Sunday, January 29, 2012

LATIHAN PENULISAN KARANGAN PMR

Siapkan karangan tambahan dan hantar di dalam kelas



Kebaikan Bergotong-royong

Kebaikan Bergotong-royong

Pendahuluan
(A1)Aktiviti bergotong-royong telah diamalkan oleh masyarakat di negara
kita sejak dahulu lagi.
(A2)Terdapat banyak kebaikan jika amalan ini diamalkan oleh kita.

Pengembangan isi
(A1)Antara kebaikannya ialah kita dapat mempercepat sesuatu kerja
berbanding jika dilakukan secara bersendirian.(Isi)
(A2)Hal ini demikian kerana sesuatu tugasan kebiasannya dilakukan
dalam jumlah yang ramai.(Mengapa)

A1)Selain itu, melalui aktiviti ini juga kita dapat menjimatkan kos
dan masa untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. (Isi)
A2)Sebagai contoh, kita tidak perlu membayar upah kepada mereka
sekiranya melakukan kerja secara goton-royong .(Contoh)

A1)Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan
kejiranan di sesuatu kawasan perumahan.(Isi)
A2)Tamsilnya, kita dapat mengenali dengan lebih rapat lagi jiran-jiran
kita semasa menjalankan aktiviti ini.(Contoh)

Penutup

A1)Tuntasnya,kita haruslah terus menghidupkan budaya mulia ini agar
(Harapan)amalan ini dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

contoh karangan


Kepentingan Aktiviti Kokurikulum



Setiap sekolah diwajibkan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum dilihat sama penting dengan bidang akedemik.

Melalui aktiviti ini, tubuh badan akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan berpeluh. Apabila kita sihat, mudahlah kita untuk mengikuti pelajaran dan yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Jika tubuh badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya dan minat untuk belajar pun luntur.

Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan untuk menonton televisyen, merokok dan berpeleseran di pusat beli-belah. Jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan megeka daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti jenayah, merempit, meragut, menagih dadah, mengedar dadah dan banyak lagi.

Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar juga boleh menambah kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan –rakan. Apabila para pelajar di sesebuah sekolah kenal-mengenali maka wujudlah perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Aktiviti kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan, sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui pertandingan dalam aktiviti kokurikulum tersebut seorang pelajar boleh mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah sekiranya dia atau pasukannya memenangi kejohanan yang disertai. Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh mengharumkan nama Negara.

Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat yang banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mesti memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar pintar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan, tetapi tubuh badannya tidak bermaya, lebih buruk lagi jika dia hidup dalam kesepian kerana tidak mempunyai kawan.

Sunday, October 23, 2011

PANDUAN MENULIS KARANGAN

Isu-isu menarik
( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)

Contoh soalan karangan.

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan
Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan
Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan
langkah-langkah mengatasinya

Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya.

[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]

[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]

Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.

(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)

PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?

( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)

PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian

H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .

( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)

Walau bagaimanapun / namun begitu……

Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )

PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.

(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)

Konklusinya / oleh itu,…….

[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.

Saturday, October 15, 2011

pengajaran

Pengajaran Dalam Novel Hikmah

-kita hendaklah bersikap amanah dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita

-kita mestilah reda dan tabah dengan ujian dan ketentuan Tuhan

-anak-anak hendaklah menyayangi dan menghormati ibu-bapa

-janganlah kita suka menyimpan dendam

-janganlah terlalu menurut perasaan kerana dapat mendatangkan kesan buruk

-kita haruslah berani menegakkan kebenaran

-kita mestilah berpendirian tegas

-kita janganlah suka memperdayakan orang lain

KARANGAN 2

Ramalan PMR Karangan 1 - Masalah Sosial, Lumba Haram

Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motosikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa.
Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya gejala sosial ini.

[ 40 markah ]

Pendahuluan
- semakin dapat perhatian kerana banyak disiarkan dalam media massa.
- memerlukan tindakan segera dan berkesan.
- akan menjejaskan usaha melahirkan generasi terbilang

Isi 1
sikap ibu bapa sendiri
- terlalu mementingkan kerjaya.
- terlalu mempercayai dan memberi kebebasan.
- berlaku jurang komunikasi.

Isi 2
kurangnya didikan agama / moral
- remaja keliru dan sukar membezakan yang baik dan buruk.
- mudah dipengaruhi dan terpengaruh.

Isi 3
pengaruh rakan-rakan sebaya
- antaranya kerana tersilap memilih kawan
- lazimnya pengaruh rakan mengatasi sekiranya ibu bapa mengabaikannya.
- akhirnya terjebak dengan gejala-gejala negatif

Isi 4
pengaruh media massa
- penayangan filem atau rancangan yang keterlaluan.
- mereka terpengaruh kerana banyak masa dihabiskan untuk menonton.
- mengikut aksi lakonan pelakon idola dan memuja pelakon dengan meneladani watak negatif dalam filem

Isi 5
keadaan rumah yang bukan"syurga"
- rumah yang kecil, bilangan ramai.
- apatah lagi tidak ada kasih sayang.
- beranggapan ibu bapa tidak menghiraukannya.

