Sunday, June 12, 2011

LATIHAN SMART

kepada : pelajar tuisyen Ipoh dan Batu Gajah : Cetak soalan ini dan siapkan


Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan aneka pilihan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Wabak kepialu mudah…………………. ke tempat lain jika masyarakat tidak mementingkan kebersihan.
A. menjalar C. mengalih
B.merebak D. mengembang
2.

2. Kawan saya duduk ………….
ketika makan dengan ayah dan
ibunya di rumah.

A. bersimpuh
B. bersila
C. berlunjur
D. bertinggung


3. Pengetua yang baru bertugas di sekolah ini merupakan seorang yang ………………. dalam tugasnya.
A. kental C. tegas
B. waja D. keras


4. Perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua orang ahli panel itu memang …………….. untuk pelajar.
A. baik C. jelas
B. baru D. terang

5

5. Tumbukannya yang
………………….. itu
akhirnya berjaya
menumbangkan petinju
terkenal tersebut

A. berbalas-balas
B. bertubi-tubi
C. berapi-api
D. berbagai-bagai



6. " ……………… janganlah suka bertengkar sesama sendiri," nasihat Pak Mat kepada anak-anaknya di ruang tamu.
A.Kami C. Awak
B. Anda D. Kalian

7. Pihak polis berjaya menangkap penjenayah itu selepas gambarnya ……………… di akhbar-akhbar tempatan.
A. terpapar C. terbentang
B. terkeluar D. terdapat
Soalan 8 hingga soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, C dan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8. Para tetamu-tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu akan disambut dengan paluan
A B C
kompang. Tiada kesalahan
D
9. Saya bertanya kepada Azrina sesiapa nama kawan barunya dan dari mana
A B C
asalnya. Tiada kesalahan.
D
10. Emak saya tanam ubi kayu sementara menunggu musim menuai padi. Tiada kesalahan.
A B C D
11. Syarifah tingal perumah dengan dua orang pelajar yang berasal dari negeri Sabah.
A B C
Tiada kesalahan.
D
12. Penduduk kampung itu berasa sedih apabila mengenangkan kejadian banjir kilat yang
A B
menimpa kawasan kediaman mereka. Tiada kesalahan
C D
13. Pasukan Tan bertepuk tangan sambil melompat keriangan sebaik saja mereka
A B
diumumkan sebagai johan keseluruhan. Tiada kesalahan.
C D
14. Sani tidak mengada di rumah semasa kami berkunjung ke rumahnya semalam.
A B C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai
15. I Bahan kimia yang terdapat di dalam botol itu mudah larut di dalam air.
II Abang pulang larut malam setiap hari kerana banyak kerja yang perlu disiapkannya di pejabat.
III Kelapa itu ke larut dan diperah santannyasebelum dimasukkan ke dalam masakan.
IV Dia bercakap perkara-perkara yang larut ketika bermimpi malam tadi.
A. II sahaja C. III dan IV sahaja
B. I dan II sahaja D. II, III dan IV sahaja

16. I Kak Som sedang mengacau gula yang sedang dimasaknya itu untuk dijadikan sirap.
II Suatu masa dahulu pengganas komunis suka mengacau keadaan yang aman di negara kita.
III Fikirannya mengacau selepas mendapat berita yang menyedihkan hatinya.
IV Pak Itam sedang mengacau kambing-kambingnya masuk ke dalam kandang.
A. I sahaja C. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja

17. I Devi sedang mendukung adiknya ketika emaknya memasak di dapur.
II Kita perlu mendukung hasrat dan wawasan negara iaitu untuk menjadi negara maju.
III Kata-kata puitis yang digunakan dalam sajak itu memang sesuai dan dapat mendukung mesejnya.
IV Buah mendukung itu berasa masam kalau belum betul-betul masak.
A. I dan II sahaja C. I,II dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda mengangap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
18. Makanan yang kakak masak itu lebih enak kalau dimakan ketika masih panas.
A. yang kakak masakkan
B. yang dimasak oleh kakak
C. yang dimasakkan oleh kakak
D. yang kakak masak

19. Penduduk Kampung Simunjan berjaya menangkap buaya ganas yang telah membaham mangsanya yang kelima semalam.
A. membahamkan mangsanya yang ke lima
B. membaham mangsanya yang lima
C. baham mangsanya yang kelima
D. membaham mangsanya yang kelima

