Saturday, June 25, 2011

LATIHAN NASA 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara

berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.Anda

digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqahat aupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara

tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan

ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun

dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan- pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan

menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian

pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut.

Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih

bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan

sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal

yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu. Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, Perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.


(i) Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

(ii) Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan

belajar secara berkumpulan?


No comments:

Post a Comment