Friday, June 24, 2011

LATIHAN NASA 6
WAHAI PELAJAR YANG DIKASIHI
BACALAH KARANGAN CONTOH INI DAN CETAK SERTA SIMPAN DALAM FAIL BAHASA

Karangan Rencana: Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu

Sukan Negara

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk

³Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara´.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC)

serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-

olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira

prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian

atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah

menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-

atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran ³jaguh kampung?´

Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun

pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan

mutu sukan negara, agar kita dapat ³duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi´ dengan negara-negara

lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk

yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di

Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak

Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara ³sebulat suara´ ini, sering menjadikan persatuan

berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.

Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah

³dianak tirikan´ oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami

perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan

jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh

individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan

seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan

serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, ³hanya jauhari yang

mengenal manikam´.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam

usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat

antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang

cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti

penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan

sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan

sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah

menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan

para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan

menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita

terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992,

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang

mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya

³gandingan emas´, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam

Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala

kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan

iltizam semua pihak, pastinya ³sinar di hujung terowong´ dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali

martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara

lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta

menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak

mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah

kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang

berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk

persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian

ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas

senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam

pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh

dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ³seperti melepaskan batuk di tangga´. Sebaliknya ia

menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak

berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia

sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia

kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah

mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan

negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam

pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.

Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia

beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah

³pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan´, terserah kepada kita untuk merealisasikan

impian 26 juta rakyat Malaysia. ³Majulah sukan untuk negara!´

LATIHAN NASA

CETAK DAN SIAPKAN LATIHAN NASA

LATIHAN NASA 1

1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.

a.mencurahi. b.dicurahkan. c.mencurahkan. d.dicurahi.

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.

a.mengajar b.mengajarkan c.ajarkan d.diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.

a.ditanak. b.dikukus. c.direbus d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.

a.mengandas. b.menjinjing. c.menatang. d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan

kenderaannya di kawasan tunda itu.

a.Biarpun, begitu juga. b.Mestipun, kecuari. c.Walaupun, namum

d.Sungguhpun, maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.

a.lalu, Biarpun. b.dan, Manakah. c.apabila, Sementara d.maka, Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.

a.biji, buah b.berkas, butir c.tangkai, biji. d.ulas, ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.

a.biji b.kelompok c.buah d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.

a.batang b.papan c.berkas d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.

a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu

11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.

a.lelapi b.lelabah c.Kekabu d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.

a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.

a.Kaki botol b.Kaki judi c.Kaki bola d.Kaki sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.

a.otak kancil b.otak udang c.otak cair d.otak beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.

a.tangkai jering b.hancur hati c.pedih hati d.hidung tiaggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.

a.tewas b.prihatin c.kecewa d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.

a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.

a.terpelihara,terkorban b.terkawal,tenat c.terjaga,menemui ajal. d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu.

a.lalu b.biasa c.ingin d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.

a.pucuk b.laras c.helai d.keping.

LATIHAN NASA 2

1.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.

a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah

2.Mangsa-mangsa kemalangan itu________ rawatan pesakit luar.

a.melalui b.memasuki c.menjalani d.mengharungi

3.Seekor ikan paus_______ di pantai Merdeka.

a.terbaring b.tertiarap c.terperosok d.terdampar.

4.Ayah sudah_______ bayaran bil elektrik.

a.menegaskan b.menjelaskan c.melenyapkan d.mengeluarkan.

5.Ibu menyuapkan________ pulut ke mulut adik.

a.seketul b.sepinggan c.sekepal d.sebuku.

6.Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada_________ .

a.sebiji b.sebutir c.sebuah d.sepotong

7.Dia berasa_______ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalnya itu.

a.buta hati b.tawar hati c.besar hati d.berat hati.

8. Salwa meluahkan________ nya kepada kami sambil menangis.

a.patah hati b.isi hati c.khabar anggin d.titik peluh

9.Tan Meng tidak________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ.

a.mengambil berat b.mengambil hati c.sampai hati d.sampai hajat

10.Baju itu dibuat_________ sutera.

a.dari b.daripada c.dengan d.di

11.Orang kenamaan itu sedang beramah mesra_______ kanak-kanak cacat di majlis itu.

a.terhadap b.pada c.dengan d.bagi.

12.Puan Geeta ke dapur_______ menjerang air.

a.sambil b.lalu c.dan d.maka.

13.Encik Lim________ ke pejabat dengan basikal.

a.mundar-mandir b.lambat-laun c.lalu-lalang d.ulang-alik.

14.Encik Malik sedia berkhidmat________ tenaganya diperlukan.

a.walaupun b.sehingga c.selagi d.kerana.

15.''Wah,_________ betul cuaca hari ini!'' kata Rasli.

a.bersih b.nyaman c.cerah d.cantik.

16.Air tasik yang_______ itu berkocak apabila dilempari batu.

a.hening b.nyaman c.syahdu d.tenang

17.Majlis perasmian itu berjalan dengan_________ .

a.laju b.pantas c.lancar d.licin.

18.David sentiasa berfikir_________ sebelum melakukan sesuatu.

a.banyak b.panjang c.jauh d.lama.

19.Nenek menatap wajah kami_________ .

a.sedikit-sedikit b.lama-lama c.jelas-jelas d.kuat-kuat

20.Perbuatan________ di pusat beli-belah tidak berfaedah.

a.membeli-belah b.melihat-lihat c.merayau-rayau d.meninjau-ninjau.

LATIHAN NASA 3

1 Hari ini ialah hari jadi adik yang____________.

A ketiga B bertiga-tiga C bertiga D ketiga-tiga

2 Pada hari Ahad ramai____________ berniaga di situ.

A berniaga B perniagaan C peniaga D meniagakan

3 ______________ deman denggi sangat merbahaya.

A Kesakitan B Disakiti C Pesakit C Penyakit

4 ___________ orang budak itu telah pun dijumpai.

A Berempat B Keempat-empat C Empat D Keempat

5 Ong Chai telah dilantik sebagai___________ sekolah.

A pengawas B mengawasi C pengawasan D diawasi

6Ayah sedang _________ rumput.

A dicabut B mencabut C mencabutkan D tercabut

7 Faridah dan Cindy sedang____________ .

A bual B dibualkan C membualkan D berbual

8 Guru itu ___________ murid-murid yang degil.

A mendenda B didenda C dendaan D denda

9 Budak-budak itu____________ di tengah padang.

A gaduh B digaduhkan C bergaduh D pergaduhan

10 Puan Lim sedang__________ di tengah padang.

A ditunggu B tunggu C penunggu D menunggu

11 Budak itu berlari__________ membawa bola.

A sambil B kerana C jika D sebab

12 Adik menangis____________ terkejut.

A jikalau B atau C kerana D dan

13 Peng Chai mengambil begnya___________ pergi dari situ.

A semenjak b lalu C selepas D tetapi

14 Ayah akan pergi ke Melaka pada hari ini____________pun esok.

A dan b kerana C semenjak D atau

15 Chee Keong hendak mengangkat beg itu____________ tidak terdaya.

A kerana B jika C sebab D tetapi

16 Buku itu sanggat__________.

A tinggi B tebal C kuat D gemuk

17 Dia menjerit dengan____________ apabila terkejut.

A kuat B pantas C laju D kenjang

18 Rumah________ itu telah runtuh.

A cantik B baru C buruk D busuk

19 Jimmy menjawab soalan gurunya dengan___________-.

A lama B besar C cantik D cepat

20 Buah durian sangat__________ rasanya.

A busuk B indah C lazat D cantik

LATIHAN NASA 4

1.Saya akan______menyiapkan tugasan itu.

