LATIHAN KATA TEPAT
CETAK SOALAN INI DAN BAWA KE KELAS (SIAPKAN DI RUMAH)
KATA TEPAT
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
1 Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.
A hebat
B mujarab
C berperisa
C berkhasiat
2 Dia tidak mengharapkan...................................atas pertolongannya.
A balasan
B kurniaan
C pemberian
D permintaan
3 Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk
mengelakkan.................................nya.
A kematian
B kepupusan
C kehilangan
D kebinasaan
4 Perempuan muda itu ......................................dua baldi air di kiri dan kanan
tangannya.
A membimbit
B memegang
C mengandar
D mengangkut
5 Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah....................... oleh
Pak Abu.
A ditakik
B ditebas
C ditebang
D dicantas
6 Kenderaan awam yang melalui jalan itu.......................................beberapa jam
akibat kemalangan jalan raya.
A terhenti
B tersekat
C terkandas
D terhumban
7 Shasha ............................memikirkan masalah yang dihadapinya.
A keliru
B matang
C bingung
D bengang
8 Setiap orang.................................................pendapat yang berbeza-beza
tentang pelantikan Aizat sebagai ketua murid.
A menerima
B memberikan
C mengambil
D menyediakan
9 Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana.............................. gula-gula
getah semasa berada di dalam kelas.
A menelan
B menggigit
C mengerit
D mengunyah
10 Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada
................................ke lembah yang hina.
A terjatuh
B terperosok
C terjerumus
D terhumban
11 Pada masa lapang, nelayan itu akan ............................. jalanya yang rosak.
A menyirat
B menenun
C menjahit
D menyulam
12 Kak Hasniza berlalu dari situ tanpa ......................... tetamu yang datang.
A melihat
B menyapa
C mengintai
D menjenguk
13 Pelari itu sempat ................................ air untuk menghilangkan dahaganya.
A menjilat
B meneguk
C menuang
D menghirup
14 Api .................................. dengan cepat kerana angin bertiup kencang
semasa kebakaran itu.
A menjilat
B membakar
C merebak
D menyambar
15 Mak Odah ................................. paha anak bongsunya yang nakal itu.
A memicit
B mencubit
C memegang
D menggenggam
16 Setelah meneliti permohonan daripada Encik Tahir, pegawai itu bersetuju
untuk....................................... permohonan tersebut.
A melihat
B mengadili
C mengambil
D menimbangkan
17 Rancangan hiburan yang menjadi ................................ ramai itu tidak lagi
ditayangkan di televisyen.
A kecenderungan
B kesukaan
C keasyikan
D kegilaan
18 Rizal dan Razli ........................ kerana berebut harta peninggalan ayah
mereka.
A bertumbuk
B bercakaran
C bertelagah
D bergusti
19 Tidak mungkin Zaki mendapat ikan kerana..............................jala pun dia tak
tahu.
A menyulam
B menebar
C menjahit
D menampal
20 Dari jauh kelihatan asap...................................dari serombong kapal itu.
A mengepul
B mengarak
C mengumpul
D membumbung
21 Bagi memudahkan memanjat pokok kelapa itu, Amri
..........................................batangnya dengan parang.
A menakik B mengerat C menghiris
D menggaris
22 Kerajaan sentiasa berusaha untuk ...........................kemiskinan tegar dalam
kalangan rakyatnya.
A menghalang B membuang C membasmi D membaiki
23 Bangunan yang ................................langit itulah yang menjadi kebanggaan
Malaysia.
A menjangkau B menyentuh C memegang D mencapai
24 Orang ramai ............................melihat persembahan ahli silap mata itu.
A tercabar B terpegun C tergoda D terharu
25 Murid-murid Cikgu Jamal membuat...............................sebelum mewarnai
lukisan itu.
A contengan B lakaran C gurisan D garisan
26 Kerja-kerja...........................padi daripada tangkainya dilakukan dengan
menggunakan mesin.
A menanggalkan
B memencilkan
C meleraikan
D menjauhkan
27 Tanah di tebing sungai itu makin lama makin..............................
A sebu
B pupus
C malap
D mendap
28 Kumpulan pengakap yang keletihan itu.................................setelah tiba di
puncak bukit.
A melepoh
B melepek
C melepet
D melepuk
29 Strategi.................budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan
dalam mesyuarat itu.
A menyekat
B menangani
C menghapuskan
D menghentikan
30 Si Tompok ...............................daun pintu kerana hendak keluar.
A mengais
B mengorek
C mencakar
D mengambus
31 Beliau memberikan ..........................kepada remaja supaya aktif dalam
bidang sukan.
A paksaan
B galakan
C bantuan
D sokongan
32 Bagi murid-murid yang rajin dan ada........................................mereka akan
mencapai cita-cita.
A kebolehan
B kemahuan
C keinginan
D kelemahan
33 .Daging ini hendaklah...............................sehingga lumat, . kata ibu kepada
Suzana.
A ditetak
B diiris
C dikerat
D dicincang
34 Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi...................................hutan
belantara.
A meredah
B memintas
C merempuh
D meneroka
35 Posmen itu ..................................sepucuk surat kepada Hazlina.
A menyerahkan
B meletakkan
C melepaskan
D mengeluarkan
36 Seekor rama-rama sedang .......................madu bunga itu.
A menjilat
B menghirup
C menghisap
D meneguk
37 Dia berjalan dengan hati-hati di atas batas supaya tidak..........................ke
dalam sawah.
A terjerumus
B tertolak
C terjerut
D terjunam
38 Penduduk kampung bergotong-royong untuk membetulkan rumah yang
..............................
A bongkok
B bengkok
C senget
D serong
39 Minyak kelapa yang sudah...........................itu dibuang oleh ibu.
A hanyir
B tengik
C masam
D basi
40 Nasi yang dimasaknya hangit kerana.........................menonton video.
A leka
B minat
C cuai
D khusyuk
41 Saya suka akan keropok ikan yang............................dan enak itu.
A rapuh
B gembur
C empuk
D rangup
42 Wajahnya................................setelah seminggu sakit.
A pudar
B pucat
C layu
D sayu
43 Encik Jasman bekerja sebagai............................di firma guaman itu.
A juruacara
B juruhebah
C jurubahasa
D juruulas
44 Pihak polis telah.................................tiga orang pemuda yang menculik Azmil.
A mengikat
B merampas
C memberkas
D membungkas
45 Budak itu belum bersekolah tetapi sudah............................membaca.
A petah
B cepat
C bagus
D lancar
46 Sepakannya kencang tetapi sering..................................dari pintu gol.
A terlencong
B tersenget
C terbabas
D tersasar
47 Bakal-bakal haji.......................................selama dua jam kerana perubahan
jadual perjalanan.
A tersekat
B terhenti
C tertunggu
D terkandas
48 Juruacara majlis memulakan ucapannya dengan beberapa ................pantun.
A baris
B rangkap
C petikan
D perenggan
49 Kemalangan di jalan utama itu telah menyebabkan kenderaan yang melalui
jalan itu...............................
A tersekat
B terkandas
C terhumban
D terperangkap
50 Semua harta benda mereka................................dalam kebakaran itu.
A ranap
B remuk
C hancur
D musnah
51 Pengajaran guru akan lebih berkesan jika................................oleh rakaman
video.
A disusuli
B dijalani
C didasari
D diperoleh
52 Pak Hamid ...................................pohon kekabu di belakang rumahnya.
A membajak
B menebang
C mengayuh
D mendayung
53 Banyak murid yang ....................................dalam ujian pemilihan itu.
A tersekat
B terhenti
C terkandas
D terhalang
54 Pohon kelapa yang tumbang itu......................................kandang kambing.
A menghantuk
B menghentak
C menghempas
D menghempap
55 Jika......................................hutan dikawal,hakisan tanah dapat dielakkan.
A penghapusan
B pembersihan
C pembasmian
D penerokaan
56 Dulang tembaga itu kelihatan..................................kerana sudah lama tidak
digilap.
A pucat
B kusam
C suram
D kelam
57 Perdana Menteri menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara kita
masih.............................
A kuat
B padu
C padat
D kukuh
58 Ketika cuaca baik, keindahan alam di puncak bukit itu.................................
A ternampak
B tergambar
C terserlah
D tersebar
59 Encik Ismail terpaksa....................................pelbagai cabaran sebelum
berjaya dalam perniagaannya.
A menjalani
B mendalami
C mengharungi
D menyelubungi
60 .................................yang dialaminya tidak melemahkan semangatnya untuk
terus mengejar penyeluk saku itu.
A Kemusnahan
B Kecederaan
C Ketenatan
D Kematian
No comments:
Post a Comment