10.    memper               = (kata adjektif kerana kata adjektif tidak boleh menerima
                                           imbuhan memper-.........-kan)   
          memper-…-kan    = (kata kerja kerana kata kerja boleh menerima imbuhan
                                          memper- ...........-kan)
          1. memperdalamkan lubang itu (        )
          2. memperdalam lubang itu (      )
          3. mendalamkan lubang itu (      )
          4. memperkatakan  hal itu (      )
          5. memperkata hal itu  (       )

11.    memperisterikan  = (mengahwinkan orang lain) 
         memperisteri        = (berkahwin dengannya)
          1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. (        )
          2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (       )
          3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan
             seorang gadis kampung. (      )
          4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan
             seorang gadis kampung. (       )
          5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan
             seorang pemuda kampung. (       )

12.    meN-…-kan  (orang)  =  buat/beli untuk orang lain
          1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (       )
          2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. (       )
          3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (       )
          4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. (        )
          5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (        )

13.    kata bilangan ‘ber’   = 2X  ( perlu digandakan 2 kali)
1. berpuluh tahun (        )
2. berpuluh-puluh tahun (        )
3. beribu-ribu penonton (        )
4. beribu penonton (        )
5. ribuan penonton (        )

14.    kata bilangan ‘ ke ’ =   2X , tidak perlu penjodoh bilangan ( Kata bilangan boleh 
                                   perlu ada  penjodoh bilangan kecuali beberapa)
                                  
1. kedua-dua anaknya (        )
2. kedua anaknya (       )
3. anaknya yang kedua (       )
4. ketiga-tiga ekor kucing itu (        )
15.    kata bilangan   =    ( Kata bermaksud jamak tidak perlu gandaan )
1. semua murid-murid (       )
2. semua murid  (       )
3. para pelajar    (       )
4. semua kanak-kanak (       )
5. ramai budak (       )
6. banyak rama-rama (        )
7. pelbagai kura-kura (       )

16.       ramai    =  ( meriah/seronok/ suasana )   
   banyak  =  ( bilangan / bukan suasana)
          1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. (       )
          2. Banyak  pelanggan di pasar raya itu. (       )
          3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. (        )   Dalam peperiksaan
          4. Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. (        )   sama [lebih tepat]
          5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat (       )


17.    MeN-…-kan(Tidak perlu ada perkataan di hadapan )    /   ber ( boleh ada kata )
                             KKT – Terus objek                          KKTT – tidak perlu objek
          1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. (       )      
2. Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. (       )
          3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. (       )
          4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (      )
          5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. (        )


18.     kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG
          1. Wau itu akan saya buat. (       )
          2. Wau itu saya akan buat. (       )
          3. Surat itu telah saya tulis. (      )
          4. Surat itu saya telah tulis. (       )
          5. Orang gila itu  pernah kamu lihat? (       )

19.    sebab   (KATA NAMA ABSTRAK)  
         kerana / oleh sebab ( KATA HUBUNG) /  oleh kerana  (  TIADA dalam b. Melayu)
          1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. (       )
          2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (      )
          3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. (       )
          4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. (       )
          5.  0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (       )




20.    ia = ORANG
          1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. (        )
          2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. (       )
          3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM60.00. (       )
          4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. (       )
          5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.(        )

21.     ayat pasif = 7  jenis ;  1.di....oleh,   2. di,    3.  kena....oleh,    4. kena..,
                              5. ter…..oleh,   6. ke….an,   7. tiada di oleh (KGND 1,2)
          1. Kuih itu dimakan oleh bapa. (       )
          2. Kuih itu dimakan bapa. (        )            (  Ayat pasif bagi KGND 3 dengan
          3. Kuih itu dimakan oleh bapa. (        )       imbuhan di......oleh, oleh boleh
                                                                              gugur)
4. Kuih itu termakan oleh bapa. (       )   ( Ayat pasif menggunakan imbuhan
                                                                    ter ....oleh tidak boleh gugur)
5. Kuih itu termakan  bapa. (       )
6. Kuih itu kena makan oleh bapa. (       )
7. Kuih itu kena makan  bapa. (       )
8. Pencuri itu tertangkap polis. (       )
9. Pencuri itu kena tangkap polis. (       )
10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. (       )
11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. (       )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. (     )

22.    angka-huruf   =   ada   -   ( Untuk memisahkan angka dan huruf)
          1. 1950an (      )
          2. 1950-an (      )
          3. 1950 – an (       )
          4. lima puluhan (      )
          5. lima puluh an (      )

23.     lain = di akhir ayat,  1x  ( Hukum DM  -Diterang   –   D ( Fokus)
                                                                       -Menerang –   M ( Huraian fokus)
          1. masalah-masalah lain (       )
          2. lain-lain masalah (        )
          3. perkara-perkara lain (        )
          4. lain-lain perkara (       )
          5. hal-hal lain (        )

24.    akan = tiada imbuhan ( Selepas kata adjektif / kata kerja tidak perlu diikuti
                     akan )  
                  = imbuhan tidak boleh ditulis akan)
          1. menyayangi akan anaknya (       )
          2. sayang akan anaknya (      )
          3. sayang  anaknya (      )
          4. merindui ibunya (      )
          5. rindu akan anaknya (        )


25.     saling  = 1 x,  ( tidak perlu diikuti kata ganda saling)
          1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar (         )
          2. Daud dan Arif saling mengejar (        )
          3. Daud dan Arif kejar-mengejar (        )
          4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (        )
          5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (        )

26.    kata ganda bagi imbuhan pinjaman    =2 x ( juruterbang digabungkan)
          1. juru-juruterbang (        )
          2. juruterbang-juruterbang (        )
          3. olahragawan-olahragawan (         )
          4. olah-olahragawan (        )
          5. seniman-seniman (        )

27.    kata ganda bagi kata nama   = 2x kata pertama
          1. guru-guru besar (       )    =banyak guru besar
          2. guru besar-guru besar (        )
          3. guru besar-besar (        ) =banyak guru yang besar
          4. alat-alat tulis (        )
          5. alat tulis-alat tulis (        )

28.    kata penguat bebas  = ( Hadir sama ada hadapan atau akhir  k. adjetif )
          1. sangat cantik (         )
          2. cantik sangat (         )
          3. amat kejam     (        )
          4. kejam amat     (        )
          5. bijak sungguh (        )





29.    sekali = tidak perlu ter dan paling
          1. KLCC tertinggi sekali. (       )
          2. KLCC tertinggi. (      )
          3. KLCC tinggi sekali. (       )
          4. KLCC paling tinggi sekali . (        )
          5. KLCC tinggi sekali. (       )

30.   ku/ kau = 1 perkataan   , kau tidak boleh di akhir,
                        tidak boleh ada  kah,  tiada imbuhan, perlu ditulis lengkap di
                        permulaan ayat  yang membawa tugas sebagai subjek.
          1. Buku itu telah kuambil. (       )
          2. Buku itu telah kumengambil. (        )
          3. Ke mana  kaupergi tadi? (        )
          4. Itu adikkau?    (         ) 
          5. Kausakitkah?  (         )
         6. Kau patut menziarahi pesakit tersebut.  (        )
         7. Engkau patut menziarahi pesakit tersebut. (        )
         8. Ku telah membeli  “Kamus Pelajar.” (         )
         9. Aku telah membeli “Kamus Pelajar.”  (          )

31. kah =  kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu,
                 di tengah boleh 
          1. Siapakah nama saudari? (         )
          2. Siapa nama saudari? (        )
3. Nama saudari siapa? (        )
          4. Nama saudari siapakah? (        )
          5. Yang manakah basikal kamu ? (         )
          6. Cikgu Ali sudah datangkah? (         )
          7. Cikgu Ali sudah datang ? (        )
          8. Sudah datangkah Cikgu Ali? (       )

