Monday, May 14, 2012
PERWATAKAN 6.20
Monday, April 9, 2012
LATIH TUBI
1. Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana-mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan _______.
A bagai duri dalam daging
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai dihiris dengan sembilu
D bagai aur dengan tebing
2. Hati Hartina __________ apabila mendengar tunangnya curang.
A seperti ikan kena tuba
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti emas baru disepuh
D seperti kaca terhempas ke batu
3. Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan
A rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
B sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
C orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
D sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
4. Cikgu Alimin sentiasa merungut tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini bertepatan dengan
A halus seperti kuman
B jernih seperti cermin
C kurus seperi lidi
D lambat seperti kura-kura
5. Sebelum kapal terbang itu terhempas, penduduk kampung telah terdengar beberapa bunyi letupan yang ________.
A tajam seperti sembilu
B keras seperti batu
C gagah seperti gergasi
D kuat seperti guruh
6. Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa ______ untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan akhir tahun.
A memasang telinga
B memerah otak
C bulat kata
D buka mulut
7. Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkelnya. Walau bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki orang lain. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa
A Sekali air bah, sekali tepian berganjak
B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D pahit dulu, manis kemudian
8. Pilih jawaban yang betul.
A Serkap jarang -menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih
B Telinga nipis - orang yang penyabar
C Paku belanda - harga yang tidak boleh diubah-ubah
D Makan angkat - orang yang tidak suka akan pujian
9. Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?
A berkata benar
B mendengar arahan
C suka mengarah
D tidak berani membantah
10. Sambil menangis, Zaleha mencurahkan _____nya kepada kakak.
A iri hati
B jiwa raga
C ambil hati
D isi hati
11. Swee Lan suka memakai pakaian yang berwarna _________.
A pucat seperti mayat
B merah seperti darah
C jernih seperti cermin
D keras seperti batu
12. Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina oleh orang. Keadaan ini dikatakan ________.
A takut akan bayang-bayang sendiri
B alah bisa tegal biasa
C sudah terhantuk baru tengadah
D menanti kucing bertanduk
13. Wan Maimon menasihati anaknya yang hendak mengembara agar rajin bertanya jalan. Kata pepatah ______.
A malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut
B ikut hati mati, ikut rasa binasa
C terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
D kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan
14. Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat _______.
A lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.
B rambut sama hitam tetapi hati lain-lain
C kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.
D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
15. Para nelayan ______ apabila tiba musim tengkujuh.
A putus akad
B putus rezeki
C putus harapan
D putus tangan
16. Tiada gunanya kamu menjerit-jerit kepadanya kerana dia itu _______.
A berat mulut
B pekak badak
C ringan tulang
D kepala angin
17. Balqis bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya di universiti. Kata orang,
A sebelum ajal berpantang mati
B sarang tebuan jangan dijolok
C sambil menyelam minum air
D sediakan payung sebelum hujan
18. Sudah lama saya ingin melancong ke luar negara. Oleh sebab itu, apabila pak cik mempelawa saya melancong bersama-sama keluarganya, saya terus menerima. Keadaan ini ibarat
A tepuk dada tanya selera
B orang mengantuk disorongkan bantal
C mendapat durian runtuh
D kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
19. Idris berasa gembira kerana dapat balik semula ke kampung setelah 15 tahun merantau di luar negara. Keadaan ini diibaratkan
A sirih pulang ke gagang
B isi dengan kuku
C hujan jatuh ke pasir
D tikus jatuh ke beras
20. Hidup di perantauan tidak menentu kerana jika kita bernasib baik, kita akan mendapat kejayaan. Sebaliknya, jika kita bernasib malang, kita akan mendapat kerugian. Keadaan ini dikatakan
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B sesekali tersengat, selalu beringat
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam
21. Walaupun Umi Amera agak lemah dalam pelajaran, namun dia seorang pelajar yang rajin bertanya guru. Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMRnya. Keadaan ini ibarat
A belakang parang kalau diasah lagikan tajam
B seperti kera mendapat bunga
C bagai tikus membaiki labu
D biar mati anak, jangan mati adat
22. Aiman mempunyai semangat juang yang tinggi bagi memastikan dia berjaya dalam peperiksaan PMR yang akan didudukinya tidak lama lagi. Dia tidak mahu gagal kerana itu akan menggelapkan masa depannya. Semangat tersebut sesuai dengan peribahasa