a.mencuba b.mencubai c.mencubakan d.percubaan

2.Rahim________beberapa helai kertas nipis untuk membuat lelayang itu.

a.gunakan b.menggunai c.menggunakan d.penggunaan

3.Warita itu______anak puan Esah yang berusia setahun itu.

a.mengendong b.menjinjing c.mengandar d.membimbit

4.Ibu_____daging yang baru dibelinya halus-halus.

a.menetak b.mengincir c.mencantas d.mencencang

5.Ayub menulis se______surat dan se_______kartu pos untuk rakannya.

a.lembar,buat b.keping,naskhah c.pucuk,keping d.helai,helai

6.Selepas makan se______ikan,kucing itu mencuri se______daging.

a.kerat, hiris b.ekos, potong c.cebis, buku d.cubit, ruas.

7.Di atas meja itu terdapat se______rokok dan se_________pemetik api.

a.batang,kotak b.buat, bungkus c.kotak, butir d.bungkus, buat

8._______jadinya perdebatan itu lantaran masing-masing tidak dapat mengawal perasaan.

a.Debak-debuk b.Liang-liku c.Hina-dina d.Haru-biru

9.Jantungku______kerana terkejut.

a.berpontang-panting b.berkusut-masai c.berdegap-degup d.berkumat-kamit.

10._______pengetahuan saya, Mariam sudah berniaga sendiri.

a.Dari b.Sejenak c.Sepanjang d.Di

11.penduduk desa ini hormat________beliau,__________yang kaya________yang miskin.

a.dengan,biarpun, ataupun

b.akan, baik, mahupun

c.kepada, tetapi, kecuali

d.terhadap, jangankan, inikan

12.______baru berusia dua tahun_______ dia petah bercakap.

a.Biarpun, kecuari b.Sungguhpun, atau. c.Walaupun, namun d.Mestipun, melainpun.

13.Ayam betina memang selalu berketuk_______hendak bertelur.

a.bila b.sejak c.semenjak d.apabila

14.Wahid mengumpan bola itu________ rakannya_______ dia mengalami kekejangan otot.

a.kepada, sebelum b.pada, jikalau c.terhadap, seketika d.menuju, selepas

15.Dia berasa______ apabila tidak diundang ke masjlis persandingan sahabat lamanya itu.

a.kecil hati b.besar hati c.patah hati d.putih hati

16.Perundingan itu telah menemukan______.

a.jalan mati b.bawah angin c.atas angin d.jalan buntu.

17.Budak yang selalu lewat ke sekolah itu dimarahi oleh cikgu Kasim.

a.lambat, didenda b.awal, dipuji c.cepat, dihina d.lekas, dirotan.

18.Budi bahasanya yang halus membuatkan kami suka kepadanya.

a.kasar, benci b.keras, hina c.besar, enggan d.baik, gemar.

19.I Nah, ini pen ambillah!

II Jangan membacalah buku ini.

III Pak Cik Karim berjumpa dengan Doktor Rajah tadi.

IV Rumah Mak Cik Piah terletak di kaki bukit itu.

a.I, II b.III, IV c.I, II, IV d.I, II, III, IV

20.I.Abang Yoke Ling memang gemar menuntun wayang gambar.

II. Ayah saya membeli seratus cocok sateh di Gerai Sateh pak Mail.

III. Ahmad membayar bil eletrik di pejabat pos pagi semalam.

IV.Kereta Proton Wira itu terbabit dalam kemalangan di lebuh raya.

a.IV sahaja b.I, II c.III, IV d.I, II, III, IV.

LATIHAN NASA 5

1.Abang saya akan melanjutkan pelajarannya________ Australia_______ akhir bulan ini.

a.di, di b.ke, di c.dari, pada d.di, pada

2.Gambar yang tergantung_______ dinding itu dibelinya_________ pelukis itu.

a.pada, daripada b.di, dari c.dengan, daripada d.kepada, dari

3.Kami memang gemar_________ hobi mengumpul setem.

a.dengan b.akan c.dari d.daripada

4.Bendera yang________ itu bendera negara Afrika selatan.

a.berkocak b.berbuai c.berkumandang d.berkibar.

5.Itik yang sedang________ makanan itu besar-besar belaka.

a.mematuk b.menyudu c.memagut d.menghisap.

6.Dalam________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.

a.tempo b.tempuh c.tempoh d.tempah.

7.Para pengundi_______ ke pusat pengundian di sekolah itu.

a.berebut-rebut b.berdedai-dedai c.berduyun-duyun d.berlelai-lelai

8.Isikan________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.

a.kekacang b.kekabu c.kekisi d. bebola.

9.Kapal yang_______ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan Syarikat Azeem.

a.bolak-bolak b.turun-naik c.lalu-lalang d.mundar-mandir.

10.Masukkan beberapa_________ bawang ke dalam sambal kicap itu.

a.iris b.ketul c.biji d.buah.

11.Harga tiga________ petai itu ialah RM3.00.

a.papan b.buah c.gelung d.gelang.

12.________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.

a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu.

13.Dia membaling anjing itu dengan se_________ kayu api.

a.batang b.papan c.berkas d.laras.

14.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.

a.Ielabi b.lelabah c.kekabu d.tetupai.

15.Tudung saji digunakan untuk menutup________ itu.

a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk.

16.Keadaan malam itu sangat________ dan tidak berbintang di langit.

a.cerah b.gelap c.bahaya d.suram.

17.Kita tidak boleh memandang_______ kepada orang lain walaupun mereka miskin.

aserong b.jijik c.sombong d.hina.

18.Pelajar lelaki universiti dipanggil________.

a.mahasiswi b.mahasiswa c.mahaguru d.mahaputera.

19.Dalam filem, pelakon wanita dipanggil__________.

a.seniman b.biduan c.biduanita d.seniwati.

20.Bapa Tong Fong memelihara beberapa_________ anjing untuk mengawal rumahnya.

a.buah b.biji c.ekor d.bilah.

Tuesday, June 21, 2011

LATIHAN APOLO 7

1Rombongan itu singgah di Kuala Lumpur_______ sahaja .

A.telah B.lama C.kemudian D.sekejap

2.Kuih_muih yang dijual oleh penjaja itu sangat ________ .

A.lazat B.merdu C.gembira D.mewah

3.Keluarga Amin ________ bertolak ke Singapura sekarang .

A.telah B.belum C.masih D.sedang

4.Rumah Siti terletak ________ dari sini .

A.jauh B.panjang C.lama D.jarang

5.Pelajar yang _________ itu sangat disayangi oleh kedua_dua ibu bapanya .

A.bodoh B.malas C.pandai D.degil

6.Pekerja yang rajin itu _________ datang awal ke sekolah .

A.lewat B.selalu C.malas D.jarang

7.Mereka ________ sahaja sampai di perhentian bas yang terletak tidak __________ dari

rumah mereka .

A.lama, baru B.masih, dekat C.sedang , berapa D.baru., jauh

8.Baju itu sangat cantik tetapi tiada seorang pun membelinya kerana harganya sangat ________ .

A.murah B.sederhana C.mahal D.cantik

9.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat beg yang ________ itu

A.berat B.ringan C.kecil D.lembut

10.Lauk itu sangat _________ kerana mengandungi banyak garam .

A.manis B.masam C.pahit D.masin

11.Air sungai itu mengalir dengan _________ selepas hujan lebat .

A.laju B.deras C.cepat D.lambat

12.Budak nakal yang suka bermain di tepi jalan itu ___________ dilanggar oleh sebuah kereta

pagi tadi .

A.lebih B.sampai C.nyaris D.belum

13.Sejak kebelakangan ini , Johan _______ menulis surat kepada saya .