32.    baharu =benda  /    baru= masa =PMR/SPM sama
          1. Abu Bakar memakai baju baharu. (        )
          2. Abu Bakar memakai baju baru. (        )
          3. Dia baru sampai pagi tadi. (        )
          4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. (        )
          5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (        )





33.        apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
          1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. (        )
          2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (       )
          3. Kami tidak ke mana-mana semalam. (        )
          4. Kami tidak ke mana semalam. (        )
          5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (         )

34.     ber-…-kan =kata sendi tidak perlu   /   ber ( perlu kata sendi )
          1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (        )
          2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. (        )
          3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. (         )
          4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (         )
          5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. (         )

35.    belaka = B 1 ( tdak perlu kata ganda selepasnya )
          1. Baju itu murah-murah belaka. (         )
          2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. (          )
          3. Mereka bijak-bijak belaka. (         )
          4. Mereka bijak belaka. (         )
          5. Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. (         )

36.    daripada….kepada   =perbezaan  / dari…..ke   =masa,jarak,tempat
          1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (       )
2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.
          3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. (     )
          4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. (       )
          5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (        )

37.    boleh    =keizinan  /  dapat   =memperoleh,guna tenaga,  kemampuan
          1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (       )
          2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. (        )
          3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. (        )
          4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (        )
          5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui
             pelbagai berita terkini. (        )







38.    kata bantu= boleh bersama
          1. Saya belum pernah makan durian.   (        )
          2. Adik Lily masih belum bersekolah.   (       )
          3. Karim masih sedang menulis surat. (        )
          4. Yati sudah pernah melawat Jepun.  (        )
          5. Puan Kok sedang hendak ke pasar.  (        )

39.    sekalian = B 1 ( Sudah membawa maksud jamak tidak perlu dijamakkan lagi)
          1. Para hadirin sekalian, (         )
          2. Hadirin sekalian, (       )
          3. Hadirin yang dihormati, (        )
          4. Hadirin yang dihormati sekalian,  (        )
          5. Tuan-tuan dan puan-puan, (        )

40.     hanya   / sahaja  = tidak boleh bersama
          1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. (         )
          2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (         )
          3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (        )
          4. Hanya Shi Mei yang lulus ujian itu. (         )
          5. Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. (         )

41.    1. alat penghawa dingin (         )
2. alat hawa dingin (        )
3. pendingin hawa (         )  
4. penghawa dingin (        )       
5. penyaman udara (        )

42.    1. nasionalisma (       )
          2. nasionalisme (       )   
          3. plasma (       )
          4. plasme (       )
          5. patriotisme (        )

43.    kami sekeluarga / kami semua / kita semua=  tidak perlu ulang B
          1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (        )
              Kami sekeluarga akan pergi esok. (        )
          2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (        )
              Kami  akan pergi esok. (        )
          3. Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. (         )
          4. Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. (          )
          5. Kita semua haruslah bekerjasama. (         )

44.    di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba
          1. Mereka sudah sampai di Tapah. (        )
          2. Mereka sudah sampai ke Tapah. (       )
          3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. (        )
          4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (        )
          5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (         )


45.    1. menengok televisyen (       )
          2. menonton televisyen  (       )
          3. memotong getah         (       )
          4. menoreh getah            (       )
          5. menggantung baju di ampaian (        )

46.     manakala = 2, 3.. orang    /   sementara=  1 orang
          1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(        )
          2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.  (         )
          3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (        )
          4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.(       )
     5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. (       )

47. atas=bukan tempat    /   di  atas  = tempat
     1. Terima kasih atas pertolongan saudara. (        )
     2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. (        )
     3. Tahniah di atas kejayaan kamu. (        )
     4. Buku kamu ada di atas meja itu. (        )
     5. Burung berterbangan di atas awan. (         )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh
     1. Saya tidak tahu siapa namanya. (        )
     2. Saya tidak tahu namanya. (       )
     3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (         )
     4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(         )
     5. Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (        )

49. tidak   =kata kerja,kata adjektif   /  bukan=  kata nama,
     1. Dia bukan abang saya. (        )
     2. Komputer ini bukan berat.(       )
     3. Soalan ini bukan susah. (         )
     4. Soalan ini tidak susah. (        )
     5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. (        )

50.    mempunyai  = untuk orang,haiwan   /   terdapat   =  ada
     1. Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (       )
     2. Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (        )
     3. Sekolah saya ada  sebuah padang. (       )
     4. Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (       )
     5. Saya mempunyai empat orang anak. (       )


51.      untuk    = diperuntukkan sesuatu
           bagi      = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji   
                           ayatnya)  

     1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (        )
     2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (         )
          3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (        )
     4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (         )
     5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.  (         )

52. kata-kata singkat
     1. tak mau          =_______________
     2. tak tau            =_______________
     3. nak pi              =_______________
     4. mak saya        =_______________
     5. tuk saya         =_______________
     6. dah tau           =_______________
     7. kak saya         =_______________
     8. tak nak           =_______________
     9.   keta tu          =_______________
     10. mai sini         =_______________

53. adakah  = ya,Vtidak    /  apakah  =  benda,perkara,haiwan
     1. Adakah kamu sakit? (       )
     2. Apakah kamu sakit? (       )
     3. Apakah nama haiwan itu? (       )
     4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (        )
     5. Apakah yang terjadi?  (        )






54.   dan sebagainya =sama jenis  /  
        dan lain - lain lagi= berlainan jenis
     1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
         parang dan sebagainya. (       )
     2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
         parang dan lain-lain lagi. (       )
     3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi  ada di dalam
        perpustakaan itu. (       )
     4.Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya   ada di dalam
        perpustakaan itu. (       )
 5.Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain
    lagi.(  x )


Kata Majmuk Mantap
antarabangsa             setiausaha
beritahu                       sukarela
bumiputera                 suruhanjaya
jawatankuasa             tandatangan
kakitangan                  tanggungjawab
kerjasama                   warganegara
olahraga                       pesuruhjaya
matahari
Lain-lain perkataan ditulis terpisah
Rujuk m/s 134 & 135 T.Bahasa Dewan
Edisi Ketiga

55.    raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas( Selalunya nama tempat )
     1. pasar raya (       )
     2. pasaraya    (       )
     3. bandar raya (      )
     4. Bandaraya Kuala Lumpur (      )
     5. Bandar Raya Kuala Lumpur (      )
     6. Bandaraya Ipoh (       )
     7. pilihan raya (       )
     8. jalan raya (        )
     9. hari raya (       )
     10. lebuhraya (       )






56.    goreng   = nak makan / goreng apa?
Rujuk Hukum DM
1. Saya suka goreng pisang. (        )
2. Saya suka  pisang goreng. (       )
     3. Tolong goreng pisang itu. (       )
     4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. (        )
     5. Saya suka menggoreng pisang. (        )





57.    kepada  /    ke  =  tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan dan
                                    melancong
     1. memberitahu kepada Cikgu Siti (        )
     2. memberitahu Cikgu Siti (      )
     3. melawat ke Kuala Lumpur (        )
     4. melawat ke datuknya (        )
     5. melaporkan kepada pihak polis (       )        

58.    ter =  ada sangat atau Kata Penguat , salah diletakkan ‘ter’ pada K Adj
1. Dia tersangat nakal. (       )
2. Dia sangat ternakal. (       )
3. Baju itu amat termahal. (        )
4. Baju itu amat mahal. (       )
5. Baju itu termahal. (       )

59.      Kata Penguat + Darjah Penghabisan
1)   Sepandai-pandai Ahmad, dia seperti pelajar lain terpaksa membuat latihan
untuk menghadapi peperiksaan PMR.                                     (     )
2)   Auzai ialah pelajar terpandai sekali di dalam kelas 3H.         (     )
3)   Himalaya ialah gunung paling tertinngi sekali di dunia.         (     )
4)   Bunga pagma ialah bunga paling terbesar sekali di dunia.    (     )
5)   Sungai Rajang ialah sungai yang paling terpanjang sekali
di Malaysia.                                                                                    (     )
6)   Aiman merupakan pelajar yang tinggi sekali di sekolah ini.   (    )


60.    ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di   = 2x ( Perlu seimbang )
          1. Saya tidak tahu  sama  ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (      )
          2. Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (       )
          3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (        )
          4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (        )
          5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin
              atau perpustakaan. (        )

61.     se……  /  se…..se = 2x   ( Perlu seimbang )
          1. dari masa ke semasa (          )
          2. dari semasa ke semasa (       )
          3. dari masa ke masa (        )
          4. dari hari ke hari  (        )
          5. dari hari ke sehari (       )


62.    setengah  = ½  ( Tidak boleh untuk orang)  / sesetengah   = jumlah,sebilangan
          1. Setengah orang tidak suka akan durian. (        )
          2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. (        )
          3. Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (        )
          4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (        )
          5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (        )

63.     beberapa  = jumlah  /  berapa   = soalan ( Kata soal)
          ( Kata bilangan  beberapa perlu diikuti dengan penjodoh bilangan walaupun 
            tidak boleh dibilang kerana merupakan sesuatu kekecualian)
          1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (      )
          2. Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (      )
          3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (        )
          4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (        )
          5. Beberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (         )

64.    =  Hukum DM    D= Diterang    ( Fokus – apa yang hendak diperkatakan)
                                   M=Menerang  ( Huraian Fokus- huraian tentang apa yang
                                                            diperkatakan)
1. bas mini (       )
2. mini bas (        )
3. sos cili   (       )
4. cili sos   (       )
5. Aminah Kedai Jahit (       )

65.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?
Perlu merujuk kepada makna dan Hukum DM
        1. ayam telur (         )
        2. telur ayam (        )
        3. ayam daging (       )
        4. daging ayam (       ) 
        5. kuning telur  (       )

66.   1. Bahasa Melayu (        )
        2. bahasa Melayu (        )
        3. berbahasa Melayu (         )
        4. berBahasa Melayu (        )

67.   benda  + orang
        1. bapa kereta (        )
        2. kereta bapa  (        )
        3. saya punya wang (        )
        4. wang saya (         )                           
 68.   kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B
          1. dedaun berguguran (         )
          2. daun berguguran (       )
          3. lelayang bergantungan (       )
          4. layang-layang bergantungan (        )
          5. kekacang bertaburan (        )

69.    selain  = tidak perlu diikuti daripada, dari
          1.  Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (       )
          2.  Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (        )
          3.  Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (        )
          4.  Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (        )
          5.  Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani (        )

70.   (0rang)  menghiaskan  /   (Benda)  menghiasi  
        (benda) mengotori  /  (orang)  mengotorkan
          1. Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (        )
          2. Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (       )
          3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (        )
         4. Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (        )   
         5. Adik mengotori lantai itu. (        )

71.   penjodoh bilangan
         1. se_________ pemadam
         2. se _________ tali leher
         3. se________ jam dinding     
         4. sepuluh butir telur ayam (       )
         5. lima buah rumah-rumah  (       )

72.    saja, juga , lagi  = di akhir
          1.  Rumah saya rumah batu juga.(       )
          2.  Rumah saya juga rumah batu.(        )
          3.  Gadis itu tersenyum saja. (       )
          4.  Gadis itu saja tersenyum. (       )
          5.  Haji Ali ke Makkah lagi.(       )

73.    kata penguat  (tidak perlu)  +  kata ganda berirama
          1.  Rambut Afiqah sangat kusut-masai. (        )
          2.  Rambut Afiqah kusut-masai. (        )
          3.  Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (         )
          4.  Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (        )
          5.  Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. (      )
74.    berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B
          1.  Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.(    )
          2.  Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (       )
          3.  Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (       )
          4.  Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (        )
          5.  Ramli mengangguk berulang kali. (        )

75.     dia  (betul)    /    dai (salah)
          1.  diari (       )
          2.  dairi (       )
          3.  dailek (       )
          4.  dialek(       )
          5.  dialog(       )

76.    di  = tempat   /  pada = benda
          1.  Ada setompok darah di bajunya. (         )
          2.  Ada setompok darah pada bajunya. (        )
          3.  Doktor membalut luka pada kakinya. (      )
          4.  Doktor membalut luka di  kakinya. (        )
          5.  Jangan bersandar di dinding itu. (        )

77.    ayat songsang
Cuma berlaku perubahan kedudukan samada perkataan  atau frasa.
Tidak melibatkan perubahan kata kerja atau
imbuhan.

1. pendepanan frasa kerja transitif,
2. pendepanan frasa kerja tak transitif
3. pendepanan frasa adjektif
4. pendepanan frasa sendi/kata hubung
1.  Sedang membaca buku murid itu. (       )
          2.  Tertidur Mawi di situ. (        )
          3.  Sungguh besar sekolah itu.(        )
          4.  Ke Mekah lagi Haji Ali. (       )
          5.  Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (       )

78.   Ayat Tanya biasa: Subjeknya di depan dan prediketnya berada di belakang/
                                      tidak ada kata Tanya kah.
       Ayat Tanya songasang: Predketnya berada di hadapan dan subjeknya
                                              belakang/ kata Tanya kah ditulis di bahagian pangkal
                                              ayat.

1)     Siapa orang itu?                (       )
2)     Siapakah orang itu?          (       )
3)     Orang itu siapa?                (       )
4)    Orang itu siapakah?           (       )
79.    (pesakit)  menjalani  /     (doktor)  menjalankan
          1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.(       )
          2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. (       )

80.    dia      = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /  
         beliau = ada pangkat,jawatan  (tidak semestinya terkenal sahaja) 
          1.  Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (       )
          2.  Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (        )
          3.  Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (       )
          4.  Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (       )
          5.  Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (       )

81.    Guru Besar  = nama khas jawatan   
         guru besar   = kata majmuk / umum / am
          1.  Bapa saya  guru besar.(        )
          2.  Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (        )
          3.  Semua guru besar sedang bermesyuarat. (        )
          4.  Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (        )
          5.  Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (        )

82.    kata bilangan   +  penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)
Kata bilangan yang tentu
( boleh dibilang)  saja perlu penjodoh bilangan K.B tak tentu tidak perlu penjodoh bilangan kecuali beberapa.
          1. sebahagian orang murid(        )
          2. sebahagian murid (       )
          3. segala ekor binatang (          )
          4.  segala binatang  (       )
          5.  setiap orang rakyat (          )

83.    agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x
          1.  Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(        )
          2.  Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (       )
          3.  Saya berdoa agar Fatin berjaya. (        )
          4.  Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(        )
          5.  Jika  saya terlupa,tolong hubungi saya (        )

84.    pra / tata /  swa / maha / tuna/ pro/ anti/ sub/ eka/ pasca/ dwi/
         ( Imbuhan  Sanskrit /Inggeris/Yunani perlu dicantumkan dengan perkataan)
         ( Perlu ada sengkang – jika membawa maksud kata nama khas)
         1. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program pra siswazah (     )
         2. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program prasiswazah (      )
         3. Pegawai  polis itu dikenakan tindakan tatatertib (      )
         4. Pegawai  polis itu dikenakan tindakan tata tertib (      )
         5. Sukan Pra-Olimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. (     )
         6. Sukan Praolimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. (      )
         contoh – swadaya ( layan diri ),  swatenaga ( tenaga sendiri)
                     -   maharani
                     -   prokerajaan, promajikan
                     -   pro-Malaysia, anti-Israel

85.    Akhiran pinjaman bahasa Sanskrit –wan, - man, -wati, - nita.
         - perlu ditulis rapat – membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan, 
           atau tugas,  pemilik sesuatu sifat atau keupayaan.