A biar putih tulang jangan putih mata
B daripada cempedak, lebih baik nangka
C biar mati anak, jangan mati adat
D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
23. “Saya akan melupakan segala perbalahan yang lalu demi semangat kejiranan,” kata Amin kepada Mustafa. Amalan ini dikatakan
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
C buang yang keruh dan ambil yang jernih
D di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
24. Hubungan dua saudara itu sangat akrab. Mereka sentiasa bersama sepanjang masa. Keadaan ini dikatakan
A bagai isi dengan kuku
B bagai bulan purnama
C bagai anjing dengan kucing
D bagai mendukung biawak hidup
25. Pak Kasim sangat disegani oleh masyarakat kerana ketokohannya dalam bidang persilatan. Namun, beliau tidak berminat hendak mencurahkan ilmunya kepada orang lain. Sikap beliau itu seperti
A ilmu pelita hidup
B pokok rendang yang tidak berbuah
C melepaskan batuk di tangga
D enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
26. Nana berhasrat hendak pulang ke kampung halaman kerana sudah lama di perantauan. Dia ingin berbakti kepada anak bangsanya. Keadaan ini diibaratkan seperti
A setinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas belakang kerbau juga
B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C orang berbudi kita berbahasa
D berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
27. Walaupun Rahim seorang pendiam, namun dia dikurniakan otak yang sangat cerdas dalam pelajaran. Itulah yang dikatakan
A diam besi berkarat
B carik-carik bulu ayam
C diam-diam ubi berisi
D ada kerak adalah nasi
28. Dalilah sentiasa mengimpikan rumah tangga yang aman damai hingga ke akhir hayat, namun segalanya musnah apabila suami dan anak-anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Keadaan itu diibaratkan
A nasi sudah menjadi bubur
B karam berdua basah seorang
C mati semut kerana gula
D panas tidak sampai ke petang
29. Syazliana suka berlagak seperti orang kaya. Dia bekerja sebagai kerani sahaja tetapi perbelanjaan melebihi orang yang berpangkat besar. Sikapnya itu telah menyebabkan dirinya terjerat dengan hutang yang banyak. Keadaan ini dikatakan
A seperti sampah hanyut
B seperti rumput di tepi jalan
C ukur baju di badan sendiri
D seperti pipit menelan jagung
30. Jangan selalu mengeluarkan ____ terhadap kawan-kawan dan orang tua.
A bahasa halus
B bahasa kesat
C cakap angin
D bunga bangsa
LATIHAN KARANGAN BERPANDU 1
Kes pengabaian warga tua yang semakin meningkat merungsingkan pihak kerajaan. Hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang penyayang tidak akan tercapai sekiranya kebajikan warga tua masih lagi diabaikan . Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini?
Warga tua merujuk individu yang ……………………………………………………….. Golongan ini juga dikenali sebagai ………………………………….. Berdasarkan perangkaan ………………………………………………, terdapat lebih daripada 2.6 juta orang warga tua di Negara ini dan bilangan mereka semakin bertambah ………………………………………………………… Kes pengabaian warga tua pula semakin meningkat dan tersebar luas dalam ………………………………………………………… Persoalan yang timbul ialah sebab berlakunya masalah ini. Kita hendaklah menghalusi ………………………………………………………
………………………………………., terdapat pelbagai punca yang menyebabkan warga tua hidup bergelandangan. Salah satu daripadanya disebabkan oleh …………………………………………… yang menganggap warga tua sebagai golongan yang lemah, berpenyakit, lambat berfikir dan sebagainya. Masyarakat merasakan warta tua sering …………………………………………… menjadi punca masalah dan menyekat kebebasan mereka untuk bergerak aktif dalam era pembangunan. Tambahan pula, kini semua orang berlumba-lumba untuk mengejar …………………………………………………………………
………………………………………………… semakin menular dalam masyarakat kita. Tamadun manusia yang meletakkan orang yang lebih tua terutama ibu bapa pada kedudukan yang tinggi ………………………………………………………………….. Kini, anak-anak yang subah berkeluarga tidak betah tinggal bersama ibu bapa. Betullah kata seorang pujangga ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Mungkin semasa mereka masih kecil , ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera sama ada dari segi …………………………………………… dan tidak memberi didikan agama yang secukupnya. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan …………………………………………………………………….. terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka adalah dengan …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sebagai ………………………….., warga tua merupakan ……………………….. yang harus dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk kemajuan negara. Walaupun terdapat pelbagai …………………………………………………… terhadap warga tua, namun anggapan tersebut ternyata meleset kerana banyak warga tua yang masih berkebolehan dalam pelbagai bidang. Kata orang …………………………………………………………………………...
CADANGAN JAWAPAN
1. aset negara
2. bertindak balas dan membalas dendam
3. berusia 60 tahun ke atas.
4. dari semasa ke semasa
5. fizikal dan mental
6. gejala ini dari pelbagai perspektif
7. ibu bapa itu sendiri
8. jabatan kebajikan negara
9. kelapa tua banyak santan.
10. kemajuan dan kebendaan
11. konklusinya
12. media cetak dan media elektronik seperti surat khabar, televisyen, youtube dan sebagainya.
13. mendatangkan beban
14. mengabaikan kebajikan mereka apabila sudah uzur.
15. persepsi masyarakat
16. semakin lenyap ditelan zaman
17. seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
18. sikap individualism dan mementingkan diri
19. tanggapan negatif
20. tidak dapat dinafikan bahawa
21. warga emas
Wednesday, April 4, 2012
PERIBAHASA TINGKATAN 1
| Peribahasa | Maksud Peribahasa |
| Ada hati | Keinginan |
| Alah bisa tegal biasa | Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa |
| Alang-alang mandi biar basah | Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan |
| Ambil berat | Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu |
| Ambil langkah | Mula hendak bertindak |
| Anak buah | Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang |
| Anak emas | Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa. |
| Asam garam | Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka) |
| Bagai anjing buruk kepala | Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga |
| Bagai bulan dipagari bintang | Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik. |
| Bagai bulan empat belas | Peri keelokan muka perempuan |
| Bagai cincin dengan permata | Sama padan, cocok benar |
| Bagai layang-layang putus tali | Sudah putus harapan |
| Bagai minyak dengan air | Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu |
| Bagai murai dicabut ekor | Perempuan yang suka bercakap banyak |
| Bagai pucuk dilancarkan | Sangat laju atau luncur perginya |
| Bagaimana acuan begitulah kuihnya | Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka |
| Baik berjagiung-jagung sementara menanti padi masak | Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu. |
| Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang | Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong) |
| Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian | Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang |
| Berkatakanlah besar walaupun pahit | Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang |
| Berpeluk tubuh | Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja |
| Berpeluk tubuh | Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja. |
| Bersatu teguh bercerai roboh | Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah. |
| Bersekutu bertambah mutu | Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan |
| Bertangguh itu pencuri masa | Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri. |
| Besar hati | Bangga, gembira, bongkak, sombong |
| Biar putih tulang jangan putih mata | Lebih baik mati daripada menanbggung malu |
| Buah fikiran | Pendapat |
| Buah hati | Orang yang dikasihi |
| Buah mulut | Percakapan orang, |
| Buah tangan | Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-ole |
| Bulat hati | Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh |
| Dalam tangan | dalam kekuasaan seseorang |
| Darah daging | Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah |
| Darah panas | Pemarah, lekas marah |
| Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi berkarat | Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja |
| Hancur hati | Sedih; putus asa |
| Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama | Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati. |
| Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih | Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya |
| Hidup ini satu perlumbaan | Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan. |
| Hidup segan mati tak mahu | Orang yang hidup melarat |
| Indah khabar daripada rupa | Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan |
| Jauhari juga yang mengenal manikam | Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu |
| Kaki ayam | Tidak berkasut atau berselipar |
| Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya | Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi. |
| Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga | Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar |
| Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya | Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha |
| Kancil juga lupakan jerat | Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam |
| Kata dikota | Janji mesti ditunaikan |
| Kata-kata yang lebih tajam daripada mata pedang | Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan |
| Kebudayaan sendi perpaduan | Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa |
| Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa | Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja |
| Makan angin | Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran |
| Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang | Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak. |
| Masa itu emas | Masa sangat berharga |
| Membaca jambatan ilmu | Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan |
| Mencari akal | Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan |
| Muafakat membawa berkat | Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. |
| Nasi sudah menjadi bubur | Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi. |
| Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat | Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas. |
| Padang jarak padang terkukur | Padang atau tanah luas yaditinggalkan |
| Putih mata | Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang) |
| Putus asa | Habis harapan (tiada harapan lagi |
| Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang | Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi. |
| Ringan mulut | Peramah, lancar dan fasih tutur katanya |
| Ringan tulang | Rajin bekerja, tangkas |
| Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan | Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong |
| Sepakat membawa berkat | Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik |
| Seperti enai dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing | Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja |
| Seperti lipas kudung | Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja |
| Sudah terhantuk baru terngadah | Sesudah terkena baru beringat-ingat |
| Tajam akal | Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik |
| Tali barut | Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua |
| Tangan terbuka | Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati |
| Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia | Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan untuk membangunkan negara |
| Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain | Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis. |
| Terang hati | Terang fikiran; mudah mengerti |
| Tulang empat kerat | Anggota badan |
| Ukur baju di badan sendiri | Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita |
| Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya | Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya. |