Monday, March 5, 2012

KARANGAN CONTOH

Langkah -langkah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot.patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadao tanah air.memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara,namun sejauh manakah kebenarannya?sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati,cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda,apatah lagi cinta kepada negara.hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan.

Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran.Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga perlu mengambil peranan dalam menigkatkan semangat patirotisme dalam kalangan remaja.Ibu bapa perlu membiasakan anakanak dengan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah .Hal ini adalah lebih baik daripada menceritakan mereka tentang kisah-kisah dongeng daripada negara barat.Tambahan pula,perkara ini dapat mengajar anakanak untuk lebih mengenali warisan dan budaya kita.

Selain itu,pihak sekolah juga dapat meningkatkan semangat patritisme remaja melalui mata pelajaran Sejarah.Guru-guru dapat mengggunakan kaedah ini dengan cara mendidik para remaja agar menghayati matapelajaran sejarah dan bukan sekadar dengan berniat untuk lulus peperiksaan sahaja.Penceritaan mengenai pahit getir para pejuang kemerdekaan negara dapat mengajar mereka erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan.

Kebiasannya,pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.Pihak sekolah dapat mengambil peluang ini untuk membawa pelajar ke tempat-tempat bersejarah,perkara ini merupakan salah satu daripada kaedah pembelajaran bagi meningkatkan semangat patriotisme remaja.

Media massa terutama televisyen merupakan teknologi yang paling dekat denagn kehidupan manusia.Pengaruh media massa terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.Sehubungan itu,media massa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja memandangkan merekalah golongan yang paling banyak menonton televisyen.media massa perlu menyiarkan drama-drama ,filem,lagu,dan apa sahaja yang boleh membangkitkan semangat kebangsaan.Perkara ini perlu diteruskan sepanjang tahun dan bukannya pada bulan kemerdekaan sahaja bagi memastikan semangat patriotisme tumbuh subur sepanjang masa.

Di samping itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah ini.

Tuntasnya,remaja hari ini tidak ramai yang mempunyai semangat patriotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik pelru diambil bagi memastikan kita mempunyai pelapis pentadbir yang berwawasan.

No comments:

Post a Comment