20. Rancangan televisyen itu berjaya menarik perhatian penonton kerana bahan-bahan yang disiarkan diperolehi daripada sumber yang asal.
A. diperolehkan daripada sumber
B. diperoleh daripada sumber
C. diperoleh dari sumber
D. diperolehi daripada sumber
21. Johan menemui orang tua itu di tepi jalan lalu menghantarnya di rumah orang-orang tua.
A. ke rumah orang tua-tua
B. di rumah orang tua-tua
C. ke rumah orang tua-orang tua
D. di rumah orang-orang tua
Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22. Beberapa orang doktor pakar negara kita telah menjalankan pembedahan dengan jayanya untuk memisahkan pasangan kembar siam itu.
A. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang doktor pakar terhadap pasangan kembar siam.
B. Kejayaan pembedahan yang dilakukan terhadap pasangan kembar siam itu adalah hasil usaha beberapa oarang doktor pakar.
C. Pasangan kembar siam itu berjaya dipisahkan melalui pembedahan yang dilakukan oleh beberapa orang doktor pakar negara kita.
D. Pembedahan yang dijalankan oleh doktor-doktor negara kita dapat memisahkan pasangan kembar siam itu.

23. Didikan agama sejak kecil memang diakui dapat membentuk peribadi mulia seseorang insan.
A. Seseorang insan akan dipandang mulia jika diberi didikan agama sejak kecil lagi.
B. Memang diakui bahawa peribadi mulia seseorang insan dapat dibentuk melalui didikan agama sejak kecil.
C. Seseorang insan akan mengakui bahawa peribadinya yang mulia dapat dibentuk melalui didikan agama.
D. Pembentukan peribadi yang mulia terhadap seseorang insan telah diperakui oleh agama masing-masing.
24. Banyak hotel menawarkan pakej pelancongan yang menarik bersempena dengan cuti sekolah yang akan datang.
A. Semasa cuti sekolah yang akan datang, pakej pelancongan telah menawarkan banyak hotel yang menarik perhatian.
B. Pakej pelancongan yang menarik di hotel-hotel telah ditawarkan ketika musim cuti sekolah.
C. Pihak sekolah dan hotel telah menawarkan pakej pelancongan yang menarik semasa cuti sekolah yang akan datang.
D. Bersempena dengan cuti sekolah yang akan datang, pakej pelancongan yang menarik telah ditawarkan oleh banyak hotel.
Soalan 25 hingga soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I Beribu-ribu orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan
persembahan artis kesayangan mereka.
II Kalau sekiranya anda ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya.
III Rakyat Malaysia dinasihati agar berjimat cermat apabila berbelanja.
IV Sementara badannya kurang sihat, dia tetap melakukan kerja-kerja berat.
A. I dan III C. III dan IV
B. II dan IV D. I dan IV

26. I Aku tidak menyangka bahawa Laksamana sanggup belot kepada Bendahara, kata
Panglima kepada Hang Tuah.
II Kami berasa bangga kerana peserta bahas sekolah kami berjaya menjadi johan
pertandingan bahas peringkat negeri.
III Peluang perniagaan sentiasa terbuka dengan luas asalkan sahaja kita mempunyai
pengalaman dan modal yang mencukupi.
IV Ibu sentiasa mendoakan kami agar berjaya dalam peperiksaan
A. I dan II C. I, II dan III
B. II dan III D II, III dan IV

27. I Makcik Leha terpaksa menjual pisang goreng untuk menyara kehidupannya lapan
beranak.
II Sayur-sayuran itu ibu beli di Kedai Pak Mat.
III Hatinya terhibur apabila melihat telatah anak kecil itu menggayakan pakaiannya.
IV Baju ayah belum tergosok sejak seminggu lalu.
A. I, II dan III C. II dan III
B. I, III dan IV D. II, III dan IV







Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28. Kegiatan seorang tokoh yang dihormati dalam aktiviti yang kurang sihat itu akhirnya
terbongkar juga selepas pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap semua aktiviti
perniagaannya.

Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah ………….
A. di mana semut mati kalau tidak dalam gula.
B. bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?
C. kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.
D. diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.


29. Anggota masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan aman dan bermuafakat. Mereka saling membantu antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
Perkara ini diibaratkan ………
A. bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing.
B. berapa berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul.
C. air sama air, sampah ke tepi juga.
D. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.


30. Peribahasa 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah' bermaksud …
A. kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak akan menguntungkan mana- mana pihak.
B. sesuatu kaum, apabila hilang pemimpinnya, akan menjadi kucar-kacir.
C. pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat yang mendapat susah.
D. segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

No comments:

Post a Comment