A.cepat B.jarang C.dekat D.perlahan

14.Pemuda itu suka membawa kereta dengan __________ .

A.kuat B.fasih C.cergas D.laju

15.Angin bertiup dengan _________ di kawasan itu malam tadi .

A.laju B.kuat C.kencang D.deras

16.Bayi itu dengan __________ nya di dalam buaiyan .

A.sedap B.merdu C.nyenyak D.seronok

17.Budak nakal itu __________ berbual_-bual semasa perhimpunan sekolah diadakan .

A.suka B.kurang C.juga D.asyik

18.Projek perumahan itu sangat _________ untuk dilaksanakan .

A.rumit B.sukar C.jelas D.kabur

19.Encik Hassan menasihat anaknya makan dengan ________ , jangan terlalu gelojoh .

A.baik-baik B.perlahan-perlahan C.sedikit-sedikit D.lambat-lambat

20.Fatimah menari dengan _______ di majlis hari jadi adiknya .

A.cepat B.hebat C.perlahan-perlahan D.rancik

LATIHAN APOLO 6

1.Sesiapa yang tidak ________peraturan sekolah akan didenda.

A.patuhi B.mematuhi C.dipatuhi D.kepatuhan

2.Makanan dan penginapan_________oleh pihak penganjur.

A.bersedia B.menyediakan C.tersedia D.disediakan

3.____________Jepun banyak meninggalkan kesan kepada rakyat.

A.Menjajah B.Dijajah C.Penjajahan D.Jajahan

4.Abang_________batang ubi kayu itu pendek-pendek.

A.memangkas B.mengerat C.mencencang D.menghiris

5.Rantai leher Mimi ___________orang petang tadi.

A.dirampas B.disambar C.diambil D.direnggut

6.Harga dua__________coklat itu ialah RM3.00.

A.buku B.gugus C.bungkus D.cucuk

7.Cheng Wah mencari____________kuncinya yang hilang.

A.sesikat B.sekelompok C,sepasang D.sejambak

8.Polis mengadakan sekatan di beberapa_________ jalan raya.

A.batang B.bidang C.pasang D.potong

9."Kami amat_________tentang kebajikan para pekerja," kata encik Law.

A.mengambil hati B.mengambil berat C.mengambil angin D.mengambil telinga

10.Lisa tidak akan __________kawan baiknya.

A.membuka langkah B.membuka tembelang C.membuka mulut membuka mata

11.lelaki itu_________bapanya sebagai guru.

A. mengalih langkah B.mengikut telunjuk C.mengasah bakat D.untuk

12.Julia diumumkan___________pemenang dalam pertandingan itu.

A.seperti B.sebagai C.tentang D.untuk

13._________makan,cucilah tangan kamu dahulu

A.Selagi B.Sejak C.Selama D.sebelum

14.___________tinggal berjauhan, kami sering beratus surat.

A.Seandainya B.Sementara C.Semenjak D.Sehingga

15.Kita mesti menghindarkan perkara-perkara yang ________.

A.malang B.jahat C.buruk D.hina

16.Orang yang________harus kita bantu.

A.susah B.boros C.kusus D.gila

17.Kereta itu __________selepas berlanggar dengan sebuah bas.

A.retak B.remuk C.hancur D.pecah

18.Salwa membasuh pakaian itu hingga_______.

A.baru B.bersih C.elok D.lusuh

19."Saya tidak __________," kata Ah Huat.

A.berbaik-beik B.bergurau-gurau C.berkata-kata D.berelok-elok

20.Garis itu _______apabila diusik.

A.tersipu-sipu B.terkelip-kelip C.tergelak-gelak D.terangguk-angguk

LATIHAN APOLO 5

LATIHAN3

1.Berapa ____________ meriam lama ditemui di gua itu.

A.butir B.batang C.laras D.ketul

2.Dia menemukan ___________ kunci yang dilaporkan hilang itu.

A.selonggok B.sekumtum C.serawan D.seberkas

3.Julian membayar sebanyak RM90 untuk mendapat ________ kasut.

A.sehelai B.sekaki C.sepasang D.serawan

4.Kek Hock menggunakan __________ peluru untuk menembak monyet itu.

A.sebentuk B.sebutir C.selaras D.sebilah

5.Beberapa __________ pukat yang koyak telahdijahit oleh datuk saya.

A.rawan B.keping C.helai D.pucuk

6.Cikgu berkata, ''Murid-murid, _________ mesti menghadiri kelas pada hari sabtu ini.''

A.kami B.awak C.kamu D.saya

7.''Sudah lama _________ tidak mendengar khabar tentang diri __________ ,'' kata Lim kepada budak-budak itu.

A.saya,kalian B.kami,kau C.anda,engkau D.kamu,kita

8._______ merupakan putera Raja Perlis.

A.baginda B.dia C.beliau D.engkau

9.'' _________ amat kesal akansikap negetif yang ditunjukkan oleh sesetengah rakyat terhadap pembangunan

negara ini,'' titah Sultan Perak.

A.baginda B.patik C.beta D.tuanku

10.Pekerja itu melonggok beberapa _________ kelapa sawit di tepi se _______ jalan raya sebelum diangkut ke kilang.

A.biji,buah B.tandan,batang C.sisir,jalur D.sikat,kerat

11.Adik telah makan tiga ___________ tebu itu.

A.ruas B.utas C.ulas D.buku

12.Buah anggur yang dijual oleh Pak cik hanya tinggal___________ .

A.sekelompok B.gerombolan C.ketumbukan D.buah

13Beberapa _____________ tentera Malaysia telah dihantar ke Somalia.

A.kawan B.ketumbukan C.sebuah D.segugus

14Se ____________ banduan telah melarikan diri ke dalam hutan.

A.gulung B.golong C.bidang D.orang

15.Anggota tentera itu melepaskan tiga _________ tembakan ke udara.

A.ruas B.buku C.cap D.das

16.Dia mempergunakan saya sebagai __________ untuk menjawat jawatan itu.

A.batu loncatan B.batu alas C.hati batu D.batu giling

17.Kita mesti __________ semasa guru mengalar .

A.rabun ayam B.kaki ayam C.buta huruf D.pasang telinga

18.Diana mencurahlan _________ nya kepada abang saya.

A.ambil hati B.isi hati C.buah hati D.mata hati

19.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi ____________ macam mayat.

A.biru B.putih C.pucat D.hitam

20.Walaupun masih kecil namun dia ___________ macam pendeta.

A.degil B.lurus C.bijak D.baik

LATIHAN APOLO 4

1.Setelah berada ____________ di luar negeri, kamiberasa___________ akan kampung halaman.

A.jauh,sedih B.cepat,pilu C.lama,rindu D.sering,pedih

2.Masak yang dihidangkan oleh kakak itu__________.

A.pedas B.perit C.lembab D.haqnyir

3.Letatkan poster ini_________ dinding ___________ menggunakan pelekat itu.

A.di,dan B.pada,dengan C.dari,pada D.daripada,kepada

4Walaupun dia lebih rendah_________ pemain_permain bola keranjang lain,__________ pengerakannya

lincah.

5Dia masih marah_________ kami_________ peristiwa itu telah kami lupakan.

A.kepada,kerana B.pada,walaupun C.dari namun D.ke,meskipun

6__________ negara telah dibentangkan oleh menteri kewangan pada bulan Oktober yang lalu.

A.belanjawan B.sasterawan C.usahawan D.niagawan

7.Para__________ itu telah diberikan Sijil Penghargaan kerana membantu mangsa-mangsa banjir itu.

Aperagawan B.seniman C.angkasawan D.sukarelawan

8._________ yang memperagakan fesyen-fesyen itu terdiri daripada rakyat malaysia.

Abiduanita B.peragawati C.bahasawan D.jutawan

9.Kami berlatih bermain bola sepak _____________ stadium ________ tiap-tiap hari.

A.di,di B.pada,pada C.di,pada D.pada,di

10.Pelancong_________ taiwan itu menginap __________ Hotel Istana.

A.dari,di B.daripada,di C.pada,pada D.ke,pada

11.Ini kuih _______itu pedas.

A.epok-epok B.kura-kura C.api-api D.orang-orang

12.Tauke kedai itu mengira wang dengan __________ .

A.beri-beri B.jemput-jemput C.dekak-dekak D. tempat-tempat

13._________ saja yang ingin masukmestilah mengambil pas kebenaran terlebih dahulu.

A.mana-mana B.apa-apa C.bila-bila D.siapa-siapa

14.Entah pada pukul__________ abang saya akan pulang dari pejabatnya.

A.bila-bila B.apa-apa C.mana-mana D.berapa-bberapa

15.________ kanak-kanak yang berusia enam tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan

kilang ini.

A.setengah B.para C.semua D.berbagai

16.Saya _________ pernah pergi ________ taman permainan itu.

A.akan,di B.selalu,di C.bukan,ke D.tidak,ke

17.Kamu _________ membantunya sekarang _________.

Amesti,juga B.amat,hanya C.barangkali ,begini D.lagi,saja

18.Budak nakal yang _________ ponteng sekolah itu _________ dirotan oleh ayahnya.

A.sering,saja B.mesti,hanya C.selalu,telah D.lagi,sungguh

19.________ manusia mestilah mengamalkan sikap bertolak-ansur untuk mengekalkan keamanan dunia.

A.para-para B.tiap C.setengah D.setiap

20.________ pakaian yang dibelinya berwarna kehijau-hijaun.

A.kebanyakan B.masing C.berbagai D.sekalian

LATIHAN APOLO 3

Latihan Tatabahasa

1.Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.

A.batu loncatan B.batu alas C.hati batu D.batu giling

2.Kita mesti____________ semasa guru mengajar.

A.rabun ayam B.kaki ayam C.buta huruf D pasang telingga

3.Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.

A.ambil hati B.isi hati C.buah hati D.mata hati

4.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.

A.biru Bputih C.pucat D.hitam

5.Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.

A.degil B.lurus C.bijak D.baik

6.Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun.

A.zalim B.degil C.liar D.buas

7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.

A.jejari B.tetupai C.kekuda D.lelabu

8____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.

A.bercermat-cermat, bebalai B.beragak-agak,dedahan C.berhati-hati,berbuli D.perlahan-lahan,deduri

9.Kita mestilah menghormati jiran____________.

A.tetamu B.tetangga C.sesama D. kekisi

10.__________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.

A.dedaun B.kekabu C.lelangit D.pepohon

11.Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.

A.buku B.ketul C.ruas D.ulas

12.Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din

A.jalur B.buah C.gugus D.untai

13.Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.

A.buah,jalur B.ketul,gugus C.biji,untai D.bentuk,utas

14.Kelincahan gadis iyu menjadi ____________penduduk kampung kami.besar hati .

ABuah mulut B.rambang mata C.mata keranjang D.kutu rambu

15.''Janganlah berasa ____________ apabila mnlihat dia membeli basikal baru,'' kata loke kepada sim Min Chin.

A.besar hati B.kepala angin C.iri hati D.patah hati

16.Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.

A.bulat hati B.isi hati C.busuk hati D.makan hati

17.Dia memang ___________. Setiap hari asyik tidur saja .

A.anak angkat B.anak emas C.rabun ayam D.berat tulang

18.Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.

A.diberkas B.dicelup C.dijaga D.ditanya

19.Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.

A.menjinjing Bmenatang C.menjunjung D.memikul

20.Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.

A.terkedek-kedek B.tergerak-gerak C.terangguk-angguk D.terhincut-hincut