          1) Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seoang seniman agung.  (     )
          2) Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seoang seni man agung. (     )
          3) Salwa seorang pra nita yang berani menentang musuh negara.         (     )
          4) Salwa seorang pranita yang berani menentang musuh negara.          (     )
          5) Zakaria seorang harta wan yang budiman kerana sering membantu
              mereka yang dalam kesusahan.                                                            (     )
          6) Zakaria seorang hartawan yang budiman kerana sering membantu
              mereka yang dalam kesusahan.                                                            (     )
          7) Datuk Mohammad Nor Khalid seorang karya wan yang menebitkan komik
              kartun Kampong Boy.                                                                             (    )
          8) Datuk Mohammad Nor Khalid seorang karyawan yang menebitkan komik
              kartun Kampong Boy.                                                                                  (     )           
                                             

86.    supaya / bahawa  (melibatkan dua ayat – ayat induk ( boleh berdiri sendiri)
                                                                           - ayat kecil ( tidak boleh berdiri sendiri)
                                        berfungsi untuk memancangkan dua ayat berkenaan agar
                                        gramatis.       
1)   Semua pelajar tahu dia anak hartawan  (      )
2)   Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan (      )
3)   Ayah berdoa agar ibu cepat sembuh (      )
4)   Ayah berdoa ibu cepat sembuh (       )
5)   Saya mengatakan yang dia sakit (       )
6)   Saya tidak tahu yang dia anak hartawan (       )
7)   Saya mengatakan bahawa dia sakit (       )
8)   Saya tidak tahu bahawa dia sakit (        )







POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU
FRASA NAMA + FRASA NAMA
FRASA NAMA + FRASA KERJA
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
FRASA NAMA + FRASA SENDI

FRASA NAMA
FRASA NAMA
Ali
bapa saya

FRASA NAMA
FRASA KERJA
Bapa mereka
sedang berehat

FRASA NAMA
FRASA SENDI
Pejabat  ayah
di  Kuala Kurau

FRASA NAMA
FRASA ADJEKTIF
Anak kakak
sangat nakal

                                       


RAHSIA  BINA AYAT

RAHSIA 1 : AYAT AKTIF
Siapa
Buat apa
Di mana
mengapa
Aqil
sedang membaca buku
di biliknya
untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.
Kakak
 menanam pokok bunga
di halaman rumah
kerana hendak mencantikkan halaman rumah.
Seorang budak lelaki
sedang membeli air tebu
di sebuah gerai
kerana  dahaga.

RAHSIA 2 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 1 & 2 (tiada di,oleh)
Benda
KGN 1 & 2(siapa)
buat apa
bila
Kuih itu
saya
makan
pagi tadi.
Beg itu
kamu
beli
semalam.

aku
tulis


awak
buat


RAHSIA 3 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 3 /PELAKU
Benda
di…oleh
KGN 3(siapa)
bila
Kuih itu
dimakan oleh
abang saya
pagi tadi.
Beg itu
dibeli oleh
beliau
semalam.

ditulis oleh



dibuat oleh




RAHSIA 4: AYAT TANYA BIASA

Subjek
Prediket/Kata Tanya ( Tanpa kah)
Orang itu
siapa?

RAHSIA 5 : AYAT SONGSANG TANYA

Ayat Tanya/ Prediket
Subjek
Siapakah
orang itu?