Monday, April 9, 2012

LATIH TUBI

LATIHAN PERIBAHASA

1. Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana-mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan _______.

A bagai duri dalam daging
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai dihiris dengan sembilu
D bagai aur dengan tebing

2. Hati Hartina __________ apabila mendengar tunangnya curang.

A seperti ikan kena tuba
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti emas baru disepuh
D seperti kaca terhempas ke batu


3. Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan

A rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
B sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
C orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
D sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

4. Cikgu Alimin sentiasa merungut tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini bertepatan dengan

A halus seperti kuman
B jernih seperti cermin
C kurus seperi lidi
D lambat seperti kura-kura

5. Sebelum kapal terbang itu terhempas, penduduk kampung telah terdengar beberapa bunyi letupan yang ________.

A tajam seperti sembilu
B keras seperti batu
C gagah seperti gergasi
D kuat seperti guruh

6. Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa ______ untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan akhir tahun.

A memasang telinga
B memerah otak
C bulat kata
D buka mulut

7. Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkelnya. Walau bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki orang lain. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa

A Sekali air bah, sekali tepian berganjak
B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D pahit dulu, manis kemudian

8. Pilih jawaban yang betul.

A Serkap jarang -menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih
B Telinga nipis - orang yang penyabar
C Paku belanda - harga yang tidak boleh diubah-ubah
D Makan angkat - orang yang tidak suka akan pujian

9. Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?

A berkata benar
B mendengar arahan
C suka mengarah
D tidak berani membantah

10. Sambil menangis, Zaleha mencurahkan _____nya kepada kakak.

A iri hati
B jiwa raga
C ambil hati
D isi hati

11. Swee Lan suka memakai pakaian yang berwarna _________.

A pucat seperti mayat
B merah seperti darah
C jernih seperti cermin
D keras seperti batu


12. Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina oleh orang. Keadaan ini dikatakan ________.

A takut akan bayang-bayang sendiri
B alah bisa tegal biasa
C sudah terhantuk baru tengadah
D menanti kucing bertanduk

13. Wan Maimon menasihati anaknya yang hendak mengembara agar rajin bertanya jalan. Kata pepatah ______.

A malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut
B ikut hati mati, ikut rasa binasa
C terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
D kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan

14. Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat _______.

A lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.
B rambut sama hitam tetapi hati lain-lain
C kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.
D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

15. Para nelayan ______ apabila tiba musim tengkujuh.

A putus akad
B putus rezeki
C putus harapan
D putus tangan

16. Tiada gunanya kamu menjerit-jerit kepadanya kerana dia itu _______.

A berat mulut
B pekak badak
C ringan tulang
D kepala angin

17. Balqis bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya di universiti. Kata orang,

A sebelum ajal berpantang mati
B sarang tebuan jangan dijolok
C sambil menyelam minum air
D sediakan payung sebelum hujan

18. Sudah lama saya ingin melancong ke luar negara. Oleh sebab itu, apabila pak cik mempelawa saya melancong bersama-sama keluarganya, saya terus menerima. Keadaan ini ibarat

A tepuk dada tanya selera
B orang mengantuk disorongkan bantal
C mendapat durian runtuh
D kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

19. Idris berasa gembira kerana dapat balik semula ke kampung setelah 15 tahun merantau di luar negara. Keadaan ini diibaratkan

A sirih pulang ke gagang
B isi dengan kuku
C hujan jatuh ke pasir
D tikus jatuh ke beras

20. Hidup di perantauan tidak menentu kerana jika kita bernasib baik, kita akan mendapat kejayaan. Sebaliknya, jika kita bernasib malang, kita akan mendapat kerugian. Keadaan ini dikatakan

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B sesekali tersengat, selalu beringat
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam

21. Walaupun Umi Amera agak lemah dalam pelajaran, namun dia seorang pelajar yang rajin bertanya guru. Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMRnya. Keadaan ini ibarat

A belakang parang kalau diasah lagikan tajam
B seperti kera mendapat bunga
C bagai tikus membaiki labu
D biar mati anak, jangan mati adat

22. Aiman mempunyai semangat juang yang tinggi bagi memastikan dia berjaya dalam peperiksaan PMR yang akan didudukinya tidak lama lagi. Dia tidak mahu gagal kerana itu akan menggelapkan masa depannya. Semangat tersebut sesuai dengan peribahasa