Isi 6
sikap individu atau remaja itu sendiri
- berasa bangga melakukan kesalahan.
- menunjukkan “kehebatan” masing-masing.
- memang datang daripada keluarga yang bermasalah


Penutup

- perlu diatasi segera tanpa sering menyalahkan.
- usaha pencegahan perlu diambil secara bersepadu.
- jika tidak lahirlah generasi yang rendah moralnya.

KARANGAN 1 : GEJALA SOSIAL

KARANGAN 1
Sedasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak,lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia . Namun di sebalik itu,kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalah sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini, memang kita dapat menyaksikan di kaca televisyan sendiri tentang pelbagai gejala sosial dalam kalangan masyarakat .

Apakah itu gejala sosial ? Gejala sosial bermaksud sesuatu perbuatan yang salah dari segi undang undang yang menyusahkan diri sendiri,keluarga, masyarakat dan juga negara.Antara gejala sosial yang hangat diperbualkan di kalangan masyarakat ialah vandalisme, mencuri,peras ugut,dan lumba haram .Yang paling menyedihkan dalam hal ini ialah orang yang melakukan kesalahan kesalahan ini terdiri daripada golongan remaja yang seharusnya menjadi tulang belakang negara.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?Semuanya bermula dari rumah dan keluargalah menjadi peranan utama.Sejak dari kecil lagi, ibu bapa perlulah menyemai sifat sifat yang murni dan mulia di sanubari anak anak.Anak anak umpama kain putih dan yang mencorakkan mereka adalah ibu bapa.Ibu bapa perlulah mengawasi setiap gerak geri anak anak di samping member didikan agama dan moral serta mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap anak anak agar mereka tidak terjerumus dalam gejala negatif. Selain itu, pihak sekolahjuga perlu memberi kerjasama yang utuh dalam mengawal masalah masalah sosial. Mereka perlulah menghukum dan memberi amaran keras kepada pelajar yang melakukan kesalahan .Rentetan daripada itu,pihak sekolah juga perlu mengadakan ceramah ceramah motivasi untuk memberi kesesedaran yang mendalam keopada pelajar tentang bahayanya melakukan gejala sosial.

Di samping itu, sebagai orang awam ,kita perlulah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeliling kita.Misalnya, jika kita terlihat seseorang individu cuba melakukan kesalahan, kita patut menegur individu itu.Jika individu itu cuba menentang , kita haruslah melaporkannya kepada polis.

Akhirnya ,pihak polis atau pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.Mereka tidak harus menerima rasuah daripada pesalah dan tidak mengendahkan kesalahan yang dilakukan.Dengan ini,bilangan pesalah dapat dikurangkan sekaligus dengan masalah masalahnya sekali.

Tuntasnya, jika semua pihak berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,ke lurah bsama dituruni,sudah tentunya perkara ini menemui penamatnya.Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 , marilah kita bersama sama mengambil pelbagai langkah yang efektif dan drastik agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

SYAIR WASIAT AYAHANDA ZAWIYAH

MAKSUD:

  • Rangkap 1: Saudagar dan isterinya jatuh sakit hampir 7 hari menyebabkan mereka tidak dapat bergerak.
  • Rangkap 2: Saudagar sedar akan dirinya akan mati dan memanggil anaknya kemudian dicium di kepala anaknya sambil menangis.
  • Rangkap 3: Saudagar memberitahu anaknya bahawa dia akan pergi (mati) dan menasihati anaknya agar menjaga tingkah laku.
  • Rangkap 4: Saudagar mewasiatkan semua harta kepada anaknya semoga anaknya gembira dan memperoleh manfaat daripada harta itu.
  • Rangkap 5: Saudagar juga berpesan jika anaknya tidak berilmu dan harta pusakanya habis, keadaan ketika itu umpama perahu bersauh tunggal.
  • Rangkap 6: Harta juga boleh membuatkan diri kita merana dan lebih baik jika tidak berharta.
  • Rangkap 7: Hendaklah berbudi bahasa, muliakan ibu bapa dan janganlah lambat menegur orang yang berkunjung ke rumah.
  • Rangkap 8: Setiap orang berbeza adatnya. Ada yang tidak memandang harta, suka nasihat-menasihati. Perkara inilah yang kekal selamanya.

TEMA:-

  • Nasihat seorang bapa kepada anaknya ketika hampir saat kematian.

PERSOALAN:-

  • Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
  • Ilmu pengetahuan dapat menguruskan harta benda dengan baik.
  • Harta benda boleh membuatkan manusia merana.
  • Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza.