Contoh Karangan :Faedah Melancong
Dengan
melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan
pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita
akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang
jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat
melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus
bekerja.
Melancong
juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga
dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat
digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini
semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk
dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan
hubungan yang kian longgar.
Dengan
melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit
terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja
yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak
kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong
juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai
rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum
melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan
destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka
Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun
Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarg
No comments:
Post a Comment