A biar putih tulang jangan putih mata
B daripada cempedak, lebih baik nangka
C biar mati anak, jangan mati adat
D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

23. “Saya akan melupakan segala perbalahan yang lalu demi semangat kejiranan,” kata Amin kepada Mustafa. Amalan ini dikatakan

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
C buang yang keruh dan ambil yang jernih
D di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

24. Hubungan dua saudara itu sangat akrab. Mereka sentiasa bersama sepanjang masa. Keadaan ini dikatakan

A bagai isi dengan kuku
B bagai bulan purnama
C bagai anjing dengan kucing
D bagai mendukung biawak hidup

25. Pak Kasim sangat disegani oleh masyarakat kerana ketokohannya dalam bidang persilatan. Namun, beliau tidak berminat hendak mencurahkan ilmunya kepada orang lain. Sikap beliau itu seperti

A ilmu pelita hidup
B pokok rendang yang tidak berbuah
C melepaskan batuk di tangga
D enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

26. Nana berhasrat hendak pulang ke kampung halaman kerana sudah lama di perantauan. Dia ingin berbakti kepada anak bangsanya. Keadaan ini diibaratkan seperti

A setinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas belakang kerbau juga
B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C orang berbudi kita berbahasa
D berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah

27. Walaupun Rahim seorang pendiam, namun dia dikurniakan otak yang sangat cerdas dalam pelajaran. Itulah yang dikatakan

A diam besi berkarat
B carik-carik bulu ayam
C diam-diam ubi berisi
D ada kerak adalah nasi

28. Dalilah sentiasa mengimpikan rumah tangga yang aman damai hingga ke akhir hayat, namun segalanya musnah apabila suami dan anak-anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Keadaan itu diibaratkan

A nasi sudah menjadi bubur
B karam berdua basah seorang
C mati semut kerana gula
D panas tidak sampai ke petang

29. Syazliana suka berlagak seperti orang kaya. Dia bekerja sebagai kerani sahaja tetapi perbelanjaan melebihi orang yang berpangkat besar. Sikapnya itu telah menyebabkan dirinya terjerat dengan hutang yang banyak. Keadaan ini dikatakan

A seperti sampah hanyut
B seperti rumput di tepi jalan
C ukur baju di badan sendiri
D seperti pipit menelan jagung

30. Jangan selalu mengeluarkan ____ terhadap kawan-kawan dan orang tua.

A bahasa halus
B bahasa kesat
C cakap angin
D bunga bangsa

LATIHAN KARANGAN BERPANDU 1

SIAPKAN DAN BAWA MINGGU HADAPAN KE KELAS TUISYEN

Kes pengabaian warga tua yang semakin meningkat merungsingkan pihak kerajaan. Hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang penyayang tidak akan tercapai sekiranya kebajikan warga tua masih lagi diabaikan . Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini?

Warga tua merujuk individu yang ……………………………………………………….. Golongan ini juga dikenali sebagai ………………………………….. Berdasarkan perangkaan ………………………………………………, terdapat lebih daripada 2.6 juta orang warga tua di Negara ini dan bilangan mereka semakin bertambah ………………………………………………………… Kes pengabaian warga tua pula semakin meningkat dan tersebar luas dalam ………………………………………………………… Persoalan yang timbul ialah sebab berlakunya masalah ini. Kita hendaklah menghalusi ………………………………………………………

………………………………………., terdapat pelbagai punca yang menyebabkan warga tua hidup bergelandangan. Salah satu daripadanya disebabkan oleh …………………………………………… yang menganggap warga tua sebagai golongan yang lemah, berpenyakit, lambat berfikir dan sebagainya. Masyarakat merasakan warta tua sering …………………………………………… menjadi punca masalah dan menyekat kebebasan mereka untuk bergerak aktif dalam era pembangunan. Tambahan pula, kini semua orang berlumba-lumba untuk mengejar …………………………………………………………………

………………………………………………… semakin menular dalam masyarakat kita. Tamadun manusia yang meletakkan orang yang lebih tua terutama ibu bapa pada kedudukan yang tinggi ………………………………………………………………….. Kini, anak-anak yang subah berkeluarga tidak betah tinggal bersama ibu bapa. Betullah kata seorang pujangga ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Mungkin semasa mereka masih kecil , ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera sama ada dari segi …………………………………………… dan tidak memberi didikan agama yang secukupnya. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan …………………………………………………………………….. terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka adalah dengan …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sebagai ………………………….., warga tua merupakan ……………………….. yang harus dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk kemajuan negara. Walaupun terdapat pelbagai …………………………………………………… terhadap warga tua, namun anggapan tersebut ternyata meleset kerana banyak warga tua yang masih berkebolehan dalam pelbagai bidang. Kata orang …………………………………………………………………………...

CADANGAN JAWAPAN

1. aset negara

2. bertindak balas dan membalas dendam

3. berusia 60 tahun ke atas.

4. dari semasa ke semasa

5. fizikal dan mental

6. gejala ini dari pelbagai perspektif

7. ibu bapa itu sendiri

8. jabatan kebajikan negara

9. kelapa tua banyak santan.

10. kemajuan dan kebendaan

11. konklusinya

12. media cetak dan media elektronik seperti surat khabar, televisyen, youtube dan sebagainya.

13. mendatangkan beban

14. mengabaikan kebajikan mereka apabila sudah uzur.

15. persepsi masyarakat

16. semakin lenyap ditelan zaman

17. seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

18. sikap individualism dan mementingkan diri

19. tanggapan negatif

20. tidak dapat dinafikan bahawa

21. warga emas

Wednesday, April 4, 2012

PERIBAHASA TINGKATAN 1

WAJIB DIKETAHUI OLEH PELAJAR


PeribahasaMaksud Peribahasa
Ada hatiKeinginan
Alah bisa tegal biasaSegala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
Alang-alang mandi biar basahJika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
Ambil beratMemberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
Ambil langkahMula hendak bertindak
Anak buahOrang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang
Anak emasAnak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
Asam garamBerbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka)
Bagai anjing buruk kepalaOrang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga
Bagai bulan dipagari bintangKecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.
Bagai bulan empat belasPeri keelokan muka perempuan
Bagai cincin dengan permataSama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus taliSudah putus harapan
Bagai minyak dengan airOrang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekorPerempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkanSangat laju atau luncur perginya
Bagaimana acuan begitulah kuihnyaAnak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Baik berjagiung-jagung sementara menanti padi masakSementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalangSemakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianBersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
Berkatakanlah besar walaupun pahitBerterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
Berpeluk tubuhBerdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Berpeluk tubuhHanya memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
Bersatu teguh bercerai robohKalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
Bersekutu bertambah mutuBekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masaMelakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Besar hatiBangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih mataLebih baik mati daripada menanbggung malu
Buah fikiranPendapat
Buah hatiOrang yang dikasihi
Buah mulutPercakapan orang,
Buah tanganHasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-ole
Bulat hatiLurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangandalam kekuasaan seseorang
Darah dagingAnak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panasPemarah, lekas marah
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi berkaratDiam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Hancur hatiSedih; putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namaOrang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihJika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
Hidup ini satu perlumbaanDalam kehiduoan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
Hidup segan mati tak mahuOrang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupaKhabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal manikamHanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu
Kaki ayamTidak berkasut atau berselipar
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnyaMengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak didugaKalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyaTidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Kancil juga lupakan jeratOrang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
Kata dikotaJanji mesti ditunaikan
Kata-kata yang lebih tajam daripada mata pedangPerkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Kebudayaan sendi perpaduanKebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapaPengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Makan anginBersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuangYang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
Masa itu emasMasa sangat berharga
Membaca jambatan ilmuIlmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Mencari akalBerusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Muafakat membawa berkatSesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
Nasi sudah menjadi buburPerbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihatDengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang jarak padang terkukurPadang atau tanah luas yaditinggalkan
Putih mataBerhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
Putus asaHabis harapan (tiada harapan lagi
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantangSesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Ringan mulutPeramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulangRajin bekerja, tangkas
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkanAnak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong
Sepakat membawa berkatSesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Seperti enai dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingTidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti lipas kudungSelalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja
Sudah terhantuk baru terngadahSesudah terkena baru beringat-ingat
Tajam akalMudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
Tali barutOrang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua
Tangan terbukaSuka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan duniaWalaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan untuk membangunkan negara
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermainTempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.
Terang hatiTerang fikiran; mudah mengerti
Tulang empat keratAnggota badan
Ukur baju di badan sendiriTiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah semuanyaOrang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya.